"Papa tak cakap pun. Yelah, Edi kan nak kene tapis satu satu dulu baru boleh buat bini, nak tapis satu satu, sampai Eri tua pun tak habis tapis. Ramai sangat nak kene tapis. Tak tau mana satu nak dijadikan bini. Ramai sangat." papa menyindir Edi lagi.
Edi yang tersentak dengan sindiran papa terus membuat muka beria. "Anak lelaki papa ni, ramai sangat yang nak." katanya dengan buat muka beria.
"Ha yelah. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?" kata papa. Aku cuba untuk mentafsir apa yang diperkatakan papa. Oh. Papa pun dulu sama macam Edi lahni.
Edi mengambil iphone 6s nya lalu mengajak aku dan papa mengambil selfie. Aku dan papa pun layankan sajelah abang kesayanganku sorang ni. Edi post gambar itu ke dalam instagramnya dengan caption "Spending time with lovely family before go to Spain."
Edi ni kan pelumba motor dunia. Jadi dia akan mengikuti pusingan dan kini masa untuk ke Spain. Aku dan papa dan faham dengan abangku ini.
"Ha pa, kan Edi nak pegi Spain ni, taknak ikut ke? Boleh kita holiday sekali bertiga." Edi mempelawa kami untuk mengikutinya ke Spain.
"Papa busy lah Edi. Edi pun tau kan." papa cuba menolak dengan baik.
"Em yelah. Asalkan dekat Malaysia nanti papa dengan Eri mesti pergi tengok." kata Edika.
"InshaAllah." kataku dan papa serentak.
Selepas habis 2 sem terakhirku. Aku membuat keputusan untuk berpindah semula ke rumah papa. Supaya papa tak perlu lagi bayar sewa kondoku itu.
"Papa. Dah siap belum? Jum lah, abang Edi dah tunggu tu." kataku
"Minggu ni, papa tak boleh teman korang lepak. Papa ada meeting penting. Tak boleh cancel. Sorry tau. Eri pergi dengan abang Edi je eh." papa menepuk bahu abang.
"Em yelah. Jum abang." aku menarik tangan abangku dan masuk ke dalam perut kerta Skyline GTR nya.
Aku sedang asyik mendengar lagu di corong radio. Tiba tiba abang menutup radio. "Harini kita lepak starbucks je ok." katanya.
"Eri ok je." kataku.
"Em Eri. Kalau abang ajak kawan abang sorang boleh tak? Dia dari semalam ajak abang lepak. Kalah abang ajak dia sekali harini boleh?" soal Edi.
"Boleh je. Eri kenal ke?" jawabku. Aku memang tak kesah sebab kebanyakkan rakan abangku juga rakanku.
"Tak kot." jawab Edi.
Selepas 20 minit didalam kereta, kini kami tiba dia starbucks.
Abang Edi memegang tanganku dan bawa ke kearah meja yang ada seorang lelaki.
"Eh bro." sapa abangku sambil menghulurkan tangan kearah lelaki tersebut.
"Eh Edi." lelaki itu menyambut tangan Edi lalu mereka berpeluk. Bukan peluk yang macam tu, tapi peluk bro.
"Eh duduk lah. Diri lagi buat apa." lelaki tersebut mempelawa aku dan abang duduk. Aku pun melabuhkan punggungku dan duduk di di kerusi tersebut.
"Eri nak apa?" soal abangku.
"Macam biasa lah." jawabku. Kerana memang aku selalu minum air yang sama jika di starbucks.
Lelaki tu tarik senyuman yang serius manis sambil memandang kedalam mataku. Aku pun membalaslah senyuman itu dengan senyuman yang manis juga. Haduh hensemnya lah kawan abang ni. Dengan senyuman dia yang manis tu.
Abang datang semula selepas selesai order. "Eh lupa pulak nak kenalkan. Andy, ini adik kesayangan aku, Eriqa Huda. Dia ni sorang jelah adik aku yang paling manja. Eri, ni kawan abang. Andy Shah."
"Ohhh hai Eriqa." Andy menghulurkan tangannya untuk bersalam. Aku menyambut tangannya dan bersalam.
"Panggil Eri je." aku menarik senyuman manis dan bersalam. Tapi tanganku lama di genggam nya. Aku memandang Edi dan melirikkan mataku kearah tangan kami.
"Hoi. Lama betul kau pegang tangan adik aku. Cepuk kau kang." sergah Edi dan membuatkan Andy yang merenungku terkejut dan melepaskan tanganku.
Andy menarik lagi senyuman manisnya itu. Aduh hensemnya lah dia ni.
"Eriqa dengan Edi jarak 3 tahun kan? So maknanya Eriqa 24 lah kan." suara Andy memecah kesunyian meja kami.
"Ya." aku menarik satu senyuman kecil.
"Eriqa kerja ke masih belajar?" soal Andy.
"Baru habis belajar."
"Ohh. Nanti Eri nak apply kerja mane?" soal Andy lagi.
"Eri tolong business papa je. Sebab abang Edi dah ade kerjaya dia, so Eri lah yang kene tolong business papa." jawabku.
"Ohhh."
"Umur Andy berapa? Sebaya dengan abang Edi ke?" soalku.
"Tak lah." sampuk abang Edi.
"Habistu? Lagi muda?" soalku lagi.
"Kenapa? Nampak saya ni muda ke?" soal Andy.
"Hahah ade lah sikit nampak muda." jawabku.
"Umur Andy ni 29 lah Eri." sampuk abang Edi lagi.