Bab4

3 0 0
                                    

Dan ombak yang cukup tinggi mencakar langit itu sudahpun di hadapan mata Jude.Jude tahu nyawanya sudah sampai hujung.

Saat pertama ombak itu menyentuh Jude,dia merasakan seperti ditampar dengan kelajuan yang tiada pernah dirasakan laju seperti itu.Sungguh perit di mukanya itu tidak hilang.

Jude rasa mati itu senang.Namun,saat dia tidak mampu lagi menarik nafas.Saat dia tidak bisa lagi mengutip sebarang oksigen ke dalam peparunya.Siksaannya lama.

Kulitnya rasa disiat-siat sedikit demi sedikit.Siksa itu teramat agung entah berapa lama lagi harus ditanggung.Saat nyawanya sampai dikerongkong.Jude mula teringat dosanya.Dosa besar.

Jude islam.Nama sebenarnya Sirajudin bin Ahmad.Tapi Jude tak pernah solat.Jude kahwin dengan June.Ya,namanya memang June.June masuk islam sebab nak kahwin dengan Jude.Mulanya June takut.Tapi Jude cukup angkuh menabur janji.Dia mampu membimbing June ke jalan lurus.

Tanpa sengaja Jude tersedut air laut.Otaknya tidak mampu dikawal lagi.Ini membuatkan Jude tersedak.

Uhhhhuukkkk.

"Encik Jude??"

Suara itu samar daripada pendengaran Jude.

"Doktor Farid,Encik Sirajudin dah sedar!"

Kali ni ianya lebih kuat.

Jude cuba buka mata.Tapi matanya terkejut dengan cahaya yang sederap mencucuk-cucuk matanya.Perlahan-lahan dia terkebil membuka kelopak mata.

Hospital.

Jude buntu.Kini dia terbaring pulak atas katil hospital dengan seorang jururawat berdiri di sebelah katil memanggil doktor.

..............

"Encik Sirajudin koma lima bulan selepas kemalangan tempoh hari" Doktor Farid mula menerangkan sikit kepada Jude apa yang terjadi.Jude hanya tunduk sepi.

"Malangnya isteri encik meninggal di tempat kejadian.Jantung dan buah pinggangnya hancur.Darah banyak hilang di kepala,maafkan saya." Doktor Farid bersimpati.

Tiada tertahan lagi sebak.Penuh air sudah ditakung.Maka mengalirlah air mata Jude.Tiada difikir lagi tentang ego seorang lelaki.

Patutlah June marah padanya tadi.Patutlah June hilang sebelum kejadian ombak tadi.Rupanya arwah sudah pergi menghadap Illahi.

JUDE Where stories live. Discover now