Bab 30:Menari

5.9K 170 3
                                    

Mingyu memandang Wendy yang asyik tidur itu. Hari ini Wendy tidur bersama Mingyu. Mingyu inginkannya. Mͣiͣnͣgͣyͣuͣ bͣaͣnͣgͣuͣnͣ sͣeͣnͣyͣaͣpͣ-sͣeͣnͣyͣaͣpͣ uͣnͣtͣuͣkͣ mͣeͣnͣyͣuͣcͣiͣkͣaͣnͣ dͣiͣrͣiͣ.

Mͣiͣnͣgͣyͣuͣ yͣaͣnͣgͣ hͣaͣnͣyͣaͣ bͣeͣrͣtͣuͣaͣlͣaͣ iͣtͣuͣ hͣaͣnͣyͣaͣ mͣeͣlͣiͣhͣaͣtͣ Wͣeͣnͣdͣyͣ yͣaͣnͣgͣ mͣaͣsͣiͣhͣ nͣyͣeͣnͣyͣaͣkͣ tͣiͣdͣuͣrͣnͣyͣaͣ iͣtͣuͣ. Mͣiͣnͣgͣyͣuͣ dͣeͣnͣgͣaͣnͣ pͣeͣrͣlͣaͣhͣaͣnͣ-lͣaͣhͣaͣnͣ mͣeͣnͣgͣaͣmͣbͣiͣlͣ bͣaͣjͣuͣ dͣaͣnͣ segera menyalin ke badannya.

"Wendy..ppali ireonna."

Kata Mingyu seraya menggoncangkan badan Wendy dengan lembut. Wendy yang terpisat-pisat menggeliat sedikit dan menggosok matanya.

"Pukul berapa ni?"

Tanya Wendy lembut. Matanya dicelikkan kerana sinaran pancaran matahari. Mingyu tersenyum sedikit.

"10 pagi."

"Ha?!!!"

Jerit Wendy. Mingyu pula terkejut dengan jeritan Wendy. Wendy segera bangun dan mencapai tuala dan segera masuk ke bilik air.

***

Mingyu yang melihat Wendy yang bergegas turun ke bawah itu segera menahannya.

"Eh nak pergi mana?"

Wendy menggulingkan matanya ke atas.

"Nak masaklah. Nanti awak lapar."

Wendy sudahpun memegang tombol pintu tetapi Mingyu segera memeluknya.

"Kita makan kat luar jelah. Lepastu kita makan angin"

Wendy membeliakkan matanya. Terkejut dengan apa yang Mingyu katakan.

"Jjinjia?"

Tanya Wendy? Mingyu mengangguk seraya tersenyum. Tiba-tiba Wendy bersorak gembira lantas memeluk erat badan tegap Mingyu. Mana tidak gembiranya,akhirnya dia dapat keluar menikmati keindahan alam.

***

"Kita nak makan apa ni?"

Tanya Wendy seraya melihat pemandangan di luar kereta.

"Secret."

Hanya itu sahaja yang dilontarkan Mingyu. Wendy hanya mengangguk dan memandang ke luar tingkap kereta.

***

Seusai sahaja makan,mereka pergi membeli-belah di shopping komplex tersebut. Biarpun Wendy kelihatan kekok tetapi dengan bantuan Mingyu dia dapat menyesuaikan diri. Almaklumlah,sudah berapa tahun dia tidak pergi membeli belah.

"Sedap tak aiskrim tu?"

Tanya Mingyu kepada Wendy yang asyik makan aiskrim baskin robbins itu. Wendy hanya mengangguk dan terus-terusan menikmati aiskrim itu.

"Jap!"

Wendy memalingkan mukanya ke arah Mingyu dengan kening sebelah yang dijongketkan. Mingyu mendekatkan dirinya ke Wendy. Wendy hanya berdiam diri kerana takut akan apa yang dilakukan oleh Mingyu. Mujur di taman itu tiada ramai orang kalau tidak mesti mereka akan malu.

"Tu comot."

Kata Mingyu sambil tergelak kecil. Wendy menyentuh pipinya yang baru sahaja Mingyu cium ataupun lebih tepat lagi jilat. Pipi Wendy mulai memerah.

"Yah! Apa awak ni? Tak malu betul."

Wendy memandang sekelilingnya manakala Mingyu hanya gelak terbahak-bahak.

"Dah jom pergi sana."

Kata Mingyu seraya menunjuk ke arah tempat permainan. Mereka menuju ke sana lalu Mingyu segera memegang tangan Wendy menyebabkan Wendy berasa malu.

"Jom cuba yang ni?!"

Kata Mingyu teruja. Wendy memandang kearah permainan yang dikatakan Mingyu.

Let's Dance?

Gumam Wendy. Let's Dance adalah permainan yang berunsurkan tarian romantik. Tarian ini sesuai dengan pasangan kekasih ataupun suami isteri.

Mingyu segera menarik tangan Wendy dan dalam beberapa minit sahaja mereka sudahpun berada di hadapan permainan itu.

"Jom!"

Riak wajah Mingyu yang ceria itu bertukar suram apabila melihat Wendy yang tidak mahu itu.

"Wae?"

"Saya tak pandai menarilah."

Bisik Wendy. Mingyu hanya tersenyum sambil memegang kedua-dua tangan Wendy.

"Hanya ikut saya dan rentak musik."

Wendy yang mukanya seperti dipijak taik itu mulai mengangguk perlahan. Mereka naik di atas pentas kecil itu lalu Mingyu memasukkan beberapa keping won dan menekan-nekan skrin itu sambil diperhatikan oleh Wendy.

Wendy terkedu apabila lagu sudahpun dimainkan. Mingyu meletakkan kedua-dua tangan Wendy di bahunya dan tangannya diletakkan di pinggang Wendy.

So That I Love You-Rap Monster&Jungkook [play]

"Ikut saya."

Wendy mengangguk. Para pengunjung mula berkumpul dan melihat mereka menari. Kaki Mingyu dan Wendy bergerak mengikut rentak. Wendy menggigit bibir kerana berasa janggal.

"Jangan gigit bibir tu. Nanti berdarah."

Mingyu memegang bibir Wendy sebentar untuk menghalang Wendy dari menggigit bibir.

"I love you."

Wendy terkedu. Mingyu memandang tepat ke dalam anak mata Wendy. Air mata mulai bergenang di tubir mata Wendy tetapi segera ditahan.

"I...I love you too."

Mingyu memegang rahang Wendy dengan lembut. Tidak lama kemudian,bibir Mingyu melekap di bibir Wendy.

"Will you be mine?"

Ujar Mingyu di dalam ciumin mereka. Wendy memejamkan mata dan mengangguk. Wendy memperdalamkan ciumannya lagi.

"I rather die in your love."

Mingyu menitiskan air mata jantannya seusai berkata. Kini dia tahu cara untuk mencintai wanita dan dia tekad untuk mencintai Wendy hingga nafas terakhirnya.

Bersambung

***

Huhu nak nangis sbb sweet sgt😭😭😭

I'm his sex slave"malay FanFic"[Mingyu fanfiction]Where stories live. Discover now