Bab 34:Siapakah Joshua?

4.5K 142 4
                                    

Mingyu membuka pintu rumah dengan perlahan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Dia balik malam kerana ada banyak kerja yang perlu dia uruskan. Dia melihat jam dinding yang menunjukkan pukul 12 tengah malam. Tidak semena-mena matanya tertacap pada sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas sofa.

Lantas,peluh mula membasahi dahi licin Mingyu. Imaginasi yang pelik-pelik dan menyeramkan mula terbayang di benak fikirannya. Tidak semena-mena badannya menggigil ketakutan. Lalu,digagahkan jua kaki melangkah ke arah sofa itu. Segera didekatkan kepalanya ke arah tubuh itu. Satu keluhan mula keluar dari mulut apabila dia menyedari rupa-rupanya Wendy yang tertidur di sofa itu.

Mingyu tersenyum kecil melihat Wendy yang enak dibuai mimpi. Dia menyisipkan rambut Wendy ke telinganya dan hanya memandang lama wajah wanita itu. Wendy mula bergerak-gerak tanda tidak selesa. Akhirnya,perlahan-lahan dia membuka mata dan dengan tidak semena-mena dia bangun apabila menyedari Mingyu berada di hadapan matanya.

"Mianhae..saya tertidur tadi."

Wendy menggosok-gosok kedua-dua matanya sambil menggeliat sedikit. Mingyu yang memerhati lantas mencubit pipi kanan Wendy.

"Ahh appo~."

Wendy segera mengusap pipinya yang baru sahaja dicubit itu. Jelas kelihatan pipinya yang sudah mulai kemerahan itu.

"Dah..Jom naik atas."

Ajak Mingyu. Wendy hanya mengangguk dan mengikuti Mingyu naik ke atas.

***

"Aku akan pastikan kau berada di dalam genggaman aku,Wendy."

Joshua mengukirkan senyuman senget sambil matanya melihat rumah agam yang besar itu. Kakinya segera melangkah masuk ke dalam perut kereta. Enjin dibunyikan dan segera kereta itu meluncur laju di atas jalan raya membelah kegelapan malam.

***

Mingyu memandang lagi wajah Wendy yang sedang enak memandang pemandangan di luar tingkap itu. Mingyu yang hanya bertuala mula mendekati Wendy dan memeluknya dari belakang.

"Ah..awak ni buat terkejut je."

Terangkat sedikit bahu Wendy apabila menyedari Mingyu yang berada di belakangnya. Wendy mulai tergagap tatkala melihat Mingyu yang hanya bertuala itu. Bahang di pipi mulai naik dan menyebabkan pipinya mulai merah. Mingyu yang tahu akan hal itu lantas melemparkan senyuman nakal akan kelakuan Wendy itu.

"P-pergi pakai bajulah."

Mingyu menggeleng tanda tidak mahu. Wendy kaku. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Otaknya cuba bekerja namun tidak berhasil. Tidak semena-mena badan sasa Mingyu ditolak separuh kuat maka berlarilah Wendy masuk ke dalam selimut di atas katil. Mingyu pula tidak langsung marah malah makin galak ketawa kecil kerana perlakuan Wendy terhadapnya.

***

"Boleh tak awak temankan saya hari ni?"

Tanya Wendy lemah. Dia tidak mahu tinggal bersendirian kerana mungkin lelaki bernama Joshua itu akan menganggunya lagi.

"Mana boleh..saya ada banyak kerja ni. Lagipun kat rumah ni kan ada telefon jadi kalau awak bosan awak telefon je lah saya."

Wendy mengerutkan dahinya. Malangnya,Mingyu tetap mahu pergi bekerja. Dengan hati yang berat kepala Wendy diangguk perlahan-lahan. Memang hatinya berasa berat namun apakan daya dia tetap perlu memberanikan diri.

Usai sahaja mereka bercium buat beberapa saat,Mingyu segera mengorak langkah ke dalam perut kereta. Mingyu masih sempat melambaikan tangan ke arah Wendy ketika dia di dalam kereta. Wendy membalas lambaian itu dengan terpaksa. Apabila kereta yang dipandu Mingyu hilang daripada pandangan,dengan tidak semena-mena Wendy menghamburkan segala keluh-kesah yang dari tadi lagi dia tahan. Dengan langkah yang berat Wendy mula masuk ke dalam rumah.

***

Knock knock

Segala kerja menjadi terbantut dek kerana ketukan di pintu yang mula menyapa gegendang telinga Mingyu. Dia menghentikkan seketika kerjanya dan memberi arahan masuk.

"Hai Mingyu.."

Mingyu memandang empunya suara itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sekujur tubuh yang berdiri di hadapannya itu. Fikiran Mingyu sudah mula memainkan memori-memori lama sewaktu dia di sekolah menengah dahulu.

"Sudah lama kita tidak bertemu,Joshua."

Flashback

"Weh Joshua! Aku berjaya juga dapat gambar Wendy!"

Joshua segera berlari mendapatkan Mingyu. Dia melihat Mingyu yang sedang tersenyum lebar sambil tangannya memegang beberapa keping gambar Wendy.

"Oh..baguslah."

Kata Joshua mendatar. Mingyu mengabaikan rakan baiknya itu dan hanya melayan gambar di tangannya. Joshua sekadar tersenyum kecil. Dia masuk ke dalam bilik dan mengunci pintunya.

"Aku cintakan Wendy dulu tapi kenapa Mingyu?! Kenapa kau rampas dia dari aku?"

Ujar Joshua perlahan sambil melihat gambar Wendy yang menjadi wallpaper telefonnya. Tangannya digenggam erat sehingga menampakkan urat-uratnya yang timbul. Hatinya membara. Dia mahukan Wendy!

End Of Flashback

"Dah kaya kau sekarang kan?"

Joshua duduk di kerusi yang berhadapan dengan meja Mingyu. Dia memandang Mingyu sinis. Mingyu memandang Joshua seperti tidak menyangka akan kehadirannya.

"Dah lama kita tak bertemu ye? Lebih kurang 15 tahun."

Kata Joshua seperti mahu memulakan topik perbualan. Mingyu mengiyakannya. Sudah lama dia tidak berjumpa rakannya itu.

"Ye. Aku masih ingat lagi perwatakan nerd kau dahulu. Dan cermin mata bulat kau yang besar tu? Kau nampak lain sekarang,Joshua."

Ujar Mingyu jujur. Joshua hanya tergelak kecil.

"Oklah..aku datang sini pun sebab nak tengok keadaan kau. Aku ada benda yang perlu dibuat. Kita jumpa lagi."

Joshua segera melangkah pergi sambil tersenyum sendiri. Senyuman Mingyu pula memudar setelah Joshua pergi. Tangannya mengenggam batang pen yang sejak tadi dipegangnya. Jelas kelihatan Mingyu sedang menahan amarah.

"Jangan harap kau dapat rampas Wendy. Aku tahu kau masih menaruh perasaan kat dia dan aku takkan biarkan kau rampas dia buat kali kedua."

Bersambung

Apa yang dimaksudkan Mingyu? Next update^^ akan membongkar segalanya. Mungkin lmbt sikit sbb author nk tgk kartun😂😂😂✌

I'm his sex slave"malay FanFic"[Mingyu fanfiction]Where stories live. Discover now