1]Azza Nur Rayyana

36 0 0
                                    

“Rayyana,turun makan!Semua orang tengah tunggu kau ni!”Jerit Qashdania Zehra kawan baik Rayyana.

“Sekejaplah,aku nak turunlah ni.”Balas Rayyana sambil membebel semasa menuruni tangga.

Tanpa sedar,dia tersilap langkah lalu terjatuh ke bawah.

“Ibuuuu!!”Jerit Rayyana.

“Rayyana,kau kenapa dah terjerit jerit ni?”Tanya Riana iaitu salah seorang kawan baiknya apabila terdengar Rayyana menjerit.

“Ya Allah,Rayyana kenapa boleh jadi macam ni!”Jerit Riana kerana terkejut.

“Weh korang,datanglah sini!Rayyana jatuh tangga!”Jerit Riana membuatkan kawan kawan mereka menuju ke arah mereka.

“Ya Allah,macam mana boleh jadi macam ni?Weh cepatlah angkat dia,dia dah hilang banyak darah tu.”Kata Natrah.

Amara Celia seorang yang takut apabila melihat darah hampir pengsan tetapi sempat di sambut oleh rakan rakannya iaitu
Ramadania dan Aryss.

DI HOSPITAL
Mereka hanya mampu berdoa demi keselamatan Rayyana.Riana pula sedang menelefon ibu bapa Rayyana.

“Hello..Assalamualaikum, aunty Azmira ke ni?”

Waalaikummussalam, Riana.Ni aunty,kenapa call?”

“Aunty,Rayyana masuk hospital sebab dia jatuh tangga tadi.”Kata Riana sebak.

Astaghfirullah hal azim,kamu dekat hospital mana sekarang ni?”

“Dekat Hospital Kuala Lumpur di wad kecemasan.”

Okey, aunty dan uncle sampai lepas ni.Assalamualaikum. ”

Waalaikummussalam. ”

30 minit kemudian,ibu bapa Rayyana tiba.

“Riana,macam mana Rayyana?”Tanya Puan Azmira.

“Dia masih dekat dalam.”Balas Riana.

“Macam mana boleh jadi macam ni?”Soal Puan Azmira.

“Tadi,Zehra panggil dia nak ajak dia makan.Lepastu dia cakap dia nak turun.Entah macam mana dia boleh tersilap langkah dan terjatuh.”Kata Riana.

From Playboy To Your HusbandWhere stories live. Discover now