3]Kau Siapa?

17 0 0
                                    

Harris,saya ada temu janji dengan siapa hari ni?”Tanya Adrian.

“Encik Adrian ada temu janji makan tengah hari bersama Cik Azza Nur Rayyana untuk membincangkan tentang projek rumah anak yatim.”Jawab Harris.

“Di restoren mana?”Tanya Adrian lagi.

“Restoren Warisan jam 1 tengah hari.”Jawab Harris.

“Okey,thanks.Awak boleh sambung kerja awak.”Kata Adrian.

“Baik,encik.”Kata Harris lalu keluar dari bilik Adrian.

§§§§§§§

“Adrian,lama tunggu?”Tanya Rayyana.

“Tak lah,baru je sampai.Duduklah.”Kata Adrian.

“Thanks.Kita makan dululah.Baru kita bincang.”Kata Rayyana.

“Okey je.”Kata Adrian pula sambil memanggil waiter.

Mereka hanya order dua chicken chop dan dua fresh orange juice. Selepas selesai makan,mereka mula membincangkan tentang projek rumah anak yatim tersebut.

Lama mereka berbincang,datang seorang perempuan seksi lalu memeluk lengan Adrian.

“Hai sayang,kenapa tak call i semalam.Lama i tunggu tau.”Kata perempuan itu dengan gediknya.

“Kat depan ni perempuan mana pula?Berlagak baiklah pulak.”Sindir Fisya kepada Rayyana.

Tetapi,tidak diendahkah oleh Rayyana dan Adrian.Mereka terus membincangkan tentang projek tersebut.

“Oi,perempuan murah!Kau siapa hah!?”Tanya Fisya dengan lantangnya.Mujurlah restoren itu tiada pelanggan lagi.Hanya ada mereka bertiga sahaja di situ.

“Kau dengar tak apa aku tanya.Kau siapa?”Tanya Fisya lagi lalu menyimbah air ke atas baju Rayyana.

“Apa Cik buat ni?”Tanya Rayyana lalu dia dan Adrian berdiri.

“Well,nama aku Fisya Aulia.Kau tu,yang tak jawab soalan aku dah kenapa?”Tanya Fisya lagi.

“Cik Fisya,untuk pengetahuan cik.Saya dengan Encik Adrian ni telah ditugaskan untuk membincangkan satu projek!”Kata ku dalam nada yang tegas.

From Playboy To Your HusbandWhere stories live. Discover now