air soya

124 2 0
                                    

"mama ada belikan air soya ni. happy birthday."

"ya maa. tapi adik tak minum air manis dah. tengah diet."

"ala, sikit je pun"

"takpa lah.maa minum je."

mama memang suka air soya. aku pun suka. tapi atas keterpaksaan aku tengah diet. kalau boleh memang nak cut terus air manis.

mama letak air soya tu atas meja. bersebelahan dengan botol air teh yang aku telah rendamkan sejak petang tadi. dengan secara tidak sengaja mama tersentuh botol air teh tu kemudian isinya tertumpah. botol tu tak tertutup pun.

aku hanya memandang tanpa mengeluarkan sepatah kata. hanya tenung ke lantai. tumpah. basah lantai.

mama sedikit tersentak. suaranya sedikit getar.

"tum..pah.."

wajahnya jelas rasa bersalah. aku masih diam. tiada sebarang reaksi.

"maa..mint.."

"takpa maa"

dua perkataan saja yang keluar dari mulut aku. lalu aku pun ambik mop. lap lantai itu

maa rasa bersalah. walhal aku tiada sebarang reaksi. namun jelas raut di wajah aku ni, aku tengah marah namun pendam.

kemudian maa pun keluar dari dapur. dia tahu aku marah

aku tengah sabar. mulut kata tak marah tapi raut wajah aku jelas aku tengah marah.

yaa mama tahu anaknya ini tak pandai menipu. tak pandai nak sembunyi raut wajah bila marah.

kekok situasi tadi.

aku juga serba salah. aku tak patut marah. air tu dah tumpah jadi biarlah tumpah. kan boleh rendam baru teh tu?

entah.

ego aku tinggi.

jarang mama nak berbaik dengan aku pun. ada saja tidak kena. tapi hari ni mama lain. mungkin sebab birthday aku juga?

istighfar.

aku tak suka diri jadi macam ni.

birthday tahun ni aku tidak minta kek. tidak mahu meminta apa apa. birthday aku tahun ni aku yang ingatkan pada mama.

"maa harini 5 june"

"oh yaa?"

itu saja? takpa. mungkin mama terlalu sibuk sampai lupa birthday aku.

cukuplah mama sentiasa ada dengan aku. walaupun kadang aku tak suka dengan dia.

mama annoying
mama gila
mama kuat control
benci mama

baik ke buruk, dia tetap mama.
mama ialah orang yang melahirkan aku.
aku tumbuh dalam rahimnya.
aku tidur dalam rahimnya sebelum dilahirkan untuk melihat dunia ini.

kalau mama tak jaga dirinya, kalau mama tak jaga kandungannya,
semestinya tiada aku yang sekarang.

bodoh.
bodoh.
bodoh.

bodoh.
bodoh sebab benci dengan ibu kandung sendiri.

ingat.
baik atau buruk, mereka tetap sebagai ibu. yaa. ibu. ibu yang kita hidup dalam rahimnya.

kau bukan lahir dari batang buluh. kau ada ibu. ibu kandung. kau bertuah sebab masih ada ibu. bersyukur laa babiiiiii. kau masih ada ibu. hargai ibu kau. ego tu rendahkan laa cetan

masih ada ibu.

maka nikmat tuhan apalagi yang kau mahu pertikaikan?

TIDAK CUKUPKAH LAGI KAU ADA IBU? KAU KENAL IBU KAU SIAPA. KAU TAHU ITU IBU KAU. ORANG YANG LAHIRKAN KAU.

BERSYUKUR.

nikmat tuhanWhere stories live. Discover now