Special Chapter (2)

1.6K 189 81
                                    

" Hyung~ Hyung~ " baju Hoseok ditarik-tarik perlahan. Hoseok menoleh kearah Taehyung yang sedah berdiri dibelakangnya sambil mencebikkan bibir. Gayanya serupa macam budak kecil.

Yoongi hanya memandang sekilas kemudian dia kembali menikmati pizza yang mereka pesan tadi. Jungkook memandang Hoseok kemudian dia menoleh kearah Yoongi.

Diorang ni lepas keluar bilik boleh pula berlakon macam tak ada apa-apa yang berlaku. Desis hati Jungkook.

" Apa? " soal Hoseok pada Taehyung. Adiknya itu terus memeluk Hoseok seerat yang boleh. Aktiviti makan Yoongi terhenti apabila melihat adegan tersebut.

" Pujuk lah Jimin. " rayu Taehyung, kepalanya disembamkan pada bahu Hoseok. Badannya menggigil menahan tangis. Hoseok mengeluh kecil.

" Aku dah pujuk. Dia tak nak turun. Lantak dia lah. "

" Hyung~~~ "

Suara tangisan kecil kedengaran dari mulut Taehyung.

Yoongi bangun dari duduknya. " Jom. Kita pergi pujuk Jimin. " tangan Taehyung dipimpin erat lantas dia menarik lelaki itu menuju ke bilik Jimin.

Hoseok hanya memandang mereka berdua kemudian dia menoleh kearah Jungkook. Jungkook tidak bersuara mahupun memandangnya semula. Dia perasan yang Jungkook sedang menangis.

Perasaan bersalahnya menyelubungi diri. " Jungkook-ah. " panggil Hoseok. Jungkook menoleh kearahnya.

" Dorawa. "

Jungkook lantas bangun dari duduk dan menerpa kearah Hoseok dan memeluk lelaki tersebut. Tangisannya semakin menjadi-jadi.

" Mianhae. "

" Hyung jahat. Hyung buat kook nangis. "

❤❤❤

" Jimin-ah. Jom turun makan. " Yoongi menepuk-nepuk bahu Jimin yang baring dan berpaling darinya.

" Tak nak. Tak lapar. " balas Jimin. Bahunya masih terhincut-hincut kerana menangis. Yoongi duduk atas katil berdekatan dengan Jimin.

" Hyung min-- "

" Kenapa hyung suka sangat bergaduh?! Jimin dah cakap dengan hyung dulu yang Jimin tak nak perkara ni berulang tapi kenapa benda ni masih terjadi?! Nak bela orang sampai terlupa yang diri tu tengah bergaduh dengan member sendiri! Suka tengok adik-adik hyung menangis sebab tengok hyung berdua bergaduh?! SUKA?!! SUKA KAN SEBAB TU HYUNG BUAT LAGI!! " bentak Jimin lantas dia menangis teresak-esak.

Yoongi terkesima. Begitu juga dengan Taehyung. Airmata lelaki mereka berdua jatuh. Tak sangka pula hal sekecil ni jadi besar.

Hoseok dan Jungkook yang baru sahaja hendak masuk ke dalam bilik itu terhenti selepas mendengar luahan Jimin. Airmata Hoseok berguguran.

" Hyung tak tahu betapa sakitnya tengok orang yang kita sayang bergaduh! Disebabkan benda kecil, korang sanggup bergaduh demi nak pertahankan ego diri masing-masing!! Benda ni boleh bawak berbincang tapi korang berdua terlalu bangang dan berfikiran sempit sampai besarkan perkara ni!! Tak pernah nak fikir kesan pada orang yang berada disekeliling hyung!! " tangisan Jimin semakin menjadi-jadi.

Ruangan bilik itu dipenuhi dengan aura kesedihan dan serba salah serta bunyi tangisan.

" Jimin sayangkan hyung.... "

" Jimin penat tengok korang bergaduh... "

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

SSAK DA BULTEOWORA!!

BOW WOW WOW 🔥🔥🔥

Okay ini sambungannya 😂😂😂💞💞

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak!! 💞💞💞💞

[C] BTS DAILY DIARY S2 [ Malay Fanfic ]Where stories live. Discover now