Special Chapter (3)

1.3K 114 50
                                    

" Taetae tak kira! Taetae nak ugak Hoceok hiyong main dengan Taetae! " kata Taehyung lalu menghentakkan kakinya berkali-kali diatas lantai.

Jin mengurut dadanya. Sabar je lah dengan budak ni. Omel Jin didalam hati. " Dah Yoongi tak nak bagi Hoseok, nak buat cemana. Aduiyai. " keluh Jin yang sudah mengalah dengan perangai Yoongi.

" Cuba lah hyung fikir, daripada hari tu dia asyik nak melekat je dengan Hoseok hyung! Macam tak boleh berpisah! Kitorang pun nak gak main ngan Hoseok hyung. " Jungkook memuncungkan bibirnya sedepa. Rindu nak buli Hoseok.

" Aku syak diorang buat benda tak senonoh lah dalam bilik! "

PAKK!!

Taehyung memegang pipinya yang ditampar Namjoon. " S-sampai hati hyung! " mula dah drama dia.

" Kau jangan nak fikir benda macam tu! Gila ke nak berghei ngan member sendiri? " marah Namjoon walaupun dia juga berfikiran begitu.

" Tapi tak mustahil juga kan? " Jin memandang Jungkook dan Namjoon silih berganti.

" Kau dah tak percaya dengan kawan sendiri ke? " soal Namjoon pada Jin.

Jin mengetap bibir. Jujur dia buntu. Jungkook mengeluh.

" Macam ni je lah. Cer kita tanya Yoongi hyung baik-baik. Dia mesti akan beritahu. " cadangan Jungkook membuatkan mereka terangguk-angguk.

Ada benar juga kata Jungkook. Daripada susahkan hati sendiri, lebih baik tanya dia terus.

•••

Yoongi menuang air panas ke dalam dua cawan yang berisikan serbuk milo dan susu pekat. Sambil itu dia menyanyi kecil.

" H-hyung. " tegur Namjoon yang tiba-tiba sahaja muncul di dalam dapur. Yoongi menoleh ke arahnya dan tersenyum kecil. " Apa? " balasnya.

" Kau buat apa dengan Hope dalam bilik? Asal tak duduk luar je? Bebudak ni nak sangat main dengan Hope. " kata Namjoon sambil kakinya menguis lantai.

" Ada urusan sikit. Nanti dah selesai kitorang keluar lah. Manja sangat diorang tu dengan Hoseok. " jawab Yoongi dengan tenang.

" Hyung bukannya berghe-- "

Kata-kata Namjoon terhenti kerana Yoongi menepuk bahunya dengan senyuman penuh makna.

Kemudian Yoongi keluar dari dapur dengan dua cawan air milo.

Wajah Namjoon tiba-tiba sahaja berubah biru. Tak mungkinlah. Think positive, Joon! Namjoon mengetuk kepalanya perlahan.

•••

" Aku penat hyung... "

" Aku sakit.... Sakit sangat.... "

" Aku tak mampu nak tanggung benda ni seorang diri..... "

Yoongi menggosok belakang Hoseok.

" Gwenchana. Aku akan selalu ada untuk jadi bahu kau. " ucap Yoongi lalu menghadiahkan Hoseok senyuman kecil.

[C] BTS DAILY DIARY S2 [ Malay Fanfic ]Where stories live. Discover now