My New Friends

48 3 0
                                    

Empat bulan yang lalu...

"Morning Erin how are you dear?" Aif atau nama sebenar dia Aifa iaitu kawan rapat aku sejak sekolah rendah lagi menegur aku.

"Hey morning Aif, not feeling very good la. I'm dying. "

"Dah kenapa? Ni mesti problem sebab ingat si Putera tu lagi kan?"

"Hm, as you think dear"
Aku terus buat muka sedih. Muka tadi agak muram tapi lepas sebut pasal Putera. Habis muncul segala rupa sedih aku.

"Dah la Erin, it's been two years babe. Please move on. Dia dah lama tinggalkan kau. Kenapa kau still nak ingat dia lagi ? Enough is enough Erin, dia dah bahagia dengan perempuan lain. Move on, enjoy your life dear"

"Yer kau cakap memang senang, aku yang tanggung weh"

"Oke fine, it's up to you Erin asal kau bahagia and tak bunuh diri ke ape. Dah Amy dengan Risya dah tunggu kat cafe tu. Jom"

........................................

Aku dan Aif berjalan menuju ke cafe bersama.

Aku Erin Erissa seorang gadis kacukan Melayu Arab yang berwajah agak putih. Mempunyai mata yang berwarna coklat gelap serta rambut yang ikal mayang sering menjadi perhatian mata mata lelaki.

Walaupun ramai lelaki yang nak mendampingi aku, maaf aku tak pernah menerima mana mana lelaki dalam hidup aku selepas hubungan aku dengan Putera yang tidak kekal lama dua tahun lepas.

Hati aku dah tertutup untuk menerima mana mana lelaki dalam hidup aku. Aku dah serik dipermainkan. Cukuplah Putera lelaki terakhir yang pernah hadir dalam hidup aku dan pernah sakitkan hati aku sehingga terkesan sampai kehari ini. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Jadi aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada lelaki.

Dari jauh aku dan Aif ternampak kelibat Amy dan Risya dekat salah satu meja yang berada dalam cafe tersebut. Ada seorang lelaki yang aku tidak kenali bersama Amy dan Risya.

"Aif, kau pergi la dulu. Ada mamat mana dengan diorang tu. Semak la adoi" Kata aku sambil mengambil langkah untuk pergi dari cafe itu tapi ditarik oleh Aif.

"Alaa kau ni,tu Dian la. Don't worry dia tak macam lelaki lelaki lain so kau chill je okay" Terang Aifa sambil menarik tangan aku menuju je meja tempat mereka bertiga berbual.

"Hey guys" Aif menegur mereka bertiga.

"Hey Aif,Erin. Come and have a sit girl" Risya merupakan seorang yang peramah dengan semua orang tak kira lelaki mahupun perempuan dan juga merupakan antara kawan baik aku sejak sekolah menengah. Begitu juga dengan Amy.

"Erin, dah kenapa muka monyok je pagi pagi ni? Senyum la sikit. Mesti kau tak kenal ni siapa kan? Erin this is Adrian, Adrian this is Erin." Amy mula memperkenalkan Adrian kepada aku.

Aku tengok lelaki bernama Dian tu sekilas je. 'Tak ingin pun aku nak kenal dengan kau. Ei menyibuk lepak sini dah kenapa. Lepak la dengan kawan-kawan lelaki kau sana'

Tanpa aku sedar tiba-tiba mamat tu menghulur tangan untuk bersalam. Teragak-agak jugak nak balas tapi nanti dia cakap aku biadab pulak so aku hulurkan je tangan aku sambut tangan dia balik.

Sambil dia pegang tangan aku ,aku pegang tangan dia. Err. Aku perhatikan muka dia. Dian memiliki wajah yang agak putih kemerah merahan.
'Dia ni pakai kolagen ke apa putih sangat' bisik hati aku.
Seorang yang tinggi dan agak pandai dalam cara pemakaian. Rambut dia ala-ala Harry Styles tu buat aku tersenyum seorang. Tanpa aku sedar aku merenung Dian lama.

Tiba-tiba Aif tepuk bahu aku. Sumpah terkejut.

"Ehem,lama pulak ni" perli Aif.

Aku terus melepaskan tangan aku dengan cepat. Muka aku dah berubah warna merah sebab malu dengan kejadian tadi.
'Perghh, kau ni kenapa Erin ? Buang tabiat ke ?' bisik hati aku.

Aku nampak Dian tersenyum. Aku tak pasti sama ada tu senyuman sinis atau apa. Tapi aku rasa tengah diperbodohkan sekarang ni.
'Ah lantak kau la macam aku nak tenung sangat muka buruk kau tu'
Tanpa membuang masa aku terus bangun daripada duduk dan ingin berlalu dari situ.

"Kau nak pergi mana ni Erin ? Bangun macam tu je tak nak minum dulu ke ?" tegur Risya.

"Aku nak pergi library, ada assignment nak buat. Chiaw" Aku terus berlalu meninggalkan mereka.

Story Of My LifeWhere stories live. Discover now