Night Changes

35 4 0
                                    

"Erin, aku ada buat birthday party dekat rumah malam ni. Please datang, kau orang paling penting babe"

"I'm not going to promise anything Aif. Takde halangan aku datang la"

"Okay kalau kau datang kau kena pakai cinderella dress okay. Tu costumes untuk malam ni. Prince and Princess."

"What ?! Kau buang tabiat ke apa suruh pakai macam tu? Eii tengok la macam mana"

Tiba-tiba teringat perbualan aku dengan Aif pagi tadi. Rasa malas je nak pergi tapi tak kan nak hampakan kawan sendiri. Tak ada la aku okay je nak pergi tapi bab bab Cinderella Dress haram jaddah apa ni yang aku malas. Huh

Tapi tak apa la kawan kot tak kan tak datang.
.........................................

'Bajuuuu,mana nak cariii'

Tiba-tiba teringat mummy pernah kasi Cinderella Dress dekat aku tapi aku tak pernah pakai. Jadi terpaksa la aku rasmikan baju tu malam ni. Good idea.

Aku terus capai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi . Tanpa sedar phone aku berbunyi masa aku dalam bilik air.

.........................................

Aku keluar dari bilik air dan tengok jam dah pukul 7.30 malam. Mak aih, party start pukul 8.30. Dengan kelam kabutnya aku ambil telekung yang sedia tersangkut di ampaian dan menunaikan solat maghrib.

Terasa tenang lepas menunaikan ibadat kepadaNya. Tanpa membuang masa aku terus mengambil dress yang sudah siap digosok dan memakainya. Cinderella Dress berwarna merah jambu muda labuh aku sarung ke badan dan sedikit makeup di muka. Aku jenis yang kurang berminat dengan makeup yang show off or terlebih over ni. Aku suka yang simple but nice makeup. Rambut aku sanggulkan betul betul macam Cinderella. Haa nak Cinderella sangat kan

'Oke im done'

Aku tersenyum depan cermin dan touch up sikit apa yang patut. Selepas berpuas hati, aku capai handbag dan terus turun ke tingkat bawah.

'Ups kunci kereta jangan lupa' Bisik hati aku.

Kunci kereta aku ambil dan aku terus keluar dari rumah menuju ke kereta.

........................................

Sampai je dekat rumah Aif tepat pukul 8.30 malam.
'Fuh aku lewat ke ni ?'

Aku berjalan perlahan menuju ke rumah Aif. Dah ramai yang datang. Kebanyakannya orang berada. Maklumlah papa Aif kan Datuk.

Aku berjalan ditepi swimming pool yang agak besar saiznya dengan berhati hati sebab aku nampak Aif, Risya dan Amy tengah berbual bual dekat hujung kolam sana.

Masa aku tengah berjalan tiba-tiba ada orang pegang bahu aku. Aku gelabah habis la terus pandang belakang dan orang yang nampak. Dian

'Apa dia buat kat sini ni, menyebok je la'

Aku abaikan dia dan teruskan berjalan ke arah kawan kawan aku yang khusyuk sangat berbual sampai tak nampak aku ni.

"Kau cantik sangat harini" Aku terpaku. Si Dian ni meraban apa ? Aku pandang belakang tengok ke arah Dian. Dia tenung aku macam nak makan orang, dengan rambut Harry Styles dia secara tiba tiba buat aku berdebar. Go back to reality Erin !

.........................................

HEY,MACAM MANA SETAKAT NI?  I HOPE YOU LIKE IT. NI PENULISAN PERTAMA SAYA DALAM WATTPAD. AND DO GIVE SOME COMMENT OKE .. DAADAA LOVE YOU :)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 09, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Story Of My LifeWhere stories live. Discover now