Lori Berkepala Merah

24 1 0
                                    

"Jiji! Oh,Jiji!" Kiki memanggil nama kakaknya yang termenung di sebalik semak yang merimbun.

Tak tertahan dengan kakaknya yang bagaikan tugu di situ,tangan Kiki mula beraksi untuk menjadi penyepit ketam.Laju sahaja tangannya mendarat di atas paha kakaknya yang berlapikkan seluar track sekolah.

"Ah! Gila punya semut! Paha aku jadi mangsa gigitannya pula.Haish!" Jiji tak sedar bahawa semut yang disumpah seranah itu sebenarnya adiknya sendiri.Tangannya mengusap lembut paha yang tadinya menjadi mangsa cubitan.Perit tak terkata!

"Hailah,kakak Jiji ini!Aku yang cubit dia,boleh pula dia tuduh semut yang tak bersalah itu gigit paha dia?Memang aku kena beraksi sebagai mak ketam lagilah ini!"Kepala Kiki yang tadi tergeleng-geleng memikirkan kakaknya itu terhenti apabila terdengar bunyi deruman enjin kenderaan yang tidak berapa jauh dari kedudukan strategik mereka berdua.

"Kiki!Awak dengar tak itu?Bunyi macam lori sahaja.Entah-entah,lori yang selalu keluar masuk pondok Si Bongkok,Cik Ghazi tak?"Jiji terus  bersuara setelah lama berdiam diri.

"Aduhai!Kakak ini!Tadi sayalah yang cubit paha kakak kerana saya dah nampak kepala lori yang merah menyala itu."Kulit kepala yang tak gatal dek kelemumur itu digaru Kiki.

"Oh,jadi bukan semutlah gigit kakak Jiji?Hish,awak ini!Lain kali,jerit sahaja nama kakak Jiji.Ini tak,main cubit-cubit pula."Merungut.Itulah salah satu sikap Jiji yang kadangkala tak kena tempatnya.Lagipula,dengan Kiki.Memang salahlah,kakak Jiji oi!

"Oh,jerit nama kakak Jiji?Says rasa anak tekak saya inipun sudah muak mahu menyebut nama apa,JIJI?Banyak kali tahu tak saya panggil kakak punya nama yang sedap sangatlah itu tapi kakak dok termenung macam tugu tak terkutik walau seinci pabila saya terpekikkan nama kakak."Tak puas hati betul Kiki dengan kakaknya yang seorang itu.Nasiblah kakaknya seorang sahaja.

"Eh,adik!Janganlah marah,suara adik makin meninggi,sedar tak?Yalah,kakak minta maaf sebab termenung.Kakak sebenarnya bukan termenung tapi kakak teringatkan si Jijah ini.Ke mana entah dia menghilang."
Ya tak ya juga,Jijah yang dikerah untuk kedai membeli makanan ringan dan roti di kedai Pak Uda tak muncul-muncul.Jangan-jangan,kena culik dengan penjahat lori berkepala merah itu tak?Hai,risau pula hati Kiki.
"Kakak Jiji,Jijah kena culik dengan penjahat itu tak?Takutnya Kiki."Entah kenapa,semacam meremang bulu roma Kiki.

"Hish,Kiki ini!Janganlah cakap begitu.Kita doakan moga Jijah selamat sampai.Lagipun Jijah itu bukan ke ada belajar pencak silat gayung?Mesti dia boleh tumpaskan orang yang mahu kacau dia!"Tenang sahaja Jiji suarakan pendapat mengenai Jijah.

"Kiki tahu itu kakak Jiji sayang.Tetapi bukan ke Jijah ada penyakit lelah?Mahunya tiba-tiba diserang lelah ketika mahu buka kekuda,tak ke naya kakak oi!"Kiki mengingatkan kakaknya mengenai kelemahan Jijah yang satu itu.

"Huh?Yakah?Kakak Jiji tak..."Tanpa sempat Jiji menghabiskan kata-kata,terdengar pula derapan selipar jepun melangkah ke arah semak yang diduduki Jiji dan Kiki.Jantung berdebar-debar bukan main.

"Kraak!Kraak!"Aduhai,bunyi ranting kayu patah pula.Mesti orang itu sudah melalui laluan yang biasa digunakan oleh mereka untuk ke tengah hutan ini.

"Kakak Jiji,bunyi macam orang seorang berjalan sahaja?"Kiki buat-buat bertanya padahal sudah tahu bahawa ada seseorang yang sedang menuju ke arah mereka.Huh!Doakan itu hanyalah untuk menenangkan hati yang sedang gundah sahaja!

"Entahlah!Kiki,istighfar sama-sama kakak Jiji ya!Apapun yang terjadi,kakak sayang Kiki!"Luahan perasaan yang agak tergagap-gagap itu membuatkan mata Kiki berkaca.Berdrama pula dah.

Dalam hati Jiji dan Kiki hanya dipenuhi dengan kalimah "Astaghfirullahal'azim" semata.

Tangan dua beradik itu bersatu bagi membawa kekuatan ke dalam diri masing-masing.

Memandangkan Kiki sahaja yang menutup mata manakala Jiji pula terbuka luas matanya membolehkan dia memerhatikan sekeliling.

Tatkala mata Jiji dihalakan ke tanah,kelihatan satu bayangan manusia yang mungkin sedang berdiri tegak di belakang mereka.Teka Jiji.Terus dipejam mata Jiji rapat serapat-rapatnya.Menunggu masa bagi dirinya dan adiknya Kiki untuk diculik atau dikelar leher atau apa-apalah musibah yang pastinya semua itu sudah terbayang di minda Jiji.

Terkedu Jiji pabila terasa bahunya disentuh oleh seseorang yang pastinya orang itulah yang berdiri di belakang mereka.

"Woit!Korang ini apa cerita?Bergenggaman tangan bagai."Suara itu bagaikan pernah didengari sebelum ini.Tak lain tak bukan suara itu milik Jijah!

"JIJAH!"Jiji dan Kiki memberanikan diri mereka setelah pasti itu Jijah,sahabat mereka.Jijah dipeluk erat oleh dua beradik yang fizikalnya kecil sahaja.Maka tak sesak sangatlah nafas Jijah meskipun dipeluk bagaikan sebuah Teddybear.

"Eh,kenapa ini?Cuba cerita kat saya.Jiji? Kiki?"Sambil mempamerkan muka yang penuh tanda tanya,tangan kanannya mendarat di bahu Jiji manakala tangan kirinya terletak elok di rusuk belakang Kiki.Diusap kedua-dua sahabatnya itu untuk menenangkan jiwa mereka yang entah kenapa kacau semacam.

"Awak,baru tadi kami nampak lori penjahat itu!"Bersemangat Kiki bercerita.

"Ya,betul itu! Kepala lori itu berwarna merah.Kami yakin bahawa lori itulah yang selalu terparkir di depan pondok Si Bongkok,Cik Ghazi."Dengan penuh keyakinan,Jiji menambah data yang sudah terang lagilah bersuluh kebenarannya.

"Oh,memang tidak salah lagilah yang pondok itu sudah dijadikan tempat persinggahan penjahat!Sebenarnya,saya lambat tadi pun kerana terserempak dengan lori berkepala merah itu.Pada waktu itu,saya baru sahaja membayar makanan yang awak berdua suruh beli,tiba-tiba saya ternampak lelaki yang usianya lebih kurang sama dengan usia kita menaiki lori itu bersama dua lagi budak yang sebaya dengannya.Dalam lori itu pula,ada seorang lelaki berkumis tebal malah mukanya bengis tak ingat!"Sememangnya itulah yang dapat disimpulkan oleh Jijah mengenai orang-orang yang dilihatnya ada kaitan dengan lori berkepala merah.

"Hah?Budak-budak muda pun ikut serta?Hah!Apa mahu jadilah!Mmm.Sudah cukup rasanya maklumat yang kita peroleh hari ini.Jom makan,esok kita datang semula ke sini untuk projek diorama yang ditugaskan oleh Cikgu Daud kepada kita.Sambil itu,bolehlah kita mengintip pondok arwah Cik Ghazi itu."Laju sahaja Kiki mnyatakan usulnya.Lagipun informasi yang mereka peroleh hari ini pun sudah merangkumi 50% daripada segalanya.Acewah!

"Betul juga itu.Asyik fikir mahu menyelesaikan kes lori misteri hinggakan projek diorama itu pun sampai tertangguh."Baru sedarlah itu.Jiji!Jiji!Konon mahu jadi detektif.Tak mengapa.Kiki dan Jijah setia menjadi pembantumu!Haha.

"Haa.Sedar juga akhirnya kakak Jiji saya ini!Apalagi,jom makan.Lapar ini"Perut Kiki diusap oleh tangan kirinya manakala tangan kanannya menunjukkan ke arah mulut yang sedia mengunyah makanan yang bakal disuap nanti.

"Haa.Yalah,Kiki oi!Memang dasar tangki makanan betul ya awak ini!"Suka sungguh Jijah menyakat Kiki.Tangannya menyeluk ke dalam plastk yang berisi makanan yang boleh tahan lazatlah.

"Nyam.Nyam.Nyam.Tangki makanan sudah berbunyi!"

"Sudah-sudahlah adik-adik yang tak berapa come,jom makan.Kakak Jiji pun sebenarnya sudah lapar sungguh ini.Lekas makan lekaslah kita pulang ke rumah."Jiji meleraikan sesi sakat-menyakat yang berlangsung di depan matanya.Alahai,muak sungguh!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 07, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Detektif : Kecundang Hanya SekaliWhere stories live. Discover now