BAB 1

41 7 2
                                    

"Assalamualaikum,mak abah?" panggil Hani Safiya dari luar rumah.

"Waalaikumsalam.Hah Hani anak mak dah balik!" Puan Zarah lantas memeluk anak tunggalnya itu.

"Mak ingatkan Hani tak jadi balik.Risau mak tau!" Puan Zarah mencubit pipi halus Hani itu.

"Hihihi,Tak kanlah Hani tak balik..Abah mana mak?" baru dia perasan ayahnya tiada.

"Abah keluar kejap.Pergi kedai Pak Hamid tadi.Dah dah jom masuk panas kt luar ni" Puan Zarah membawa anaknya memasuki rumah.

"Jadi Hani,ok ke kerja kt sana?selesa?"tanya Puan Zarah sambil menghidangkan air.

"Alhamdulillah mak.Semuanya baik je.Emm mak dengan abah sihat?" tanya Hani sedikit gusar.

"Alhamdullilah,mak dengan abah kamu sihat.Tapi tulah mak risau bila kamu tak sampai sampai lagi tadi"

"Sekarang mak tak perlu risau sebab Hani dah selamat sampai ke rumah" Hani memegang erat tangan Puan Zarah.

"Dah pergi mandi.Nanti mak ada benda nak bagitahu Hani" kata Puan Zarah sambil tersenyum ke arah anaknya itu.

"Bagitahu?pasal apa mak?" tanya Hani seakan berminat.

"Eh budak ni.Pergi mandi dulu..Bagi wangi wangi baru mak cakap" halang Puan Zarah.

"Baik mak.Hani pergi dulu ya" Hani hanya akir sahaja dengan arahan Puan Zarah,lalu dia pun pergi menuju ke bilik.Puan Zarah hanya melihat sahaja kelibat anaknya itu.

**********************************
"Nasrul Mikhael" panggil Dato Fahmi.

"Yes pa..Im here.Kenapa pa?" muncul Mikhael dari biliknya.

"Duduk kejap.Papa ada benda nak bagitahu kamu" serius sahaja suara Dato Fahmi berkata.

'kenapa papa panggil aku?dia nak bagitahu apa?' macam macam soalan yang berada di dalam kepalanya.Lalu Mikhael duduk berhadapan dengan ayahnya.

"Apa dia pa?" Entah kenapa jantung Mikhael berdegup kencang.

"Tiga hari lepas,sekolah kamu tu ada cikgu baru kn?" soal Dato Fahmi.

'aduhh! matilah aku lepasni' ucap Mikhael dalam hati.

"Err..Err ya..Ya pa..Kenapa?" tergagap sudah..Kikiki

"Papa dapat berita dari pengetua kamu,yang kamu buli cikgu tu.Betul ke Nasrul Mikhael?" ucap Dato Fahmi.

'hmmm..Memang aku dah tempah tiket maut dengan papa aku..'

"Err..Err...Yyye pa..Err sebenarnya Mikhael saja nak usik cikgu tu" aduh kau Mikhael..Asal kau bagi jawapan bangang gitu!

"You know what Mikhael.Kali ni papa lepaskan kamu.Sebagai balasan,papa nak kamu pergi minta maaf balik dekat cikgu tu" sungguh dia kesal,kecewa tahap dewa dengan anak lelakinya ini.

"What?!no pa!no way...MIKHAEL TAK AKAN!" dia teeluoa bahawa dia telah meninggikan suara di depan papanya.

"Satu je Nasrul Mikhael.Papa tak mau dengar apa apa alasan.Yang papa tau kamu dh minta maaf dengan cikgu tu.Kalau papa dengar kamu buat hal dengan mana mana cikgu lagi...papa akan halau kamu keluar daripada rumah ni" terang Dato Fahmi.Sebenarnya dia tidak tergamak berbuat begitu tetapi perangai Mikhael sungguh dia tidak tahan.

Tergamam Mikhael mendengarnya.'papa halau aku? biar betul?!'

Tanpa sepatah kata,Dato Fahmi segera beredar dari situ.Saja dia menyuruh Mikhael fikirkan balik kata katanya itu.

Datang Tanpa DiundangWhere stories live. Discover now