BAB 1

375 11 0
                                    

Qistina masih dibuai mimpi,walaupun jam telah berdering sebanyak 3 kali namun dia tetap tertidur di atas katilnya yang empuk itu. Qistina memang seorang yang susah untuk bangun tidur. Ibunya selalu memarahi anaknya itu kerana selalu bangun lewat dan lambat sampai ke kolej.

" Nurin Qistina! Bangun! Dah lambat ni! " tegas ibunya Datin Aisyah mengejutkan anak daranya sorang itu. Habis roboh pintu diketuk oleh Datin Aisyah untuk mengejutkan Qistina.

Qistina perlahan lahan membuka matanya. Buka sahaja mata sekeping poster kumpulan korea iaitu group bts dilihatnya. Biliknya memang dipenuhi dengan poster artis korea.Kalau boleh dia mahu saja menyumbat batu ke dalam mulut orang yang mengejutkannya. Namun,apakan daya yang mengejutkannya itu adalah ibunya sendiri. Tidak mungkin dia sanggup buat begitu kepada seorang ibu.

" erm,pukul 6.30? Ya allah dah lambat nak solat suboh ni??! " detik hati kecil qistina. Dia segera mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik mandi. Ini bukan kali pertama dia melewatkan solat, mungkin ni sudah kali yang ke seratus.

Setelah selesai Qistina menunaikan solat suboh dan bersedia untuk ke kolej dia segera turun ke bawah iaitu meja makan. Qistina memang seorang wanita yang bersahaja, walaupun dia anak kepada seorang Dato dia tidak pernah menunjukkan dirinya seperti anak orang kaya. Dia ke kolej hanya memakai pakaian biasa iaitu baju kurung dan kepalanya dililit dengan shawl pink.

" Qistina breakfast cepat nanti lambat ke kolej pula," Datin aisyah mempelawa anaknya untuk makan bersama. Meja makan yang cukup besar yang mempunyai lapan kerusi hanya diduduki oleh 3 orang penghuni sahaja.

Qistina mengambil sekeping roti dan disapukan kaya. " ibu, nak tanya something boleh?" Soal qistina sambil mengunyah roti yang terdapat di dalam mulutnya. Datin aisyah hanya mengangguk perlahan. " eem tahun ni kita tak pergi mana mana ke?" Itulah soalanya yang ditanyakan oleh qistina. Dato Rizwan memandang Datin Aisyah sambil tersenyum hambar.

" Qis, ibu rasa dah banyak kali kamu tanya soalan tu.. tapi kamu tahukan apa jawapannya?" Jawab Datin Aisyah dengan lembut. Muka qistina terus menjadi masam mencuka. Sudah 3 tahun keluarga mereka tidak bercuti bersama. Qistina memang suka pergi melancong, namun ibu dan bapanya sentiasa sibuk dengan hal kerja. Kebiasaanya dia akan melancong bersama kakak saudaranya sahaja.

" ayah,ibu dah lama kita tak cuti one family.. 3 years tau.. qis bosanlan asyik travel dengan kak mya jer.. ibu dengan ayah tak habis habis dengan kerja buzy buzy qis tak fahamlah." Rungut qistina. Dia sudah lama ingin bercuti bersama keluarganya. Lagipun dia bukan selalu bermanja bersama ayah dan ibunya. Dato Rizwan dan Datin Aisyah jarang sekali berada di rumah sewaktu hujung minggu. Mereka terpaksa mengikuti khursus dan aktiviti kerja lain. Qistina selalu bersendirian dan terperap di rumah.

" nanti bila kami free kita travel okayh!" Pujuk Dato Rizwan. Ah! Sudah beratus kali ayat yang sama dikeluarkan oleh ayahnya itu. Namun tidak pernah pula ditunaikan. Qistina sudah bosan dengan kata kata ayahnya itu.

" Qis pergi kolej dulu. Assalamualaikum" ucap Qis sambil menggalas beg sandang berjenama conversenya itu. Segeram mana pun qis terhadap ibu ayahnya dia tidak lupa untuk menyalam dan mencium ibu dan ayahnya itu.
Qistina faham akan kesibukan ibu dan ayahnya di tempat kerja. Namun, dia sudah lama ingin bermanja bersama keluarganya. Hidupnya sudahlah seorang anak tunggal. Memang qistina akan berasa bosan setiap kali ibu dan ayahnya ke luar negeri untuk beberapa hari.

Bayangan Qistina sudah tidak kelihatan di mata Dato Rizwan dan Datin Aisyah. " abang, kesian anak kita tu" kata Datin Aisyah sambil memandang muka Dato Rizwan. Datin rizwan masih mendiamkan diri dan menghirup kopi yang panas itu. " kalau dia bosan..suruh kahwin jelah.. kan senang" balas Dato Rizwan dengan nadanya yang selama. Jantung Datin Qistina seperti dihempap batu apabila suaminya itu memberikan cadangan yang agak pelik. " eh awak jangan.. nanti siapa nak teman saya dekat rumah kalau awak out station?" Datin aisyah mencubit tangan Dato Rizwan.
Dato Rizwan hanya mengangkat bahu dan diam membisu. " hish malas betul cakap dengan abang nilah" keluh datin aisyah.

" habis awak nak buat apa? Nak ke saya panggil kpop idol datang sini buat konsert biar qistina happy?" Dato rizwan sahja ingin melihat muka isterinya itu yang sedang marah. Bukan srlalu dia boleh buat begini bersama isterinya itu. " dahlah saya nak masuk bilik malas nak cakap dengan awak." Datin aisyah terus ke ats di mananya biliknya terletak. Dato rizwan tergelak kecil melihat isterinya yang sudaj mencecah 52 tahun itu merajuk sperti kanak kanak kecil.

Suamiku Import Dari Korea?!Where stories live. Discover now