BAB 3

337 7 0
                                    

Qistina memandu laju kereta Myvi hitam kepunyaannya. Air matanya masih lagi tidak berhenti. Mulutnya tidak pernah berhenti memaki hamun Rafiq. Dia berasa dirinya amat bodoh kerana telah terjatuh hati dengan lelaki yang tidak berguna itu. Air matanya masih lagi tidak kering. Laju sahaja mengalir dipipinya itu.

Dia sekarang tiada hala tuju. Ingin pulang ke rumah masih awal lagi. Lagipun dia tidak mahu ibunya melihat dirinya yang sedang menangis ini. Dia memberhentikan keretanya berhadapan dengan sebuah cafe. Laju sahaja Qistina berjalan menuju masuk ke cafe itu. Tidak pandang kiri kanan langsung.

Dia duduk di sebuah meja yang betul betul berada di penjuru cafe tersebut. Dia termenung teringatkan hal tadi. Dia masih terfikirkan akan Rafiq. " Assalamualaikum" tiba tiba ada seorang lelaki menyapanya dengan membawa 2 cawan cappuccino. Qistina terdiam seketika, sekarang yang berada di depan matanya itu adalah Aniq. Aniq tersenyum sambil menghulurkan minuman tersebut kepada Qistina.

" Aniq? Kau buat apa kat sini?" Soal Qistina apabila melihat cara pemakaian Aniq yang serba lengkap seperti pekerja di cafe itu. Aniq tersenyum manis. " aku kerja kat sini part-time hehe" balas Aniq. Qistina segera menyuruh Aniq duduk bersamanya. Namun ditolak habis pelawaanya itu oleh Aniq. " hish. Tak boleh aku kene amanah waktu kerja.. okeyh kalau kau nak lepas... aku habis kerja pukul 4 petang.. kau nak tunggu aku?" Terang Aniq, dia memang tseorang yang amanah dan bertanggung jawab dia tidak suka sekiranya masa kerjanya itu dipergunakan.

" sekrang pukul 3.30 lagi 30 minutes.. bolehlah.. aku tunggu kau.." balas qistina yang sanggup menunggu Aniq bekerja. Aniq hanya mengangguk dan beredar ke meja pelanggan lain.

.
.
. .
.
.

" qis bangun!" Aniq mengetuk meja yang diduduki oleh qistina. Boleh pula dia tertidur di cafe ini. " jom.." aniq sudah bersedia untuk meluangkan masa untuk qistina. Qistina yang masih mamai memegang tangan Aniq.
" jin oppa... can i follow you to korea.." Qistina mengigau aniq ketawa tidk henti melihat rakannya itu. " yes u can..." aniq cuba untuk mempermaikan Qistina. Qistina hanya tersenyum manis tangannya yang erat memegang kedua dua belah tangan Aniq dilepaskan serta merta apabila mendengar suara aniq.

" Aniq????" Qistina terkejut. Mukanya menjadi merah padam seperti buah tomato. Aniq pula tidak berhenti henti ketawa melihat Qistina. " yes qistina u can follow me go back to korea.." Aniq tidak habis habis mengusik Qistina. Qistina sudah tidak tahu mana nak letak mukanya itu. " Aniq!!!!!!" Qistina menampar kecil badan Aniq. " ha dah habis dreaming with your jin bts??" Soal Aniq. Qistina terdiam. Dia terus menarik tangan aniq dan keluar dari cafe tersebut.

.
.
.

" kau nak lepak kat mana ni?" Soal Aniq sambil melihat Qistina yang serious memandu. Pertanyaan tidak dijawab oleh Qistina. " Cik Nurin Qistina.. kita nak gi mana? " Aniq bertanyakan soalan lagi. Namun, tetap juga tidak di jawab. Aniq mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan ikut sahaja kemana tempat yang ingin dituju oleh Qistina..

" dah sampai ke?" Soal Aniq tiba tiba sahaja Qistina memberhentikan keretanya. Qistina hanya mendiamkan diri. Aniq menurunkan tingkap dan lihat sekeliling kawasan itu. " aik.. ni kan kedai bunga.. apa hal kau berhenti kat sini.." Aniq berasa agak pelik tiba tiba sahaja qistina membawanya ke sini.

Aniq terasa bahunya sedikit berat, dia berasa amat kejut melihat Qistina yang menangis dibahunya. " aku.. aku sebenarnya tak tahu nak pergi mana.. aku sakit.. sakit sangat.." tersedu sedan qistina berbicara. Aniq yang berasa pelik memandang lama muka rakannya itu. " sakit apa? " soalnya. " sakit hati!!!!!!!!!!! Aku rasa aku ni bodoh gila.." sekrang mulalah Qistina mencarut. Aniq menggeleng gelengkan kepalanya.

" eh! Kau kesitu pulak.. kata diri bodoh.. ni mesti sebab Rafiqkan?" Soal Aniq lagi. Dia seperti tahu sahaja apa yang bermain di fikiran Qistina. Qistina mengangguk laju. Dia masih tidak berhenti menangis. " apa
Yang dia buat kat kau? Cuba cerita.." Aniq ingin Qistina menceritakan tentang masalahnya dengan Rafiq.

Tidak mungkin Qistina akan menceritakannya kepada Aniq. Jika dia tahu dirinya bergaduh dengan Rafiq kerana dia mungkin masalah akan menjadi lebih besar. Atau mungkin Aniq akan jauhkan diri daripadanya. Haish pelbagai perkara yang difikirkan oleh Qistina.

" tak nak cerita? Erm okaylah tak pe.." aniq memang seorang yang begitu memahami. Dia tidak pernah memaksa seseorang itu untuk berterus terang tentang masalah yang dihadapi. " nah.." Aniq menghulurkan tisu kepada Qistina. Namun qistina tidak pun menggerakan tangannya untuk mengambil tisu tersebut.

Aniq menarik nafas panjang. Tisu yang dipegangnya itu digunakan untuk mengelap air mata yang dikeluarkan oleh Qistina. Tanpa sengaja, Aniq mengelap air matanya yang sudah berwarna hitam disebabkan maskaranya yang sudah cair. Qistina terdiam dan mukanya menjadi merah melihat tindak Aniq.

Aniq kaulah sahabat aku, kau sentiasa dengan aku senang dan susah. Bukan senang nak dapat kawan macam kau ni. Thanks for everthing Aniq.
Qistina tesenyum melihat Aniq. Namun, senyuman itu tidak langsung dipandang oleh Aniq. Aniq masih leka mengelap air mata Qistina yang mengalir sejak tadi.

" qis, aku rasa tak de guna kita lepak kat sini.. lagipun aku tengok kau dah penat menangis.. take this water.. biar aku drive hantar kau balik rumah.. but before that aku nak ambil kereta aku kat cafe. So aku hantar kau sampai cafe je boleh? " terang Aniq sambil memulas penutup botol mineral ketat itu. Qistina hanya mengangguk untuk menandakan setuju.

:
:
:
:
:

" qis.. aku balik dulu okeyh.. janganlah nangis lagi.. membazir jer kau keluarkan disebabkan lelaki tu. Bye Assalamualaikum" aniq menutup pintu kereta iris kuningnya. Dia terus pulang ke rumah dan meningglskan Qistina di cafe,. " waalaikusalam.." satu sahaja perkataan yang dikeluarkan oleh Qistina sebaik sahaja Aniq pergi.

Qistina menuju ke keretanya. Tiba tiba ada seseorang menahannya. " ya Allah." Qistina terkejut. " ouh u keluar date eh? " soal Rafiq yang entah datang dari mana. " apa u nak? I nak balik dah ni.." kata Qistina dengan tegas. " i just nak kasi amaran kalau i dapat tahu u ceritakan masalah kita dekat si mamat acah korean tu u tengok apa yang i akan buat dekat korang,!!" Rafiq memberi amaran kepada Qistina. Qistina menjeling tajam muka rafiq. Jika dulu dia selalu menatap wajah rafiq yang seiras amar baharin dengan gembiranya. Namun sekrang hendak melihat mukanya ingin muntah. " u jangan risau i takkan bagitahu dia psal masalah kita " Qistina terus membuka mulut.

Tangannya membuka pintu kereta. Rafiq menahan lagi Qistina. " ok we will see " rafiq terus melepaskan tangan qistina dari genggamannya. Qistina terus memandu laju keretanya menuju jalan pulang ke rumah. Amaran Rafiq tadi masih berlegar di fikirannya.

.
.
.
.


Suamiku Import Dari Korea?!Where stories live. Discover now