BAB 2

477 11 0
                                    

"Kau dengan Azwina couple eh?" Tanya Airul. Rizki ketawa kecil.

"Crush aku masa zaman sekolah dulu. Lama aku tak nampak dia weh. Aku ingat nak try lupakan dia tapi tak sangka pula dia kerja di bawah kau sekarang." Bahagia rasanya setelah dia sudah bertemu dengan pujaan hati. Azwina Sofea, untuk kali ni kau takkan lepas dari aku. Aku janji.

"Oh, macam tu. Patutlah muka berseri seri semacam je aku tengok lepas kau nampak Azwina dengan aku tadi. Rupanya pujaan hati zaman sekolah! Haha." Rizki tersenyum bahagia. Tak sangka pula aku boleh jumpa dia kat sini. Alahai rindunya aku kat kau, Wina.

"Ada ada jelah kau ni, Rul. Tak kisahlah. Yang penting sekarang ni aku dah cukup rasa puas hati."

"Apasal puas hati?" Soal Airul pelik.

"Puas hatilah sebab sekarang Azwina Sofea dah kerja dalam syarikat kau. Dan aku pula... bolehlah aku jumpa dia tiap-tiap hari. Melepas rindu. Haha." Airul menggelengkan kepala sambil menghabiskan minuman yang diorder tadi. Matanya meliau-liau di sekeliling ruang restoran itu. Matanya terhenti seketika pada seorang perempuan yang sedang membeli tudung di sebuah butik tudung di dalam mall itu. Airul segera berganjak dari duduknya selepas memberitahu Rizki.

"Assalamualaikum."

"Waalai.. Eh, Waalaikumussalam encik Airul." Balas Azwina dalam keadaan yang terperanjat akan kehadiran boss harimaunya itu.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Airul sambil matanya melihat sisi ruangan butik tudung itu.

"Tanam padi, encik Airul." Sengihan kecil dihadiahkan. Airul menjeling kasar sebelum menarik lengan Azwina.

"Eh, boss! Kenapa pegang-pegang orang ni?! Ish, lepaslah boss." Lengannya yang digenggam Airul segera ditarik kuat. Ish, nasib baik berlapik. Kalau tak, tak pasal-pasal masuk harian metro 'seorang pekerja mengkarate majikan di sebuah pusat membeli-belah. Haha.

"Ops, sorry!" Azwina menjeling Airul yang masih tersengih.

"Apasal tarik-tarik orang ni? Tak baiklah kalau orang lain nampak!" Tegur Azwina. Tudungnya yang kelihatan kurang kemas segera diperkemaskan. Matanya kembali memandang Airul yang masih belum menjawab soalannya. Dengusan kasar dilepaskan.

"Aku nak minta tolong kau, boleh?" Berkerut dahi Azwina.

"Tolong apa tu, encik Airul?" Tanyanya curious.

"Tolong pilihkan hadiah untuk aku bagi kat mama aku. Aku tak pandai nak pilih hadiah untuk perempuan. Biasalah. Perempuankan banyak songeh. Itu tak nak, ini tak nak." Perlian Airul mengundang kegeraman dalam hati Azwina. Suka hati kau je nak cakap macam tu. Nasib baiklah kau boss aku. Kalau tak..

"Mama awak suka barangan apa? Accessories or make up or what?"

"My mom love a dress. Yang labuh." Jawab Airul pantas. Azwina mengetuk dagunya perlahan.

CING!

"I know what should you buy for your mom. This is a birthday present or what?" Tanya Azwina. Namun kakinya makin pantas bergerak ke arah sebuah butik dress yang cantik dan elegant. Sesuailah kot untuk Datin Aida. Hahaks.

"Birthday present." Jawabnya pantas. Hmm, not bad.

"Okay. Encik Airul kena follow saya ke satu butik ni. Baju dia cantik dan elegant. I hope so that your mother love it. Come!" Airul hanya mengikuti langkah ke mana arah Azwina. Mereka segera berhenti dihadapan sebuah butik Beauty.

"What can I help you, miss?" Soal pekerja butik itu. Azwina segera mengukir senyuman lalu tangannya segera menyalami pekerja butik itu.

"Saya nak cari dress yang sesuai untuk dijadikan birthday present."

"Oh, cik boleh jenguk-jenguklah dulu. Cik masuk je ke dalam bilik tu. Semua dress terkumpul disana." Senyuman segaris dilemparkan.

Pekerja tadi hanya membiarkan saja Azwina dan Airul memilih baju yang cantik untuk birthday itu nanti.

Sedang elok Azwina membelek-belek setiap baju yang tersangkut indah itu, Airul segera menegurnya.

"Cepatlah pilih. Jangan nak berkhayal je dari tadi!" Arah Aizul. Azwina segera mencebik. Eleh, ingat aku ni maid kau ke?!

"Encik Airul! Dah jumpa. Canti tak?" Azwina segera menunjukkan dress labuh berwarna merah hati. Sedikit manik-manik terletak kemas di bahagian depan baju itu. Cantik.

"Okay. Miss, i buy this." Bagitau Airul lalu menuju ke kaunter pembayaran. Di sudut lain, Azwina kelibatan berminat dengan dress berwarna Turquoise itu. Nampak simple je. Tanpa dia sedari, Airul memerhatikannya dari kaunter pembayaran. Senyuman kecil terukir dibibir lelakinya itu.

"Thank you for coming." Ucap pekerja butik itu. Airul segera menapak ke arah Azwina yang masih sibuk membelek dress itu.

"Kau suka ke baju tu?" Soal Airul.

"Suka. Nampak cantik dan simple je baju ni." Balas Azwina. Senyuman yang diberikan kelihatan tawar saja. Mahalnya harga baju ni.

"Dahlah. Jom kita balik." Arah Airul.

"Wait! Aku nak pergi toilet kejap. Kau tunggu je kat sini. Jangan pergi mana-mana." Tegas suara Airul memberi arahan. Azwina hanya mengangguk faham. Segera kakinya melangkah ke sebuah cafe berdekatan untuk menumpang berehat.

10 minit kemudian.

"Sorry, Azwina. Lama tunggu ke?" Azwina hanya mampu menggeleng laju. Mereka segera bergerak ke tempat parking kereta.

"Aku hantar kau balik rumah." Kata Airul mengejutkan Azwina. Azwina menolak lembut ajakan itu. Namun bila melihat raut wajah Airul yang berubah membuatkan Azwina tidak mampu menolak lagi.

********

"Amboi, cik Wina. Balik dengan siapa tu?" Tanya Diana.

"Boss aku. CEO syarikat H&R Holdings tu."

"What?! Wow. Kau dengan dia ada apa-apa relay ke?" Soal Diana lagi. Azwina menjulingkan biji matanya.

"Antara pekerja dengan majikan je cik adik manis. Dahlah, aku nak naik atas. Nak mandi. Melekit rasa badan ni. Bye."

Huhuhu.. macam pelik ja. Haha aku dah tiada idea dalam bab ni. Hentam sajalah. Moga dapat diterima baiklah eh? Enjoy your reading my dear readers 😍

Macam biasa. Ada typo atau salah tatabahasa sila tegur ya 😊 aku masih baru 😂

Encik BossWhere stories live. Discover now