Kehidupan Trishya dan Harraz berjalan seperti biasa. Pergi sekolah , balik sekolah , bergaduh , kelas tambahan dan tidur. Sebaik sahaja Trishya masuk ke dalam kereta, Pak Mat terus membawa Trishya ke bandar." Kita nak ke mana Pak Mat ? Bukan patutnya kita balik rumah ke ? " - tanya Trishya kepada pemandunya itu.
Namun hampa , tiada sebarang sahutan. Hanyah kedengaran suara manusia dalam radio yang bercakap sendirian.
" Pak Mat jangan macam-macam. Saya call papa atau mama kang. Lagi bagus saya call polis terus kan ? "
' Pak Mat nak buat apa ni ? Aku dah lah tak ada kreadit nak call papa. Adoyaii , mati lah aku gini '
- satu saat
- dua saatTrishya terus mengambil langkah drastik iaitu menjerit meminta tolong sambil mengetuk tingkap. Terhenjut bahu Pak Mat apabila tiba-tiba mendengar suara anak majikannya yang telah menjadi orang gila.
' Astagfirullahalazim budak ini . Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Maunya aku mati terkejut tadi baru tahu. Sabo je lah ' - omel Pak Mat dalam hati.
" Dato' dengan Datin suruh Pak Mat bawa Trishya pergi butik Auntie Darwishya. Malam ni Trishya ada kena pergi satu majlis. Pak Mat bukan nak buat benda buruk pun "
Terus terdiam Trishya. Apa yang dirasakan sekarang adalah malu yang menebal-nebal. Mana tidaknya, Pak Mat sudah bekerja dengan keluarganya hampir 20 tahun. Mana mungkin Pak Mat melakukan perkara yang sebegitu.
' Trishya , Trishya .... Apa lah kau ni. Takkan sebab stress Kimia kau jadi macam ni ? ' - kata Trishya di dalam hati sambil mengetuk-ngetuk kepalanya berulang kali.
Pak Mat yang melihat menerusi cermin pandang belakang hanya tersenyum.
Malam itu seperti yang diberitahu , Trishya pun pergi ke T.N Gold Hotel yang merupakan hotel kepunyaan keluarganya.
T.N Gold Hotel diambil sempena nama Trishya dan konsep hotel itu juga diilhamkan oleh Trishya sendiri. Hotel itu telah terbina selama dua tahun iaitu semasa Trishya berumur 15 tahun. Walaupun masih baru dibina, namun hotel itu maju dan ramai ahli bangsawan dalam dan luar negara menginap di situ kerana konsepnya yang unil.
Trishya berhenti di hadapan V.V.I.P Room apabila terdengar suara orang bergelak ketawa.
' Kenapa macam ramai ? Papa ada jemput kawan ke ? '
Sebaik sahaja Trishya masuk ke dalam bilik itu , 10 pasang mata memandang tepat ke arah Trishya. Terpengun dengan kecantikkan luar biasa Trishya pada malam itu.
" Assalamualikum , ada orang ke tak ? " - kata Trishya sambil memandang ke arah keluarganya serta 3 orang tetamu mereka.
" Waalikummusalam , terkejut papa tengok anak papa cantik sangat malam ni " - kata Dato' Arash.
" Pandai lah papa . Btw , thank you auntie for this georgeous dress and why auntie and uncle and also this ' budak ' are joining us , papa ? "
" We have something to tell you and the one that you called ' budak ' " - kata Dato' Arash sambil ketawa diikuti Dato' Syakir , Datin Darwishya dan Datin Melinda.
" Yaaa , that's why they are here " - sambung Dato' Arash.
ŞİMDİ OKUDUĞUN
Cinta Sebelah Rumah
RomanceHarraz Izzul dan Trishya Natashya merupakan jiran a.k.a musuh daripada kecil. Manakala kedua dua ibu bapa mereka adalah bestie atau dikenali kawan baik . WATAK ✨ Trishya Natashya Harraz Izzul Dato' Arash - Ayah Trishya Datin Melinda - Mama Trish...