Abang din memberi aku 'mesin'. Sudah masuk seminggu aku bekerja di situ baru aku tahu nama mesin tersebut adalah scanner.
Aku ditugaskan untuk scan kod bar yang ada pada roti di situ. Di situ yang aku maksudkan adalah stor belakang bakery. Terdapat beberapa rak setinggi kontena kerana aku pernah melihat kontena masuk terus ke situ . Kesemua roti di situ telah tamat tempoh. Kenapa tak buang je terus ?
Sebagai budak baru aku masih dalam fasa malu lagi.Aku pun mula buat kerja. Abang din tinggalkan aku di situ dan akan kembali dalam masa 5minit.
Dia kembali bersama dua cawan milo di tangannya. Dia senyum. Aku pun senyum jugak. Ehh tak aku sengih 😆
Hari pertama dah tamat.