BAB 4 - BAB 5

341 7 0
                                    


Bab Empat

Sari duduk di ruang tamu bersendirian. Rumah yang pernah menyaksikan kisah-kisah lalu. Di mana dia hidup bahagia bersama kedua orang tuanya. Namun, sampai ke satu tahap dia pernah merasakan kekosongan dalam hidup. Dia sunyi. Fikirannya bercelaru. Dulu, dia menghabiskan banyak masa bersama ayam kampung belaannya, si Mail. Di matanya, Mail itu dilihat seperti manusia. Segalanya begitu indah dan bahagia pada waktu itu.

Tiba-tiba, Sari berasa sesak nafas lalu pandangannya berpinar-pinar. Tanpa membuang masa dia segera menyelongkar beg sandang yang tersandar di kerusi sebelahnya. Dia lantas cuba mencari sebotol ubat. Sebaik dapat apa yang dia cari, dia melahap beberapa biji pil dengan gelojoh sekali. Sesudah itu dia menekup wajahnya sambil tercungap-cungap geram. Tanpa pengetahuan sesiapa, Sari sedang memendam sakit.

* * * *

Nun di rumah Pak Aji, Masirat datang mengayuh basikal semata-mata mahu menghantar kalkulator Pak Aji yang tertinggal di ladang.

Sebaik saja terpandang Masirat, Pak Aji terus mengajaknya minum petang. Masirat segan, baru 3 bulan dia duduk di pekan itu tetapi Pak Aji begitu baik padanya. Malah, Pak Aji yang menyelamatkannya ketika dia sendirian sehelai sepinggang di perhentian bas.

"Mat, tak payah la ingat cerita lama tu. Aku cuma nak ajak minum petang." Suara Pak Aji memecahkan liku-liku fikiran Masirat.

"Mari, aku nak borak petang dengan kau." Ajak Pak Aji lagi. Mahu tak mahu, Masirat naik juga ke anjung rumah Pak Aji seraya duduk bersila.

Petang itu, Masirat duduk di anjung rumah Pak Aji buat pertama kalinya. Menjamah kuih dan mencicip kopi. Pak Aji orang lama di pekan lama itu, banyak perkara yang dia tahu. Sebagai orang lama, Pak Aji perlu memberitahu sesuatu pada Masirat yang masih baharu di pekan mereka.

"Banyak perkara yang kau tak tahu pasal pekan ni. Dulu, ada kejadian tak berapa elok terjadi di pekan ni. Orang pekan gempar terjumpa beberapa mayat bayi bergelimpangan dalam perigi buta. Rupa-rupanya, mayat bayi tu hasil orang buang anak. Ada pasangan suami isteri buat kerja haram. Sampai sekarang orang tak nak lalu di perigi buta tu, kononnya ada hantu." Pak Aji, menyingkap kisah lampau.

"Siapa pasangan suami isteri tu, tuan?" Masirat mula memberi perhatian.

"Aku masih ingat, orang panggil mereka dengan nama Rahman dan Timah. Kalau kau nak tahu, pasangan laki bini tu la mak bapak kandung Sari. Dulu orang dari kampung seberang pernah tuduh Timah jadi bidan buang janin. Perigi buta tu jadi tong sampah mereka. Disebabkan hal tu, ramai orang kecoh sana sini. Akhirnya, Rahman dan Timah mati dalam kebakaran. Mungkin mereka bunuh diri sebab tak tahan dicemuh orang." Bisik Pak Aji, membuatkan Masirat terlopong.

"Lepas kejadian tu Sari dijaga oleh adik Rahman. Sari masa tu baru tujuh tahun, dia jadi pendiam disebabkan hal tu. Aku pernah hadiahkan ayam kampung untuk Sari untuk hiburkan hati dia." Sambung Pak Aji, lalu tertawa sendiri bila terkenangkan perkara tersebut.

"Nampaknya tuan memang kenal sangat dengan Sari." Masirat berkata sebelum mencicip kopinya. Pak Aji memandang Masirat seraya mengangguk-angguk.

"Ya. Aku kenal. Dah lama tak nampak, sekarang dia dah besar. Makin cantik."

Apabila mendengar kata-kata Pak Aji, Masirat mendongak sedikit dan menyedari Pak Aji tersenyum padanya. Masirat tertanya-tanya dalam hati, apa maksud senyuman itu? Apa dia cuba nak dekatkan aku dengan Sari, fikir Masirat. Atau, senyuman itu ada maksud lain yang dia tidak fahami?

(Preview) CINCANG: DENDAM TERBALASWhere stories live. Discover now