Seorang lelaki....
-sado
-alim
-tampan
-pecah rumah
Macam2 ada sebab lelaki juga dilahirkan tidak sempurna sebagaimana perempuan.zahirnya tampak kuat kerana fizikalnya namun di dalam hati nuraninya,kadang2 sensitif dan sesekali emosional.Seorang lelaki boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat tentang sesuatu perkara.tidak kesah sama ada berkaitan kerja,kehidupan malah dalam perhubungan,mengambil berat itu adalah sifat seorang lelaki.
Orang perempuan kata semua lelaki tidak boleh dipercayai.Mengapa?
Hanya kerana lelaki melayan perempuan lain.sebenarnya adalah perkara biasa lelaki bersifat romeo ataupun rapat dgn perempuan.tetapi,apabila dia betul2 jatuh cinta cuma ada perempuan itu dalam hidupnya.yang lain itu hanya suka saja.Seorang lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap perempuan.Dek kerana itulh,lelaki suka untuk lihat dan jeling perempuan.lelaki juga memang perkara biasa kalau dia menunjukkan rasa cemburu dia apabila perempuan kesayangan dia menyebut nama lelaki lain.
Seorang lelaki juga kurang faham dan selalu keliru dengan sikap perempuan.jadi,perempuan sekalian jangan salahkan lelaki kalau mereka tak memujuk sekiranya anda merajuk sebab perkara yang tidak wajar.
Seorang lelaki dalam hati ada taman..betul ke?
Lelaki sebenarnya,bila dia putus cinta,lelaki rasa lebih sedih dan lama berbanding perempuan.cuma dia takkan tunjuk kesedihan dia depan orang dan berlagak kuat.tapi dalam hati,Tuhan sahaja yang tahu sakitnya.kadang2 ada dengar,lelaki susah nak cari pengganti lepas putus cinta.sebab masih teringatkan kisah lama dulu.Seorang lelaki....seriously lelaki sangat2 lemah dengan air mata perempuan.lebih2 lagi kalau perempuan itu menangis sebab dia sendiri.huhuhuhuhuh..
Seorang lelaki akan berusaha keras untuk menyelesaikan kerjanya sendiri.jadi,jangan hairan kalau lelaki tak mintak pertolongan atau tolak bantuan seseorang selagi dia berusaha.lelaki jugak seorang makhluk yang kompetitif.kalau mereka rasa gagal atau kalah,mereka akan mudah rasa stress atau marah.
Lastly,seorang lelaki mungkin mudah lupakan pujian seseorang yang diberikan kepada dia tapi kalau diberikan daripada insan istimewa,kata pujian itu tak mungkin dilupakan.
Setiap lelaki ada watak dan personaliti yang tersendiri.jadi,jangan menyatakan sesuatu tentang lelaki sekiranya tidak mengenali lebih lagi.
"Don't judge a book by its cover"