My Ghost Story 2 [Chapter 4]

49 7 2
                                    

Kai : Eunji kau dah kenapa ?

Eunji : Jangan sentuh aku !

D.O : Eunji .. ni kami ..

Eunji memandang Kai dan D.O.

Eunji : Apa kau berdua buat dekat sini ?

Kai : Nak pergi sekolah lah ..

Eunji : Temankan aku ..

D.O : Tadi nak lari sangat ..

Kai : dah arh .. jom ..

Kai memegang tangan Eunji dan membawanya pergi.

Sekolah ~

Luhan baru sampai ke sekolah dan terus masuk kedalam kelas,Luhan memandang Bomi yang sedang duduk ditempatnya.Luhan berjalan kearah Bomi.

Luhan : Bomi boleh saya duduk sebelah awak ? Saya ada benda nak cakap ..

Bomi : Oh .. boleh duduklah ..

Luhan duduk di sebelah Bomi dan memandang Bomi dengan wajah serius.

Bomi : kenapa awak tengok saya macam tu ?

Luhan : awak tak rasa pelik dengan kejadian semalam ?

Bomi : Saya tak tahu .. tapi saya gembira kita semua dah selamat ..

Luhan : Awak tak rasa kita kena sumpah ?

Bomi terkejut selepas mendengar kata-kata Luhan.

Bomi : Sumpah ?

Luhan : Saya dapat rasa yang hidup kita tak akan sama macam dulu ..

Bomi : Awak janganlah mengarut .. kenapa pulak kita nak kena sumpah ? Apa yang kita dah buat ?

Luhan : Cuba awak fikir .. semalam kita jumpa dengan Roh Rina .. lepastu kita masuk dalam alam yang entah dekat mana .. dan awak tak rasa kita sebenarnya dah kena sumpah sebab berkomunikasi dengan roh yang dah mati ?

Bomi hanya mendiamkan diri.Kata-kata Luhan itu ada benarnya.Tiba-tiba hujan turun dengan lebat diikuti guruh.

Bomi : Awak berharap je lah .. supaya kita tak di sum ..

Kata-kata Bomi terhenti apabila dia melihat seorang perempuan dengan baju yang berlumuran darah sedang berdiri di depan pintu kelas.Luhan memandang Bomi yang sedang kaku,Bomi mengalihkan pandangan.

Luhan : kenapa ni ?

Bomi : dekat .. pintu .. kelas .. ada .. gadis ..

Luhan memandang kearah pintu kelas mereka.Tiada sesiapa ketika itu kecuali pelajar yang sedang berbual.

Luhan : Tak ada apa pun ..

Bomi memandang kearah pintu kelas.Perempuan tadi sudah hilang,Bomi ketakutan.

Bomi : Saya nampak .. betul saya nampak ..

Luhan : awak nampak apa ?

Bomi : ada perempuan .. dia ..

Luhan : jangan cakap ..

Bomi memandang mata Luhan.Bomi merasa nyawa mereka dalam bahaya.Mungkin apa yang dikatakan oleh Luhan ada benarnya.Hidup mereka tidak akan sama seperti yang dulu.

Bomi : Saya nak pergi tandas dulu ..

Bomi terus berdiri dan keluar daripada kelas.Luhan memandangnya sehingga hilang daripada pandangan.Bomi memandang sekeliling,sekolahnya itu memang agak sunyi.Memandangkan sekolah itu jauh daripada bandar.

Bomi masuk kedalam tandas dan mencuci mukanya.Hanya bunyi hujan saja yang kedengaran ketika itu.Tiba-tiba kedengaran bunyi air dihidupkan di dalam tandas.Bomi terkejut kerana ketika dia masuk tadi tiada sesiapa di dalam tandas kecuali dia.

MY GHOST STORY Where stories live. Discover now