Bab 33 - 34

590 11 13
                                    

         

BAB 33.

13 April 2015.

09:00 malam.

Kirk Inc.

Gunung Bintumani, Sierra Leone.

Kolam berisi asid hidrofluorik sedang garang menggelegak, bersedia mereputkan mangsanya dalam hanya beberapa kerlipan mata. Pintu terbelah dua, peti diperbuat daripada gentian kaca itu melepaskan kepulan asap putih keluar bertebaran mengisi dimensi ruang. Tak lama selepas itu satu kujur jasad manusia melangkah keluar. Lemah pergerakannya, perlahan-lahan mengumpul kudrat.

John Lee tersenyum sambil bergerak memapah tubuh yang sedang mengecas tenaga tadi. Pancaran cahaya yang terang dari arah belakangnya menyukarkan bahagian depan lelaki itu untuk dilihat. Disokong lagi dengan suasana ruang yang suram kekurangan sumber cahaya.

"Wow! Ini adalah keajaiban dan ia adalah nyata!"

Saintis berdarah Korea itu menyapa mesra, diselangi ketawa takjub. Tangannya terkinja-kinja mengusap-usap batang tubuh lelaki tadi. Diamati setiap inci tubuh lelaki tersebut, meyakini matanya. Tubuh yang tidak berbalut walau seurat benang itu benar-benar mewujudkan rasa gembira dan bangga dalam dirinya. Usahanya selama ini menjadi, siapa tak bangga?

"Seratus-peratus sama!"

Lelaki tadi sudah hampir sembuh dari kehilangan tenaganya setelah sekian lamanya bersemadi di dalam peti yang dua kali ganda lebih besar dari saiz keranda biasa itu. Walaupun jika diikutkan nutrisi yang disalurkan ke dalam tubuhnya melalui tiub yang mencucuk tubuh adalah mencukupi namun akibat tidak langsung bergerak untuk satu tempoh yang lama, anggotanya menjadi canggung untuk kembali bergerak. Namun itu semua berbaloi kerana hasilnya kini adalah menakjubkan. Rencana yang dirancang bersama John membuahkan hasil.

"Selamat kembali, J...errr...Kirk! Tuan Kirk!"

Tenaganya sudah pulih sepenuhnya dan dia kini mampu untuk berdiri megah. Mulutnya senget meleret senyum sinis. Riak gembira dengan hasil yang diperoleh terpamer jelas pada postur wajah lelakinya.

"Bagaimana dengan perancangan kita?"

Soalan pertama terpacul dari bibir pucat lelaki tersebut, soalan pertama setelah sekian lamanya terpaksa berdiam. Tangannya mencapai seutas jam tangan yang tersusun pada meja di sebelah kiri kemudian disarungkan pada pergelangan tangan.

"Tiada masalah. Dan sekarang ini mereka sedang bergerak menuju ke Aokigahara. Seperti yang kita rancangkan."

"Bagus. Tapi... maafkan aku, John."

"Je!" Suara lelaki yang bersarung kot putih itu tersekat. Tidak sempat dilepas keluar. Bunyi suara dipaksa keluar tetapi tersekat seperti tercekik mengisi ruang, mengiringi bunyi asid menggelegak di belakang.

Pada lehernya mengalir cecair pekat berwarna merah dari sebuah lubang kecil. Lubang kecil yang terhasil selepas dibidik peluru halus dan tajam dari jam tangan yang dipakai sekutunya. Sekutu yang kini menjadi seteru.

"Maafkan aku. Benar kepercayaan Yahudi itu, orang Asia adalah bodoh."

Tubuh kaku John Lee dibiar tumbang terlentang, terhumban masuk ke dalam kolam yang menjerit-jerit kelaparan menanti mangsa. Bagai pemangsa yang sedang kebuluran tahap dewa, cecair kimia berbahaya itu dengan pantasnya mereputkan sel-sel dan tisu tubuh John Lee hingga menampakkan ketulan temulang lelaki tersebut sebelum organ tubuh yang terbina dari kalsium itu turut lenyap dari pandangan mata.

-    -    -    -    -

Cermin besar yang melekat pada dinding ditatap lama. Biasan wajah pada kepingan kaca itu direnung setajamnya.

FOXFIRE - sebuah novel FaridWhere stories live. Discover now