1

41 5 0
                                    

Kadangkala kita menginginkan hidup ini penuh dengan suka dan gembira, sehinggakan kita lupa bahawa tangis dan duka itu juga merupakan resam hidup di dunia ini.

Kita hanya inginkan rasa bahagia menyelubungi diri hingga lupa duka yang ALLAH berikan itu merupakan tanda kasih-Nya.

Kadangkala kita memandang kesedihan dan kesempitan itu sebagai beban sedangkan ia datang membawa seribu rahmat.

Ingatlah diri bahawa hidupmu di dunia ini bukan sekadar untuk bersuka ria maka terimalah ujian yang mendatang sebagai suatu tanda kasih ALLAH kepada kita. .

Kanvas KehidupanWhere stories live. Discover now