Kita sering menyalahkan waktu yang semakin berlalu
Tetapi kita tidak pernah menyalahkan diri kita sendiri yang tidak pandai menghargai waktuAdakah waktu yang bersalah dalam apa yang kita lalui selama ini
Atau kita yang terlalu menunding jari pada salah yang sebenarnya kita adalah perlakunyaKita terlalu mengharapkan agar kita menjadi sempurna tanpa melakukan sebarang kesilapan maka kita mengambil langkah untuk menyalahkan waktu yang kononnya memaksa kita melakukan sesuatu itu
Kita seakan terlupa yang kita mempunyai pilihan sendiri sama ada ingin melakukannya atau tidak bukan waktu yang menentukan pilihan kita
Tetapi apabila kita tersilap membuat pilihan maka dengan mudah kita katakan bahawa waktu telah mendesak kita melakukannya
Ingatlah setiap apa yang kita lakukan adalah pilihan kita bukan salah siapa siapa kita yang seharusnya muhasabah diri saat tersedar bahawa kita telah salah membuat keputusan
Jangan diletakkan kesalahan yang kita lakukan kepada yang lain kerana itu akan menyebabkan kita terus hanyut dalam keegoan kita dan kita akan sentiasa berasakan yang kita ini sentiasa pada pihak yang betul
Itu semua hanya akan menyebabkan kita semakin ego dan sentiasa meletakkan kesalahan kita pada yang lain selamanya.
YOU ARE READING
Kanvas Kehidupan
PuisiHidup ini penuh dengan warna warni yang menjadi corak pada kanvas kehidupan yang latarnya putih. Bagi "kanvas kehidupan" ini bukanlah sebuah cerita atau kisah akan sesuatu. Ia cuma suatu ruangan dimana saya akan menulis apa sahaja yang mungkin terli...