Semangat

5 0 0
                                    


Sering kali kita melihat kepada kejayaan orang lain,

Sering kali kita merasa bahawa diri ini gagal,

Kita sering memandang rendah pada diri sendiri,

Sering berasa diri serba kekurangan.

Tapi,

Kita sering lupa bahawa orang senantiasa memandang tinggi pada kita,

Kita sering lupa bahawa ramai yang ingin menjadi seperti kita,

Dek kerana taksubnya kita memandang orang lain,

Kita terlepas pandang pada mereka yang memandang kita.

Wahai diri yang terlena,

Bangunlah dan sedarlah bahawa tiada guna memandang orang lain,

Kerana itu hanya akan melemahkan semangat kita,

Kita hanya akan memandang pada kelebihan mereka dan berasa kekurangan,

Sedangkan setiap diantara kita mempunyai Kekuatan dan Semangat yang berbeza-beza,

Jadi apalah guna kita memandang kelebihan orang lain,

Sementara kelebihan yang kepunyaan kita tidak pernah kita gilap.

Sahabat dan Teman,

Cubalah merenung kembali kelebihan yang ada pada diri,

Sampai bila harus kita sembunyikan,

Jangan biarkan hanya orang lain melihat kelebihan kita,

Sedangkan kita persia-siakan dengan memandang kelebihan orang lain,

Tidak salah memandang kelebihan orang lain tapi jangan sampai memperkecilkan diri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 11, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kanvas KehidupanWhere stories live. Discover now