#1 : Maafkan Sha, Dean

148 1 0
                                    

#1 : Maafkan Sha, Dean

“Tolong janji dengan Dean yang Sha akan jaga diri baik-baik”, bisik Dean padaku. “Tolong janji dengan Dean yang Sha takkan menangis lagi. Kalau tak nanti Dean tak tenang,” Aku cuba membaca redup matanya. Dia sungguh tenang dan redha. “Dean, Sha tak mampu .. Tolong jangan tinggalkan Sha. Sha takut tak dapat menempuh semuanya.” “sha.. sha sendiri tahu kan yang pemergian Dean Ini pasti berlaku. Cepat atau lambat, Tuhan saja yang menentukan semuanya. Sha ingat, sha kena terima qada’ dan qadar. Maybe you are fated to meet someone better than me.” Dalam nafas yang tersekat-sekat Dean cuba meyakinkan aku.  Mataku dikaburi airmata yang tak henti-henti mengalir. Aku sememangnya tidak menjangkakan ini akan berlaku.

***************************

AKIM menggigit hujung pen Kilometrico biru miliknya. Matanya merenung gadis berselendang biru laut yang duduk di penjuru bilik sederhana besar itu. Khusyuk nampaknya gadis itu menatap skrin computer di hadapannya, hingga tak sedar sepasang mata memerhatikannya. Sesekali tangannya menulis sesuatu di dalam notepad di atas meja. Akim terus menatap wajah gadis itu.

“weh, hang ni dok usha sapa tu? Usha dak sha tu ka?” tiba-tiba satu tepukan hinggap ke bahu Akim. Hamper-hampir saja Akim terjatuh dari kerusi yng di dudukinya. “Gila ka apa hang ni? Buat terkejut aku ja. Sapa nama dia?” balas Akim. Budak Wan ni buat terkejut aku je!  “uih hang ni. Budak tu nama Sha. Dia kelas EAP sama ngan aku la. Awat hang berkenan ka?” Wan dengan loghat Penangnya. Nama je dah duduk KL lapan tahun, tapi loghat penang nya susah nak pudar.  5 tahun bersekolah di SMKAKL dan 3 tahun di UIA tak Berjaya menghapuskan loghat Penangnya.

“Sha eh nama dia. Pendeknya. Takde nama penuh ke?”  Akim bertanya lagi. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk mencungkil identity gadis tersebut dari Wan. Namun, matanya tak beralih lagi dari memerhatikan gerak geri gadis berselendang biru tersebut. “Nama dia Farisha. Selalu orang panggil dia Sha. Pendiam sangat orang dia. Susah nak tengok dia senyum ke gelak ke. Awat hang berkenan nak buat marka ka? Hang toksah mimpi laa.. dia tu nak cakap ngn lelaki lagi susah”  “Susah, tapi  tak mustahil. Terima kasih eh Wan” Akim mencapai begnya dan terus meluru ke pintu makmal computer ITD itu. Mengejar gadis berselendang biru .

*************************

Dean, hari ini cukup setahun sejak Dean pergi.  Tapi, Sha rasa macam baru semalam . Sha rindukan Dean. Sha nak Dean ada di sisi Sha selalu. Macam dulu. Pagi tadi, Sha melawat kubur Dean. Sha kenakan selendang biru hadiah terakhir dari Dean. Sha bacakan alFatihah dan surah Yasin dan sedekahkan untuk Dean. Sha cabut rumput di kubur Dean. Sha tak betah tengok pusara Dean semak samun. Pokok bunga kemboja yang Sha minta abah tanamkan pun dah merimbun. Menghiasi pusara Dean.

Dean, Sha minta maaf kerana menangis di kubur Dean. Sha tahu Dean dan berpesan pada Sha supaya tak menangis. Sha tak mampu menahan kepiluan saat mengingati kenangan manis kita berdua. Mak pun menangis kalau teringatkan Dean. Setiap kali mak buat sambal udang kegemaran Dean, abah, Saufi dan Farissa mesti teringatkan Dean. Sha apatah lagi.

Semalam Sha pergi ke rumah mama dan papa Dean. Mereka buat kenduri arwah. Mama peluk Sha kuat sangat semalam. Sha tak tahan, air mata Sha tumpah lagi. Mama suruh Sha duduk dalam bilik Dean kalau rindukan Dean. Sha tak mampu nak tahan perasaan Sha. Maafkan Sha, Dean....

hanyutWhere stories live. Discover now