#2 : Kafe
SHA menghirup perlahan-lahan milo ais yang tersedia di atas mejanya. Kafe di Kuliyyah of Human Science (HS) itu masih lagi belum ramai pengunjungnya. Sha mengerling jam tangan Polo Clubnya. Baru pukul 10 pagi. Kebanyakan kuliah dan tutorial sedang berlangsung sekarang. Tangannya mencapai pemain MP3 dari dalam beg. Earphone disumbat kedalam telinga dan jari menekan butang play. Seketika kemudian bergema suara Bruno Mars menyanyikan lagu “Just The Way You Are” . Buku teks Human Development di hadapannya ditatap sekali lagi. Gelas milo ais yang baru suku dihirup itu di letakkan di tepi. Jemarinya menarik notepad dan mula menulis isi penting yang telah digaris dengan highlighter kuning. Persediaan untuk presentation kelas Dr. Suhailah.
AKIM teruja melihat gadis pendiam itu berada di kafe HS. Sungguh tak disangka kelas tutorial yang dibatalkan oleh Dr. Arifin itu membawa tuah kepadanya. Hasrat Wan dan Syed yang ingin bersarapan di kafe HS untuk menikmati keenakan roti canai satu-satunya gerai mamak yang berada di UIA itu rupa-rupanya membawa kepada pertemuan dengan gadis itu. Hari ini gadis yang dikenali sebagai Sha itu mengenakan blaus warna hijau dan seluar hitam dan berselendang hijau zamrud. Nampak cantik sekali, kena dengan kulit wajahnya yang putih mulus itu. Ah! Nasib baik Syed dan Wan berkeras nak makan roti canai. Kalau tak melepas!
“ Haa, hang tengok! Nasib baik aku ajak hang mai makan sini. Boleh hang jumpa Sha, marka idaman hang tu!” Wan bersuara sebaik sahaja ternampak kelibat Sha. “ tu ke marka yang hang dok cerita Akim minat tu, Wan? Uii lawa laa.” Puji Syed. Walaupun Syed berasal dari Terengganu, apabila bercakap dengan Wan secara automatic loghatnya akan bertukar menjadi loghat Penang. “ Lawa-lawa pun, kau jangan nak cross aku ok? Tu aku punya. Wan, hang pi order teh ais kat aku ok? Aku nak cari table. “ Akim memberi arahan sambil melangkah kea rah meja yang bertentangan dengan meja Sha. Sengaja dipilih meja tersebut, senang nak menatap wajah manis Sha. Seketika kemudian, Wan dan Syed menghampirinya dan menatang sebuah dulang berisi roti canai dan minuman.
“ Uih, hang ni agak-agakla. Nak usha pun tak payah la cari tempat duduk gila obvious. Kot nanti dia perasan lak hang usha dia.” Tegur Wan. Perlahan- perlahan dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Akim. Syed pula memilih untuk duduk di hadapan Akim. “ Kau ni Syed. Ganggu betul aku nak usha awek tu.” Marah Akim. Syed yang tinggi dan berambut pacak itu sesekali menganggu pandangannya. “ mu ni bodoh jugak kekadang ye Akim. Aku cover laa tak nak Nampak sangat mu usha dia.” Balas Syed. “Ye tak ye jugak. Sorry Syed.” Tangannya mencapai gelas teh ais lantas dihirup penuh nikmat. Ah! Gadis itu terlalu khusyuk menatap notanya. Akim separuh berharap gadis itu perasan akan kewujudannya. “Hang ni Akim, kalau setakat usha ja, habuk pun hang tak dapat tau. Hari tu kata tak mustahil konon. Sudah laa!” ejek Wan. Akim tersentak. Kata-kata sahabatnya yang bernama penuh Mohd Ridzwan itu seolah-olah mencabar dirinya. “ Dah tu hang nak suruh aku buat apa? Pi kat dia cakap I love you?”tukas Akim, sedikit marah. Hakikatnya, dirinya diam-diam mengakui kebenaran kata-kata Wan. Tapi hatinya masih ragu-ragu. Otaknya ligat berfikir bagaimanakah jalan terbaik untuk memulakan perkenalan dengan gadis itu.
“Takdela aku suruh hang buat cam tu. Hang gila ka apa? Tapi, at least hang buat lah sesuatu untuk bagi budak tu sedar akan kewujudan hang. Hang tengok dia tu buat kerja tu khusyuk sampai tak ingat sekeliling.” “entahnya Akim. Mu tak bagi aku tackle budak tu, tapi mu takde effort pun macam nak budak tu.” Syed turut memberi pendapat. “ Kalau mu nak, aku buleh bagi skill aku.” Tambah Syed lagi. Syed memang terkenal dengan kehandalannya memikat gadis. Mujurlah sikap playboy nya berkurang sejak bertunang dengan Hazwani, teman wanitanya dari zaman persekolahan. Dengar khabarnya, bakal mengakhiri zaman bujangnya cuti semester depan. Namun begitu, namanya masih meniti di bibir ramai gadis kerana kekacakkan dan sikap gentleman nya.
“Apa kata aku tulis surat?”