One day bila masuk hari pertama aku nampak dia. Dia yg mcm kisah lalu aku. Dia yg mempunyai raut wajah yg hampir sama. Aku mula mahu membenci. Kerana ianya tentang seseorng yg mempunyai sejarah hitam bersama aku.
Setahun kami tidak bertegur sapa walaupun sekelas, belajar bersama. Masuk tahun kedua, kami mula rapat. Itu pun sebab mempunyai apa org kata chemistry yg serupa, sekepala. Hari demi hari, berkawan sudah menjadi satu kepastian apatah lagi bergurau senda sehingga makan dalam. Ye kadang kadang dalam ada masa hanya mahu bergelak ketawa bersama yang lain. Bulan demi bulan, banyak pula memori yang dicipta bersama. Sampaikan rahsia yg paling dalam turut dikongsi.
Sampai satu rahsia iaitu menyukai seseorng, aku pun mula mengambil tahu siapakah gerangan nya. Ye lah orang kata kawan baik kan semua benda mesti nak tahu. Pada mulanya aku tidak begitu ambil kisah. Lama lama rahsia yg tersimpan dihati menjadi satu luka tetapi apa kan daya si dia menyukai orang lain. Jadi hati yg terluka ditutup dengan kata kata ketenangan. Untuk tidak menyakiti hati si dia dan tidak menghancurkan ikatan persahabatan yang dibina. Memberi sokongan dari dekat memerhati dari jauh. Ibarat menyelam sambil minum air. Hanya untuk menjaga satu organ iaitu hati.
Sokongan padu diberikan atas minat dia terhadap gerangan. Hati yang luka kian berdarah tapi tiada siapa nampak kerana telah dibalut dengan kain kata kata yang longgar dan sudah lusuh.
Masuk tahun ketiga. Dia mengambil keputusan untuk bertukar ke tempat yang lain diatas sebab sebab tertentu. Sebab yang aku sendiri tidak mampu atasi atau halangi. Aku terima. Ini memisahkan kami. Ikatan yang rapat sudah menjadi longgar, gelak tawa yang masih diingti di minda sudah hilang entah ke mana, apa tah lagi kata kata sapaan apabila bertemu. Dia bertemu kawan baharu. Kawan yang makin sekepala dengan dia mempunyai minat yang sama dalam hal hal tertentu. Menggunakan bahasa mereka yang bagi aku sungguh kelakar dan tidak elok. Luka yang lama semakin dalam. Kembali berdarah. Kali ini tidak berhenti henti. Sakitnya kali ini amat berbeza daripada sebelum ini. Jikalau sebelum ini masih boleh dibaiki atau dijahit dengan benang yang nampak kuat dan tebal tetapi waktu ini tidak lagi kerana benang itu sudah putus. Air berderai jatuh. Agak deras tetapi perlahan. Kerana belum sampai masa yang tepat.
YOU ARE READING
Avoidant mystery
Teen FictionLiking someone is a crime Waiting someone is a sin Take a step back behind the line And stop wandering Forget the past Here comes the present Forget the loves And start hating.