Misaki Yuu,14
Hari itu...mayat dijumpai kat bilik stor tingkat atas bangunan sekolah. Pucanya sebab sesak nafas...
Mayat itu namanya Kimijima Shizuka rakan sekelas aku... Dia baru lagi berpindah..Baru dua bulan dan seminggu selepas kejadian itu...semua di dalam kelas aku menjadi senyap... selepas kejadian itu berlaku...
Semua ini...semuanya salah aku... Kalau aku tak lari.Kejadian ini tak akan berlaku!!"Misaki!" aku toleh kebelakang "Uchida rupanya..." "awak kat sini rupanya puas saya cari."Uchida lap peluhnya dengan baju seragamnya "mintak maaf...saya cuma nak ambik angin..." "Hmm' kenapa awak nampak muram je hari ini"
"huh? Muka saya nampak muram sangat ke?"aku belek-belek muka aku "haah,kenapa ada masalah ke?"aku pandang ke bawah "saya...saya masih teringat kejadian itu..." "kejadian maksud awak Kimijima budak baru tu?" "Ya..."aku pandang luar
Sejak Kimijima meninggal dunia,macam-macam perkara yang dihebahkan.Ada yang kata Kimijima bunuh diri tapi akhirnya ditentukan kejadian itu cuma kemalangan...
Polis mendapati jantung Kimijima berhenti secara tiba-tiba... Tapi aku tau semua itu tidak benar..."Uchida.."
"Ya" "boleh saya bagitau sesuatu" "awak nak bagitau tentang apa?" "tentang Kimijima sebelum kejadian itu.Sebernarnya saya ternampak Kimijima...."
.............................................................
"Huh? Betul ke ni?!" "ya...saya ternampak Kimijima ditarik masuk ke dalam stor oleh Kanzaki dan kawan-kawanya..."Seminggu sebelumnya.
Saya nak balik ke rumah dan tiba-tiba... "Aaaaargghh! Tolong!!" "Hah? Kimijima!" "Haha!sinilah budak pengotor ikut kami sekarang!!" "Taknak!""Mereka tarik Kimijima terus ke bilik stor.Saya tak tahu apa mereka buat kat Kimijima kat dalam bilik stor..."
"Di telinga saya,masih terngiang-ngiang lagi suaranya" Lepaskan saya! Lepaskan!"Agaknya Uchida...patut ke saya adukan pada cikgu?" "Ja..Jangan! Jangan sekali awak buat Misaki!" "Kalau awak buat camtu,nanti awak lak yang kena.Awak lupa ke macam mana mereka buli Kimijima?" aku takkan lupa macam mana diorang buli Kimijima.
Dua bulan lalu Kimijima pindah ke sekolah ini.
"Selamat berkenalan. Nama saya Kimijima Shizuka..."
"Sila beri tunjuk ajar..." dan masa tulah aku jumpa Kimijima. Dia sangat pendiam kalau dengan orang lain. Jadi agak sukar untuk bergaul dengannya dan pada hari itu Kanzaki dan kawanya mula membuli Kimijima.
"Woi,nama kau Kimijima kan?" "i..iya.." Kanzaki tolak Kimijima "rasa menyampah kau kat sini!"Kimijima jatuh kesakitan "Kau sampai bila nak pakai baju sekolah lama ha?! Mak Ayah kau miskin sangat ke? Haha" "Haha! Perempuan miskin! " kawan Kanzaki mula gelak pada Kimijima. "Woi,perempuan miskin kau tak layak sekolah kat sini kau tau tak!" Kanzaki tarik rambut Kimijima dengan kuat."Sakit.." "tau pun sakit! Kau tak tau bertambah sakitnya mata aku tengok eeeii!! Geramnya aku" Kanzaki lagi kuat tarik rambut Kimijima "mari kawan-kawan kita pijak dia biar muka dia kotor sejuk sikit mata aku tengoknya haha!!" kawan Kanzaki pijak kepala Kimijima sekuat hati. "Haha!" "hahaha! "Haha!"
Itu la permulaan Kanzaki membuli Kimijima.Tiada sesiapa pun berani melawan Kanzaki.Cikgu pun tidak sanggup memarahinya.Ayah kanzaki ialah orang berkuasa kat sekolah ini...
Aku tak boleh percaya...Kimijima mati disebabkan kemalangan...
YOU ARE READING
Koleksi Cerita Buli (Ijime)
Short StoryKisah ini semuanya pada zaman sekolah dan kisah ini cuma cerita rekaan sahaja Warning: Menjadi pembuli adalah sangat teruk bagi kita di sekolah. Jangan jadi pembuli! Ingat! Kandungan : 1. Bayangan Yang Takkan Hilang -Misaki Yuu 2. Before Story- Ka...