(Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia)
Aku mengorak langkah kaki ke luar kelas. Kelas tambahan aku sudah pun tamat sebentar tadi(?).. aku jalan menuju ke kafeteria untuk minum air kegemaran aku iaitu caremal latte.. habis sahaja kelas mesti aku pergi kafateria.. kafeteria ni lah aku selalu pergi walaupun aku selalu nampak 'benda' dekat sini.. aku datang sini nak minum bukan menghadap 'benda' tak guna tu..
"6 won"kata yeoja yang berada di hadapan aku.. aku buat tak endah.. 'benda' ni nak apa lah.. cukup la aku layan kau hari tu sampai orang ingat aku ni gila..
Flashback
Aku menikmati caremal latte sambil tengok phone.. sedang aku belek² pasal news hari ni tiba² ada orang menegur aku
"Hey"
Aku pandang orang tu.. cantik.. muka putih.. bulu mata lentik. Rambut panjang. dia senyum dekat aku. Gigi dia pun putih. Cair aku. Aku tersenyum..
"Hai"jawap aku.. senyuman dia makin lebar..
"Awak buat apa tu?"soal yeoja tu
"Baca news"kata aku sambil senyum.. aku rasa aku dah angau sangat sebab tengok kecantikan dia. Aku borak la dengan dia sampai aku tak sedar semua orang yang berada di situ memandang aku..tiba² ada orang datang dekat dengan aku..
"Encik ok?"soal pelayan wanita tersebut
"Of course ok. Wae?"soal aku..aku memandang dia pelik
"Encik cakap dengan siapa?"soal pelayan tersebut
"Ini"aku tunjuk pada yeoja di hadapan aku..yeoja tu jelir lidah pada aku. Aku tau apa yang dia maksudkan. Aku kena tipu dengan hantu tak guna ni
End flashback
Until now,aku masih marahkan hantu tak guna ni..
"Marah ke? Sorry la. Aku muncul ni bukan saja². Aku perlukan pertolongan kau"kata yeoja tu
Aku masih buat tidak endah.."aku nak kau tolong aku sempurnakan misi ni"kata yeoja tu lagi. Aku pelik dengan kata² dia. Macam penting je. Aku jalan menuju ke tandas. Yeoja tu ikut aku dari belakang. Kenapa dia tak hilangkan diri je??
"Cakap la"kata aku pada yeoja tu
"Aku nak kau cari manusia speasis kau"kata yeoja itu. Aku mengerutkan dahi. Gila ke perempuan ni? Aku sampai lah ni aku tak tau kenapa aku ada keistimewaan sebegini rupa. Last² yeoja ni suruh aku cari speasis macam aku?? Michin
"Mustahil nak cari. Aku tak kenal pun diorang tu macam mana. Hidup lagi ke tak. Tak kan la aku nak cari orang speasis aku satu dunia. Beribu ribu tau tak??"kata aku dengan panjang lebar
"Mak datuk ni!! Aku tak cakap habis lagi. Kau kena cari orang speasis kau di daerah seoul ni je. Bukan satu dunia. Baka!!(bodoh)"kata yeoja tu
"Whuut!! Suka hati kau je kau cakap aku baka. Kau yang baka tak nak cakap awal²"kata aku. Ingat aku tak tau bahasa jepun. Ala setakat satu perkataan je.
"Whatever la. Btw find them. Dalam negari ni ada 6 orang speasis macam kau. Aku bagi hint dekat kau supaya kau senang cari. Dia adalah orang kaya and budak sekolah"yeoja tu terus menghilang. Dasar sontoloyo punya orang. Aku mengorak langkah keluar dari cafe tersebut. Aku terfikir sejenak. Macam mana aku nak mulakan misi ni. Dekat seoul ni ramai kaya
Aku duduk di bangku perhentian bas lalu mengeluarkan peta di dalam beg aku. Peta ni aku selalu bawak sebab aku baru pindah di seoul setahun lepas. Aku masih tak tau selok belok seoul. Hehehe. Malu juga nak cakap pasal ni
Aku menaiki bas menuju ke gangnam. Ada dua tempat paling kaya di seoul. Satu di gangnam kedua di cheongdam. Aku try tengok dulu dekat gangnam. Aku tak pernah jejak dekat situ. Entah la kenapa aku jadi manusia yang ketinggalan zaman. Aku memakai earphone di telinga. Sepanjang perjalanan aku pergi gangnam aku tak fikir pasal nak cari speasis aku pun. Aku rasa ni perjalanan kedua aku. First² perjalanan aku pindah ke seoul. Kedua benda tak guna ni.
Aku rasa macam semua tu buang masa. Lepas aku jumpa diorang,aku dapat apa?? Kosong. Serupa tak payah tolong jembalang tu.
Bas pun berhenti di stesen bas gangnam. Aku pun turun dari situ. Aku tengok jalan penuh dengan orang ramai yang membeli belah. Gangnam ni pun tempat bershopping. Banyak kedai² di sini.
Mula² aku cheak in hotel. mustahil cari orang tu dalam masa sehari. Nasib baik aku ada duit sikit. Cukup la untuk makan minum and tempat tinggal aku SEORANG SAHAJA. Kalau aku dah tekan perkataan tu bermakna duit tu tak boleh dikongsi oleh sesiapa. Memang mati kelaparan lah sebab tak makan.
Aku melangkah masuk ke bilik aku. Bilik ni je paling murah. Aku kemas barang² aku selepas itu aku keluar dari hotel tersebut. Aku tak tau nak cari orang tu macam mana. Tiba² yeoja di cafe hari itu muncul di hadapan aku.
"Nak apa?"soal aku
"Kau tak nak aku tolong kau?"soal yeoja tu sambil menaikkan kening nya. Amboi belagak nya mak datin ni
"Of course la nak. Kau gila ke aku nak cari seorang². Penat lah. Leceh tau."rungut aku
"Park bogum-shi, jangan nak merungut boleh? Ini misi k. Jangan buat perkara ni remeh"kata yeoja tu
"Kalau semua apa yang aku buat ni free tak apalah juga"kata aku
"Mestilah free. Ada aku suruh bayar untuk cari diorang?"soal yeoja tu
"Free kau cakap! Makan minum,tempat tinggal, kenderaan. Kau tak tau pula kena bayar!"jerit aku. Orang sekeliling aku pandang aku dengan muka yang pelik. Ini kali kedua dia malukan aku. Aisssh!!
"Hehhehe. Sorry. Nanti kau jumpa diorang, giliran diorang la pula bayar"kata yeoja tu. Aku berlalu pergi. Aku tau la tu idea bernas. Tapi aku still tak tau bila nak jumpa diorang.
"Aku tak bagi tau nama aku lagi kan? Nama aku jiae. Aku tak tau nama family aku apa. Aku hilang ingatan lepas aku mati. Mybe kematian aku dahsyat. Hehehehe. aku tak tau kenapa aku perlu panggil diri aku jiae"kata jiae. Dia perkenalkan diri. Macam la aku nak tau sangat pasal diri dia.
Tiba² kaki aku melangkah ke kawasan perumahan. Now aku tak tau aku nak buat apa dekat sini. Terpegun aku tengok rumah² dekat sini. Besar². Aku jalan punya la jalan tiba². Aku dilanggar oleh sekumpulan lelaki. Aku ni ibaratkan semut. Diorang tu dah la ramai. Aku ni seorang. Tak ke kesian kena langgar sampai jatuh. Macam nangka busuk tau. Huhuhuhu.
Tbc
Hope u ollsss baca lagi tau ^^
YOU ARE READING
the sixth sense (seven sense?)
ParanormalDi dalam satu daerah mempunyai enam orang istimewa (bukan oku) .mereka mempunyai kehebatan sendiri. Di dalam daerah ini tidak boleh ada orang yang ke-7. Tapi apa akan jadi bila ada orang ke-7? Apa yang mereka lakukan? (cerita ini tiada kena mengena...