ORIGAMI-BAB 1

17 0 0
                                    

                                            1


     Sehidup semati, Eiman dengan bilik busuk yang dah dilabelkan sebagai stor itu. Hidup bagai dalam penjara yang berbangkai. Penuh debu yang sentiasa terapung di awangan. Tiada apa yang Eiman boleh lakukan selain...reda.

     Apa yang pasti, hidupnya seakan-akan binatang yang terkurung. Diberi makan bila ikut waktu. Hanya terkunci di dalam sebuah bilik yang persis kandang kambing dan lembu. Menunggu hari yang baru hadir. Walaupun Eiman tahu yang itu hanyalah harapan mengarut. Harapan sia-sia. Bagai menunggu hujan di hari yang amat panas terik.

     "Lalala~...Indahnya hari ini. Walaupun hari ini tetap seperti hari-hari yang lepas" sempat lagi Eiman bersenandung riang sambil mengemaskan biliknya. Sebanyak mana pun dia berusaha, keadaan bilik itu akan tetap sama. Kotak-kotak yang berterabur hanya tersusun sedikit sahaja. Debu disapu dengan cermat. Walaupun dia tahu yang debu itu akan tetap kembali.

     Eiman terduduk di atas katil. Dia memandang ke tempat yang selalu dipandangnya. Dalam hidup Eiman sekarang ini, cukuplah dia sudah terseksa. Perit sungguh tubuhnya merintangi badai dan ujian Allah ini.

     "Mak, ayah...Eiman sihat macam biasa. Alang-alang harini rajin lebih, Eiman kemaskanlah bilik ni sikit. Takut nanti Mak Zi marah Eiman" tutur Eiman kepada satu benda.

     Apa yang ditutur oleh Eiman? Kepada siapakah percakapannya sebentar tadi?

     Eiman masih melihat benda itu. Dia tersenyum manis. Rupa-rupanya, benda yang terletak kemas di atas almari itu adalah satu origami burung jenjang berwarna kuning. Masih ada sedikit kesan titisan merah pada sayap kiri pada origami itu.

     "Mak dan ayah sihat ke? Harap Mak dengan ayah boleh dengar apa yang Eiman cakap. Sayang mak dengan ayah..." Eiman memandang sayu origami itu. Matanya hanya menunggu untuk menitiskan air mata yang pasti akan bertakung sebaik sahaja dia menatap origami itu.

     Eiman mengelap air matanya menggunakan lengan baju. Tidak! Tiada lagi air mata untuk aku membuatkan mak dan ayah sedih! Aku patut gembira kerana masih ada memori. Bukannya menangis macam budak-budak tadika.

     Punggung Eiman masih lagi selesa di atas katil yang kecil dan usang itu. Dia masih lagi menatap origami burung jenjang berwarna kuning itu.

     "Sungguh banyak memori aku bersama Mak dan Ayah. Rasa macam baru semalam saja, aku masih memegang erat tangan mereka berdua...di samping origami itu" bisik hati kecil Eiman.

     Terlalu banyak memori lama dan indah yang tersingkap disebalik origami itu. Setiap memori itu masih segar dalam ingatan Eiman. Sejak dia kecil hinggalah berumur 21 tahun sekarang ini.

     Susah benar untuk Eiman melupakan segala memori ini. Semakin dia cuba untuk melupakannya, semakin perit dan sebak hatinya....


Bersambung...

ORIGAMIWhere stories live. Discover now