ORIGAMI- BAB 2

12 1 0
                                    

                          

                                             2


     Eiman masih lagi menatap origami burung jenjang itu. Origami itu tampak sungguh indah pada mata Eiman. Walaupun ia hanyalah sekeping kertas yang dilipat, tapi...ia mempunyai banyak isi tersirat.

     Sudah beberapa kali Eiman cuba untuk menghapuskannya. Dia mencuba untuk berfikir masak-masak. Haruskah dia menghapuskan origami itu? Adakah tindakan yang bakal dilakukannya wajar dan benar? Atau adakah ia akan membuatkan diri Eiman kecundang dalam kerinduan? 

     Satu-satunya peninggalan terakhir daripada ibu bapa Eiman sebelum....perkara terus berputar secara 180 darjah.

     "Aku harap, origami ni sentiasa akan ada di atas almari ni. Tak kira bila-bila masa pun. Kerana origami ni lah satu-satunya cara untuk aku melepaskan kerinduan terhadap Mak dengan Ayah" getus hati Eiman.

     Knock..knock...Bunyi ketukan pintu menyentak lamunan Eiman yang terduduk di atas katil. Dia segera bangun dan berdiri tegak.

     "Woi! Kau buat apa? Baju, kain, pinggan, mangkuk, lantai semua kau tak basuh lagi! Kau kenapa? Jangan bagi aku naik darah!" suara Mak Cik Zi mula membingitkan telinga Eiman. Mak Cik Zi menarik rambut ikal mayang Eiman dan menolaknya jatuh.

     "Aduhhh!" Eiman mengaduh kecil walaupun pingganya terhempas kuat di atas lantai. Eiman bangun sambil memegang pinggangnya yang sakit.

     Eiman tertunduk. Mak Cik Zi tersenyum kejam.

     Mak Cik Zi ialah adik Mak Eiman. Kiranya, mereka ialah saudara-mara. Tetapi, Mak Cik Zi terlalu kejam dengan Eiman sejak dia berpindah masuk ke dalam rumah ini. Ada sahaja yang tidak kena dengan Mak Cik Zi. Setiap perkara yang Eiman buat, pasti ada kecacatan di matanya.

     Cuba bayangkan! 15 tahun Eiman berada bersama Mak Cik Zi. Kehidupannya boleh diibaratkan seperti berada di dalam neraka. Terseksa. Hanya tangisan sahaja yang dapat melegakan hati.

     "Kau ni kan, dari umur 6 tahun dulu asyik malassss je. Eh! Kau ingat, kau boleh bersenang-lenang ke menumpang dekat rumah ni. Ish ish ish...kesian. Kalau kau rasa macam nak duduk dalam rumah lagi, jangan jadi lembu yang malas" Mak Cik Zi menunjal kepala Eiman yang dari tadi tertunduk.

     Mak Cik Zi berlalu pergi. Eiman masih lagi tertunduk kaku. Tanpa disangka, air matanya mula membasahi pipi.

     Kenapa aku kena lalui semua ini? Kenapa? Kenapa bukan orang lain? Kenapa aku...si Eiman Marisa yang dah tak ada ibu bapa? Banyak persoalan bermain di fikiran Eiman.

     Eiman terduduk di atas lantai. "Ya Allah, kau kuatkanlah semangat aku untuk menempuhi semua ini. 15 tahun aku hidup sebegini. Tak pernah aku berputus-putus meminta doa kepada-Mu ya Allah. Ujian Engaku terlalu berat buat aku" pinta Eiman sambil air mata mengalir deras.

     Sekali lagi Eiman memandang origami itu. Dia tersenyum walaupun hatinya sedih. Eiman dapat rasa, yang ibu bapanya sentiasa mendoakannya walaupun mereka menghilang dengan misteri. Tiada tanda-tanda. Hanya Eiman yang ingat detik-detik terakhir bersama ibu bapanya.


Bersambung...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 16, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ORIGAMIWhere stories live. Discover now