- Cermin didepanku, aku pandang dengan hati yang tidak rela. Baju seragam sekolah dibadan, aku cuit - cuit dengan wajah yang sukar untuk ditafsirkan. Kenapa?! Kenapa aku harus berpindah dari sekolah ku yang dulu? Kenapa?! Dunia, tolong jawab soalan ku!😭 Aku menjerit tidak puas hati sambil menghentak - hentak kaki didalam bilikku
Kalau ikut hati, tak hingin langsung nak pindah tapi apa boleh buat, nenek kata kalau aku tak nak pindah , elaun bulananku takkan diberi buat selama - selamanya.😑 Hwuaa.... Sedihnya. Kerna terpaksa aku relakan! Eh, macam tajuk novellah pula!
Alamak! Jam sudah menunjukkan pukul 7.00. aku sudah terlambat pada hari pertama. Habislah aku kalau bonda tahu tentang hal ini, itupun kalau nenda beritahu.
*Oh ya, by to the the to the way, by the way. Lupa pula aku nak kenalkan diri. Nama aku Mika. Nama sebenar Haris Hakimi. Ok, itu saja😁*
Aku terus berlari keluar dari bilik tidurku dan bergegas menuju ke bas yang berada di luar rumahku yang hendak berlalu pergi. Panggilan Nenda untuk beserapan pagi, aku mengendahkannya. Sentap ni. Sentap ni masih sebab kena suruh pindah sekolah.😢
"Uncle Rajit, tunggu saya!" jeritku dengan lantang sehinggakan jiran yang membuang sampah terkejut sambil melatah. Hebat tahap matahari tak aku jerit? Boleh masuk opera lah juga dikirakan😂
"Ayo Mika, selamat pagi. Minta maaflah, you tidak naik ini bas lagi. You sudah pindah sekolah so you ikut itu bas baru. Sekejap lagi sampailah tu. Cantik baju seragam kamu. Saya mahu satu boleh?" katanya sambil menghulurkan tangan menunjukkan tanda mahu. Pulak dah? Kenapa Nenda tak beritahu aku yang mesti ikut bas lain. Buat malu je pagi - pagi. Kalau ikut hati yang malu ni, rasa nak menyorok je dalam tong sampah jiran tu. Tapi apa boleh buat? Kita sabo jelah ye
Aku memandang kearah sahabatku yang berada di tempat duduk belakang sekali didalam bas itu kelihatan sangat sedih apabila melihat aku. Mereka hanya melambai saja. Aku membalasnya dengan berat hati. Rasa macam tidak percaya yang aku sekarang ini bukan satu sekolah dengan mereka lagi.
Aku bergerak keluar dari bas tersebut dan menunggu bas sekolah 'baru' untuk tiba menjemput aku. Lima minit kemudian, sebuah bas hitam yang mewah tiba di hadapan halaman rumah. Pintu bas terbuka luas dan kelihatan pemandu bas yang mukanya agak murung dan mengerikan.
Sekolah mana yang Nenda masukkan aku sebenarnya ini? Bas sekolah besar dan mewah. Seragam sekolah pun ada kot bagai ni. Pelik tapi di kot ni ada tertulis sesuatu yang menunjukkan nama singkatan bagi sekolah baru aku, STSS(SOK). Apa yang dimaksudkan dengan nama singkatan ini. Memang menghairankan.
Setiba disekolah barunya...
Dengan berat hatinya, Aku keluar dari bas sekolah dan berjalan dengan perlahan menuju kearah pagar sekolah itu. Ramai murid yang baru tiba, ini bermaksud aku tidak lewat sampai kesekolah. Selamatlah kau Mika. Apabila tiba didepan pagar sekolah betul - betul, aku terus mendongakkan kepala untuk melihat perkataan yang tertulis dipintu pagar sekolah itu. 'Sekolah Tinggi Sains Sedunia ( Sekolah Orang Kaya)'? Bekerut seribu dahi aku dibuatnya apabila melihat perkataan tersebut. Ah, malaslah aku nak fikir lagi. Baik aku masuk saja. Hanya hatiku berasa berat sekali untuk memasuki sekolah ini. Entah mengapa?
Apabila didalam kelas...
"Pelajar semua, beri perhatian buat seketika. Hari ini ada murid baru masuk kelas kamu. Sila kenalkan diri kamu, Haris," arah guru itu kepadaku.
"Assalamualaikum terlebih dahulu. Hai semua, nama saya Haris Hakimi bin Zulhisham. Kamu semua boleh panggil saya Mika. Sebelum ni saya bersekolah di Sekolah Tinggi Ashtorn. Harap dapat tunjuk ajar dari awak semua," tunduk hormat aku kepada pelajar - pelajar yang lain. Guru kelas (Cikgu Maimun Kuntum) itu terus menunjukkan tempat duduk aku. Aku berlalu pergi dan duduk sambil membdang keluar jendela. Bosan ya!!!😣
KELAS pun sudah tamat. Semua pelajar beredar ke kantin sekolah bagi waktu rehat. Ramai sungguh orang disana, masing - masing kebosanan menunggu giliran mereka untuk mengambil makanan.
Apabila selesai waktu rehat sudah selesai, semua pelajar beredar ke kelas masing - masing. Seperti biasa, aku masih memandang keluar jendela seperti orang merajuk, memang merajuk pun sebab terpaksa pindah sekolah. Tidak lama kemudian, hujan turun dengan lebat dan kedengaran bunyi guruh berdentum dengan kuat. Semua murid serta Cikgu Maimun terkejut sambil melihat keluar jendela. Namun Cikgu Maimun meneruskan sesi pelajaran seperti biasa tapi dengan melantangkan suaranya kerana bunyi hujan yang amat kuat.
Tiba - tiba....
" Mika, bantu aku! Kau saja yang boleh membantu aku! Cepat, terima dan bantulah aku, Mika!" mohon satu suara. Terbeliak mata jiran aku dibuatnya 😂. *Takdelah, mata aku yang terbeliak sebenarnya. * Perasaan amat takut😨 mula menghantui aku dan seluruh tubuhku mula bergetar ketakutan.
" Wahai hantu siapa - siapa yang aku kenal atau tidak, jangan lah kau mengganggu aku. Aku takut pada hantu oi.. Pergilah main jauh - jauh! Aku jerit kang, nanti ada yang memandang aku dengan wajah pelik. Shuh shuh..." bisikku pada suara itu
Walaubagaimanapun, rayuanku itu hanyalah angin saja kerana tidak sesekali dihirau oleh suara itu. Badanku pun kaku dan lemah.
"Aku bukan hantu tapi aku 'Unic'. Cepat bantu aku! Aku didalam kesusahan ni! Cepatlah!" pinta 'Unic' itu dengan kasar.
"Baiklah aku akan bantu kau, tapi apakah ganjarannya? Adakah aku akan mendapat ticket belayar keluar negeri? Atau pindah semula kesekolahku dulu. Atau makanan yang banyak. Atau.... Huk~~" belum sempat aku menghabiskan soalannya itu, 'Unic' terus memasuki tubuhku. Kurang asam boi betullah dia ni. Aku belum habis cakap, dia pergi rasuk aku terus.😬
Aku memegang dadaku yang terasa sakit yang teramat sangat sehinggakan jantungku bagaikan hendak tercabut. Aku tidak dapat menahan keperitan ini lagi.
Aku terus terapong tapi tidak hingga keatap (kalau keatap, mati aku wei), hanya beberapa centimeter dari lantai lalu menjerit kesakitan dengan sekuat - kuat hati. "Aaaaa!!!!" Semua pelajar berpusing terkejut dan memandang kearahku. Masing - masing kehairanan melihat keadaan ku pada masa itu.
Tidak sampai seminit, Aku rebah dan tidak menyedarkan diri. Tubuhku lemah dan tidak berdaya lagi.
"Tasy, Halid, tolong cikgu panggilkan guru pendidikan jasmani kamu. Cepat!" arah Cikgu Maimun kepada ketua pengawas dan penolong ketua pengawas iaitu Halid dan Tasy. Itulah perkataan yang aku dengar sebelum aku pengsan betul - betul.
Beberpa minit kemudian, Cikgu Zayn Nafis tiba (guru pendidikan jasmani) lalu memikul Mika keluar dari kelas untuk dibawa ke hospital. Cikgu Maimun serta Halid dan Tasy turut ikut bersama.
"Kamu semua jangan buat bising, nanti ada guru yang akan menggantikan cikgu masuk ke kelas ini. Ketua kelas, perhatikan mereka semua," kata Cikgu Maimun. Cikgu Zayn dan yang lain bergegas masuk kedalam kereta dan berlalu pergi.
YOU ARE READING
DETEKTIF LUAR BIASA (Bila Misteri Kini Terungkai!)
Mystery / ThrillerBila seorang remaja berumur 18 tahun bernama Mika di temui dengan suatu benda yang sememangnya dia tidak menyangka akan ketemu, sebuah perkara luar biasa telah berlaku, dimana dia mula memperolehi kebolehan yang luar biasa yang mampu membantunya unt...