Hari ini, bermulanya satu kisah yang bakal terukir. Kerjaya yang aku pilih ini memang mencabar. Menjadi junior dalam kerjaya sebagai juruterbang. Lagi- lagi aku ini berstatuskan perempuan. Jauh dari keluarga itu sudah biasa bagi aku. Melaka flying accademy akan aku jadikan kenangan. Saat ini,aku berkerja di bawah naungan syarikat Malaysia Airlines. Satu syarikat yang memang di ketahui kehebatannya. Siapa sangka angan-angan aku untuk menjadi juruterbang akan termakbul juga. Ini lah kehebatan yang Maha Esa.
Bagi aku, airport adalah tempat yang tidak pernah mati. Setiap hari pasti ada sahaja manusia yang mengunjungnya. Airport jugalah yang bakal jadi rumah kedua buatku. Sungguh aku memang meminati kerjaya aku sekarang!
"Dini!"
Aku menoleh ke belakang. Oh ya,nama aku Nur Dini Batrisya bt Mohd Rasyidi. Berumur 24 tahun. Statusku single not taken.
"Yes, Capten anythings wrong?" soalku sambil menarik beg flight ke tepi.
"No. Saya cuma nak cakap, good luck and selamat datang ke syarikat M.A.S. Kalau ada apa apa tak tahu, awak tanya je saya."
Aku mengganguk seraya tersenyum. Bukan biasa biasa dapat terima kata alu aluan daripada kapten terhebat.
Kami beriringan ke pesawat boeing 777 yang sudah terbuka pintunya. Aku dan kapten memasuki kokpit pesawat.
Setelah membuat engine run - up dan system checks. Clipboard file yang terkepil 'before takeoff checklist' sebelah tempat duduk dicapainya. Satu kemestian yang wajib di lakukan oleh setiap juruterbang yang mengendalikan pesawat sebelum penerbangan dimulakan. Jarinya memetik panel-panel butang untuk melancarkan sistem pesawat. Kapten di tepi hanya di kerlingnya. Tengah khusyuk ni. Hehe.
"Before takeoff checklist complete down to final items." suara kecilnya bergema tenang. Memang sudah menjadi kebiasaan buat para juruterbang untuk membuat announcement kecil sebegitu bersendirian dalam kokpit pesawat, demi memastikan tiada senarai yang tertinggal.
"Ok. The checklist is complete", ujarnya tenang seraya memandang kapten Mazlan di sebelahnya.
Kapten hanya mengangguk. "Start the flight engine."
Tangan Dini ligat menolat butang panel bahagian atas.
"Start light, check"
"N1 rotation check" kata Kapten Raven sedikit tinggi.
"Okay, stabilizing" kira kira lima belas minit kemudian pushback tractor mula menolak pesawat untuk masuk ke landasan. Kemudian headset dipakainya dan mic di tarik ke bibir.
"You make the announcement" arah Kapten, menyerahkan tugas membuat pengumuman kepada semua anak kapal dan penumpang pesawat itu pada Dini.
Mic di tarik ke bibir. Tangan mula berpeluh. Kaki mula bergetar. Jantung bergerak laju. First time memang macam ni. Lagi 2 minggu ok lah tu.
" Assalamualaikum ladies and gentlemen, boys and girls. A very good morning to all of you. I'm co-pilot Dini Batrisya of behalf of Malaysia Airlines, Kapten Mazlan, your in-flight supervisor, Mr Andy and the rest of cabin crew would like to welcome you on board. We are on flight MH 149 from Kuala Lumpur to Tokyo, Japan. For your information this flight will take about seven hours and fifteen minutes to reach to our destinaton. In preparation for departure and for your own safety, all electronic devices are to be switched off to prevent inteference with the aircraft system. Please ensure that you had your seat in upright position, seat belt securely fastened, and your luggage in the over compartment. In the mean time sit back, relax and enjoy your flight. Thank you."
"Good. Lepasni boleh naik pangkat." Kapten berkata sedikit perlahan tetapi suaranya masih dapat di dengari oleh gegendang telinga Dini.
"Mana boleh, saya baru first time kerja." Dini ketawa kecil. Sungguh besar jasa guru-guru di Melaka Flying Accademy kepadanya.
Sebaik sahaja ketawa, matanya ditalakan ke dada langit yang menerimanya buat beberapa jam ini. Gelap -gelita tanpa cahaya.
Assalamualikum, sorry ye kalau agak berbelik cerita ni. Saya ada ambik sedikit inspirasi dari someone. Enjoy and bye. Vote and comment😘
YOU ARE READING
My Mr Pilot
RandomAku? Aku ni Dini Batrisya. Seorang gadis yang ermm biasa biasa je. Makhluk Allah jugak. Aku ni pilot so jangan pandang rendah eh. Dia? Dia tu serba serbi lengkap. Handsome pun handsome. Kaya? Hmm tak payah cerita duit berkepuk kepuk dalam bank. Tapi...