"Ya Allah bertuah punya anak dara! Bangun cepat!" Puan Sara mengoncang tubuh kecil milik Dini sehingga satu pergerakkan berlaku.
"Ish! Dini penat lah ma." Satu keluhan di beri. Penat Ya amat ni. Semalam kapal terbang mendarat di KLIA tepat jam 1 pagi waktu tempatan. Perjalanan ke rumahnya mengambil masa 1 jam 30 minit. Kira kira jam 3 pagi baru sampai rumah. Eyebag ni pun dah berbakul bakul.
"Dah. Mama tak kira. Bangun lepastu tolong mama dekat dapur. Walau penat macam mana pun kamu kena ingat yang kamu tu mencari rezeki. Ni dah pukul 12 tengah hari rezeki apa yang masuk kalau matahari dah terpacak atas kepala!"
'Ha tu lah Dini. Tak pasal pasal dah kena ceramah dengan mama. Anak dara pemalas!'
Dini seperti terdengar satu suara mengutuknya. Bukan siapa siapa pun. Suara hatinya juga. Haih! Sis pasrah.
"Ni kalau dah kahwin entah apa yang jadi agaknya."
'Aduh ni yang lemah ni bila mama sentuh bab perkahwinan. Rileks lah umur aku baru 24 tahun. Muda lagi kan? Ofcourse. Tapi tu ha Mak Uda tu tak habis habis suruh aku kahwin. Kalau tak ada dia nak carikan jodoh untuk aku. Haih macam lah aku tak tahu yang dia nak suruh aku kahwin dengan anak teruna dia tu. Umur dah 34 tahun tapi tak kahwin kahwin. Katanya masih setia menunggu aku di sini. Fikir aku nak lah? Perangai hancur bin lebur. Hurmm meremang bulu tengkuk aku.'
"Ye lah ma." aku mengatur langkah ke bilik air. Dengan cara ini je nak berhentikan bebelan mama.
"Ha nak gi mana pulak tu. Pantang sentuh bab kahwin mesti nak lari."
"Nak pergi repair tayar. Kenapa mama nak join ke?jom lah!" perli aku.
Mama menerkam tepat ke dalam mata hazel milik ku. Ha sudah gunung berapi bakal meletup beberapa saat dari sekarang. Mati lah aku.
"Mama ku sayang. Dini kan baru je bangun tidur. Tahi mata pun tak hilang lagi. Selalu nya kalau orang bangun tidur mesti kena mandikan? Ok. Bye Dini mandi dulu tau. Ke mama nak mandi sekali? Eh boleh jerps tak salah pun kan?"
Alamak mulut masa ni lah kau nak bergurau senda. Haih member pasrah.
"Tak nak mama. Kalau nak sangat ha pergi kahwin" mama mula tersenyum. Tu senyum ikhlas ke sinis? Entah.
"Erkk Dini mandi dulu lah. Bye" Lagi lama dia duduk sini lagi nak muntah hijau di buatnya.
♥♥♥♥♥♥♥✈♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Sesekali aku menguap perlahan. Sebenarnya aku Bosan melihat drama yang sedang menarik tumpuan adik beradik ku sejak dari tadi. Kehadiran ku di tepi entah sedar entah tak. Huh drama semuanya clishe bagi aku. Nanti si Hero tetap akan jatuh cinta dengan si Heroin walaupun Egois nya tinggi mengalahkan bangunan KLCC dan lepastu dapat anak and bahagia selama lamanya. Tamat. Tak begitu readers readers sekalian?
Aku terus mencapai remoute control yang berada di atas meja. Channel HBO menjadi pilihan aku. "Hey apa ni main tukar-tukar?" marah Iman sambil menampar pehaku. Uishh balik-balik dah dapat sakit. Cubalah kalau balik-balik dapat big hug ke, kiss ke, ni haprak pun tak ada.Hanya kerlingan ku berikan. Jika aku pegang remoute tiada siapa boleh membantah. Ceh acah raja gitu
"Pergi lah belajar. Tahun ni korang periksa besar kan?" Mereka hanya diam membatu. Ha merajuk lah tu apa lagi. Tak sudah sudah perangai manja tu!
Sebenarnya ahli keluarga aku ni cuma lima orang jer. Aku ni senior kepada dua orang adik aku. Jadi bab buli buli ni dah serasi dengan aku. Ceh. Meh aku cerita biodata adik beradik aku.
Nurul Katrina Umairah. Sedap kan nama dia? Ofcourse. Nurul tu aku yang bagi. Ceh. Nurul je apa barang hehe. Adik pertama yang paling lama berkhidmat dengan aku hahaha. SPM tahun ni hmm study je lah kerja dia. Tapi, dalam diam dia ni ada penyakit 'mengatal'. Macam lah aku tak tahu yang dia sedang bercinta. Kalau papa tahu ni, memang kena cincang sampai jadi daging masak cincang rasanya.
Adik bongsu aku pula lelaki. Nama dia Mohd Iman Qalish. Tapi aku panggil dia Im je. Dia tak suka kalau orang panggil dia 'adik'. Katanya tak gentle man. Hak tui. Acah je lebih. Nampak tikus, aku yang kena buang bukan dia. Dia ambik UPSR tahun ni. Dia ni ada penyakit sama dengan si Tina tu 'mengatal'. Darjah 6 tapi dah ada makwe hmm. Dia ni untung sebab dia hansem and ayat dia boleh buat orang melt. Hmm jelous pula tak ada teman lelaki.
Plop plop. Notifications kedengaran. Pantas sahaja tangan kecil Tina menyambutnya. Tak sampai beberapa saat Tina sudah tersengih seperti kerang busuk.
"Dah berapa bulan" soalku tiba-tiba. Tina memandang ku pelik+terkejut+ macam tak percaya. Erkk sama je kaboleh "Apa al..long ca..kap ni? Tina tak faham lah" soalnya gagap.
"Couple berapa bulan dah?" suara ku agak meninggi ketika ini.Aku paling tak suka orang pura pura depan aku. Ha itu aku paling pantang.
"6 bulan" katanya lancar. Tapi dalam hati tuhan sahaja yang tahu. Along aku ni bukan boleh di buat main. Silap silap tercampak dia dekat tali air nanti.
"Jangan sampai papa tahu sudah.
Mati kau nanti" Kata ku berbaur ugutan."So kau tak marah ke along?" soalnya teruja.
"Jangan gembira sangat. Aku tak marah tapi kalau kau buat perangai aku bagitahu papa. Apa aku kesah kan?" aku tersenyum nakal. "Ha Im kau pun sama jangan duk couple sampai tak ingat dunia sangat! Karang ada yang kena penampar" marah? Buat apa dulu aku pun couple hahahaha tapi tak lah ramai sangat itu pun seorang je. Lepastu aku dah menyesal nak bercinta di sebabkan cinta itu buta dan ianya menyakitkan 💔
"Ai ai capten!" mereka menabik ke arah ku sambil berdiri tegak. Lagaknya macam nak menyanyi lagu negaraku dah. Aku hanya menggeleng lalu menumpukan sepenuh perhatian ke arah cerita tersebut. Esok cuti lepastu lusa dah kena flight balik aihh bahagianya~
YOU ARE READING
My Mr Pilot
RandomAku? Aku ni Dini Batrisya. Seorang gadis yang ermm biasa biasa je. Makhluk Allah jugak. Aku ni pilot so jangan pandang rendah eh. Dia? Dia tu serba serbi lengkap. Handsome pun handsome. Kaya? Hmm tak payah cerita duit berkepuk kepuk dalam bank. Tapi...