(4)

313 21 1
                                    

Hariz menghirup air kopi yang baru diodernya sebentar tadi. Panas tetapi sedap. Lagi beberapa minit flightnya bakal berlepas, flight beg di sebelah sahaja yang menjadi peneman setia. Idora? Dia terpaksa menggantikan tempat kawannya yang tidak dapat hadir hari ini.

"Hey, dude" Seseorang menepuk bahunya dari berlakang. Fuhh nasib kopi hitam pekat itu tdak tertumpah di atas bajunya kalau tidak habislah reputasi dia sebagai captain kapal paling kemas.

"Hey, Captain Kamal!" Mereka berlaga bahu. Selepas itu,Kamal mengambil tempat di hadapannya. Flight cap di bukanya lalu di letak ke tepi.

"Macam mana tempat baru? Best?" Hariz merapatkan kerusinya ke hadapan. Baru hari ini, mereka terpaksa berpisah. Selalunya berkepik sahaja.

"Best apa? penat der. Sakit punggung aku"
"So kau nak suruh aku buat apa?" Hariz mengangkat keningnya.
"Urut lah! Tanya lagi" Kamal menanyangkan muka sakit pada urat punggungnya itu.
"Eeei Geli aku. Kau pikir cantik sangat lah kau punya?" Terus terburai tawa mereka berdua.

"Kau flight dengan siapa hari ini?" Kamal menyoal Hariz yang masih dengan sisa tawanya.

"I don't know. Ok lah aku pergi dulu nanti terlepas flight pula" Hariz berlalu pergi selepas bersalaman dengan Kamal. Kamal yang terpinga-pinga terus mengangguk.

❤❤❤❤❤❤❤✈❤❤❤❤❤❤❤

Dini memandang Pilot lelaki yang berada di hadapannya. Mungkin ini Captain untuk penerbangan hari ini. Macam muda je?

Masuk sahaja kabin kami masih berdiam diri. Ah! Captain ni macam sombong je mentang-mentang lah dia senior, aku junior dia pandang rendah dekat aku. Lantak engkau lah, asalkan engkau bahagia!

"Captain, captain nak apa-apa tak? Air ke? Makanan ke?" Aku beranikan diri untuk bertanya kepada captain Lutfi Hariz. Macam mana aku tahu? Name tag kan ado!

Lenggok suaraku di kawal rapi. Nanti cakap beralun sangat di kata menggedik. So, kita buat suara biasa-biasa jer.

"Give me Nescafe satu" Dia berkata tetapi masih memandang ke hadapan.

"Oh ok" Telefon di tepi di capai. "Hello, Suzy"

"Yes captain. What can I help you?" Dia berkata lembut.

"Bagi saya nescafe 2" aku menjeling captain Lutfi di sebelah. Ceh, kau fikir kau sorang je ke nak nescafe hah?

"ok. Dalam beberapa minit kami hantar" Aku meletakkan telefon itu ke tempat asalnya lalu menyambung kerjaku yang masih terbengkalai.

❤❤❤❤❤❤❤❤✈❤❤❤❤❤❤❤❤

"So, macam mana flight dengan captain hot tu?" Jesicca selaku pramugari bagi flight ke Amsterdam buat hari ini dan selaku teman baiknya bertanya.

"Biasa-biasa jer. You know what, dia tu membosankan ok" Jesicca memandangku pelik. Mana tidaknya, selalunya perempuan akan excited bila dapat flight dengan Lutfi Hariz tetapi kawannya yang ini berasa bosan.
"Dah kenapa pandang aku macam tu?" Dini membuka flight capnya lalu di letakkan ke atas flight bag.

"Pelik. Kau memang tak ada perasaan ke? Captain Hariz tu Hot tau! Even aku pun boleh melt bila first time jumpa dia" Dari mimik muka Jesicca sudah pasti Riak terkejut di pamirkan.

"Kau memang...semua lelaki kau jumpa, semua kau kata handsome. Dah lah aku nak pergi hotel. Penat ya amat ni. Kalau kau urut pun tak apa lagi, ni membebel pasal captain bosan tu buat apa?" Dini mengatur langkahnya ke hadapan sambil menyarungkan kaca mata hitamnya.

"Apa-apa lah Dini jangan kau sangkut pulak nanti" Jesicca ketawa sendirian lalu turut mengikut jejak langkah Dini.

❤❤❤❤❤❤❤❤✈❤❤❤❤❤❤❤

"Jes, jom lah teman aku pergi jalan-jalan. Aku bosan lah" Dini menjerit supaya suaranya dapat di dengari oleh Jes yang berada di dalam tandas itu.

"Kau pergi je lah, aku sakit perut ni" Dini menggulingkan bebola matanya lalu menuruni katil yang sedikit empuk itu.

"Aku mana tahu selok belok Amsterdam ni. Kau kan dah biasa" kini dia berada betul-betul di hadapan pintu bilik air. Perghh bau dia boleh sampai ke luar.

"Ala kau ajak ah sesiapa. Captain Hariz ke.."

"Jangan nak merepek boleh?"

"Kau mintak lah peta dari minah salih dekat kaunter tu or kau bukak lah GPS lepastu kau jalan-jalan lah. Aku sakit perut ni!" Jesicca menekan suaranya.

"Fine!" Dini mencebik lalu terus menyalin pakaian untuk turun ke bawah. Coat berwarna hitam itu sesuai untuk cuaca yang sejuk dan juga skinny jeans yang berwarna hitam itu di padankan pula dengan Shawl berwarna hitam. Padan!

"Geraklu pape rojer tau!" Laung Dini lalu menyarungkan kasut yang turut berwarna hitam. Haih macam nak berkabung aje.

"Ye, ye. Bye"

❤❤❤❤❤❤❤❤✈❤❤❤❤❤❤❤❤

Dini memandang peta yang baru di mintanya sebentar tadi dari minah salih yang mempunyai rambut ikal mayang.

Sekejap-sekejap dia berkerut, sekejap-sekejap dia berdecit, sekejap-sekejap muka stress di tunjukkan. Huhu..

"Faham ke?" suara seseorang menerjah sepi. Dengan pantas Dini menoleh ke arah suara tersebut.

"Kalau saya faham dah lama saya gerak dari sini" Dia menjuih bibir.

"Ikut aku" hariz perlahan.

Huh? Ikut dia? Apa maksud mamat ni? Ikut dia? Ok. Ikut dia.

Ma.. Tak nak😭😢

My Mr PilotWhere stories live. Discover now