Pintu taubat sentiasa terbuka
Maksiat tu penyakit,penawarnya adalah taubat. kalau badan yang sakit,badan akan rasa lemah,lesu dan tak bermaya,macam tulah hati yang sakit, terasa lemah nak beribadat,rasa lesu nak solat malam, tak bermaya nak puasa sunat. Sememangnya maksiat itu virus yang melemahkan hati. jangan tunggu lagi, rawatlah hatimu dengan penawar taubat kerana ia mengembalikan semnagat ketaatan dan kemanisan dalam kepatuhan kepada Allah
Firman Allah "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang- orang yang mensucikan diri". [Surah al-Baqarah :222]
jangan putus asa dalam beribadat seolah olah Allah tak terima kita lagi,pujuklah hati dengan firman Allah "Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." [Surah al-Baqarah:160]
YOU ARE READING
MUDA SEBELUM TUA
Historia CortaSangat aneh perjalanan masa, namun lebih aneh lagi manusia yg mensia-siakan masa.Masa umpama aliran air sungai, sekali berlalu takkan kembali walau dikejar dengan jet sepantas supersonik. Imam al-Ghazali pernah berkata bahawa yg paling jauh adalah m...