Bab 2 - Cuba menerima?

204 15 0
                                    

Sudah genap 2 minggu noonanya itu berpindah ke rumahnya. Junhoe masih menganggap dia sebagai orang luar. Pada pagi itu, dia bergegas ke sekolah untuk bertemu dengan rakan baiknya, Mingyu. Junhoe tahu bahawa hanya Mingyu yang dapat membuatkannya hilang amarah pada semua benda. Mereka sememangnya rapat, mengalahkan adik beradik. Malah, guru-guru disekolah juga memanggil mereka Belangkas.

Dengan muka yang mencuka, Junhoe duduk di mejanya. Mingyu yang berada disebelah berasa hairan.

Mingyu: Oitt kau dah kenapa masam jer dari tadi?

Junhoe: Nothing...

Mingyu: Ha tengok tu, macam ni lah kawan an~*acah2 merajuk*

Junhoe: Hermm lantak kau ah nak fikir ape pon

Mingyu: Kau period ke apa ha? Hahaha

Junhoe: Wei kau mulut insurans sikit haah!

Ketawa mereka meletus. Sebenarnya, dia tidak pernah menceritakan hal tentang yang sebenarnya dia mempunyai noona pada Mingyu. Junhoe sememangnya seorang yang perahsia. Mungkin satu hari nanti dia akan ceritakan juga perihal noonanya pada Mingyu.

..........

Appa dan Eomma: Seolhyun-a, dah siap ke belum sayang?

Seolhyun: Oh Oh dah! *menyikat rambutnya*

Appa: Cepat sikit, ni kan hari pertama kamu sekolah di bandar. Jadi, jangan gemuruh tau. Cari ramai kawan ye nak.

Seolhyun: Nae appa! :D

Kemudian, mereka pun bergerak untuk menghantar dan mendaftarkan Seolhyun di sekolah. Mereka menghantar Seolhyun ke sekolah yang sama dengan Junhoe dan Junwoo. Namun, Junwoo pada sesi lain jadi mereka tidak dapat bertemu. Junhoe masih tidak tahu akan perkara ini.

Setelah pendaftaran selesai, Seolhyun pun mengikut jejak kaki guru kelasnya untuk ke kelas. Setiba je kat kelas, dia memperkenalkan diri. Walaupun masih baru masuk, beritanya telah heboh ke satu sekolah. Ramai mengatakan yang Seolhyun ini gadis comel bak Sailormoon *ehh ade ke?*. Tidak terkecuali Mingyu yang sangat peramah untuk berkenalan dengan semua orang.

Mingyu: *Berlari mendapatkan Junhoe* Wei wei wei, kau tau tak?

Junhoe: Tak tahu tak tahu *loya buruk*

Mingyu: Aishh budak ni bagilah aku habiskan ayat aku dulu!!! Ada budak perempuan baru pindah ke sekolah kita. Comel! Tapi dia senior kita...

Junhoe: Ye ke? Herm okay.

Mingyu: Tu je? Tak excited? Haishh betullah aku rasa kau period.

Junhoe: Ape jadah period umur 10 tahun! Plus, aku laki lah!!!

Mingyu tidak berhenti gelak melihat gelagat Junhoe. Tanpa mengendahkan bffnya, dia terus menyibuk untuk ke kelas 6 kononya mahu berkenalan dengan senior baru tersebut. Mujur pada waktu itu waktu rehat. Jadi, dia boleh mengambil ke sempatan ini.

Setiba je Mingyu ke kelas 6, dia lihat semua pelajar lelaki berkumpul di meja seseorang. Agak dah! Ni mesti semua nak berkenalan dengan pelajar baru juga! Mingyu sedikit kecewa *cehh gatal* Tapi, dia tetap juga mahu menyelit antara mereka.

Mingyu: Ahhh ramainya, tumpang tumpang! *menyelit*

Badannya yang kecil membuatkan dia dapat terus ke depan. Dugeun dugeun, betul di depan meja pelajar baru itu.

Mingyu: Uwah! Betullah kata orang lain, Noona memang comel! Annyeong yeppeun noona!

Orang lain: *bising* haishhh pergilah budak! *cuba menolak Mingyu*

Seolhyun: *malu* Haih jangan buat macam. Awak, meh sini kat noona.

Mingyu: *senyum kemenangan* *terkedek-kedek jalan ke Seolhyun*

Seolhyun: Okay awak semua yang dari kelas lain juga, nama saya Seolhyun dari kelas ini, kelas 6. Dan awak budak kecik, apa nama awak? *cubit pipi Mingyu*

Mingyu: Saya Mingyu dari kelas 4 hehehe

Orang lain: hermm nak kena cubit juga! Nak kenalkan diri juga.

Seolhyun: Hahahaa awak semua. Tak pe, next time okay!

Kelas hendak bermula semula. Semua pun beredar dari meja Seolhyun. Seolhyun berasa sangat gembira kerana ini merupakan kali pertama dia kenali. Sebelum ini, sekolah di kampung hanya mempunyai 6 orang pelajar. Jadi, dia tidak mempunyai ramai orang untuk berkenalan. Kedatangan Mingyu tadi membuatkan dia teringat akan Junhoe. Sungguh, dia merasakan alangkah bahagianya kalau Junhoe seperti Mingyu. Sebenarnya, dia tidak tahu langsung yang dia akan bersekolah sama dengan Junhoe.

Manakala sisi Mingyu, dia tersenyum keseorang ke kelas, Junhoe yang memerhati berasa hairan.

Junhoe: Oittt! *cuit Mingyu*

Mingyu: Opocot!!! Haishh kau ni potong betullah!

Junhoe: Ah budak penyibuk. Amacam budak baru comelll sangat yang kau kata tu?

Mingyu: Kau tau tak? Meja dia kena kerumun dengan budak laki jer...haah memang comel *senyum sampai telinga*

Junhoe: Cer citer cer citer.

Mingyu: Dia suruh aku datang dekat dengan dia. Lastu, dia cubit pipi aku. Owhh saya suka saya suka.

Junhoe: Aku taknak tau tang tu! Mestilah dia introduce diri dia kan. Tu yang aku nak tau!

Mingyu: Owh tu ke. Okay. Nama dia Seolhyun, kelas 6. Dia pernah sekolah kat kampung dulu.

Junhoe: Seo..Seo..Seo what? *gelabah*

Mingyu: SEOLHYUN LAAA!

Junhoe: Seolhyun? Pernah sekolah kampung? Jangan jangan...

Mingyu: Kenapa? Kau kenal ke?

Junhoe: *gagap* eh eh eh tak lah tak lah!

Mingyu: Herm okay. Ha tu pun cikgu dah sampai.

Sepanjang kelas, Junhoe tidak dapat fokus. Dia asyik teringatkan perbualannya dengan Mingyu sebentar tadi. Amarahnya sedikit meletus. Dia tahu yang Seolhyun akan bersekolah hari ni tapi dia tidak tahu pula mereka akan sama sekolah,

Junhoe: *dalam hati* Aduh perempuan ni. Haish. Nanti duit sekolah mesti sedikit. Lastu, pergi sekolah mesti naik kereta sama. Ahhhh kenapa kau datang mengejut! Tak suka tak suka. Tak pe, balik ni juga aku nak settlekan dengan dia. Firstly, aku tak nak ada seorang pun kat sekolah ni tahu yang aku dengan dia adik beradik.

Fame Girls Tamed Me (COMPLETED)Where stories live. Discover now