SHORT STORY: Lepas [MALAY]

2.2K 61 1
                                    

      Aku semakin pelik melihat diri Putera. Selalunya dia yang banyak cakap. Kali ini? Hmm.. mungkin dia penat barangkali. 

     Selepas beberapa jam aku di dapur menolong datin dan nenek masak, datin menyuruh aku ke bilik Putera untuk memanggilnya makan bersama. Aku jadi sungguh segan.

     "Hmm.. datin.. apa kata datin sahaja yang panggil biar saya yang tolong hidangkan makanan."

     Kemudian, aku melihat datin memandang ke arah tangga. "Tak payah.. dia dah turun sendiri dah.." Datin tersenyum dan menepuk bahu aku. Aku memandang ke belakang untuk melihatnya. Dia terus melemparkan senyuman yang tidak seperti sebelum ini. 'Kenapa dengan dia?' Soal aku sendiri. Aku pun terus membalas senyuman yang mempunyai 1000 makna disebaliknya. 

   Nenek dan datin hanya tersenyum sahaja dari mula aku meletakkan nasi ke dalam pinggan Putera, datin dan nenek. Malah, bukan sahaja senyum tetapi berbisik-bisikan sampai membuat aku berasa malu. Putera pula dari awal lagi tidak mengucapkan 1 patah perkataan. 

     "Ibu.." Tiba-tiba keadaan yang sunyi tadi menjadi keadaan yang tertanya-tanya dengan apa yang hendak di ucapkan oleh Putera. Kami semua memandang ke arahnya. Nenek dan datin pula berhenti berbisik-bisikan.

     "Nelly.. minta Put masuk minang dia akhir bulan ini." 

     Aku tertanya-tanya siapakah Nelly? Dalam masa yang sama.. hati aku hancur dengan perkataan masuk minang. Aku hanya makan tanpa melihat mereka sekeluarga. 

     "Bila jumpa dia? Kenapa tiba-tiba?" Nenek menanya Putera dengan bermacam-macam soalan. 

"Jumpa dia dekat London sebelum ni.." Putera menjawab persoalan neneknya tapi tidak kesemua soalan yang di soal. 

     Nenek seperti tidak menyukai perempuan tersebut. Aku mencuri-curi lihat muka nenek dan datin. Datin hanya mendiamkan diri. Kemudian, aku melihat nenek memandang ke arahku. Aku terus menunduk mukaku. 

     "Tak payah.. selama ni bukan main mengutuk Putera kata Putera lelaki nerd bagai.. sekarang nak jilat ludah sendiri dah kenapa?! Kahwin je dengan Alia!" 

     Aku tersedak selepas mendengar nenek cakap begitu kepada Putera. Putera menuangkan air kepada aku dan segera memberikan air tersebut kepadaku. 

     "Nek! Kan dah tersedak Alia ni! Tapi nek.."

     "Tak ada tapi-tapi!" Nenek terus mengangkat pinggannya dan terus ke dapur tanpa menghiraukan Putera, datin dan aku yang masih berada di meja makan.

    Putera memandang ke arah ibunya. "Ibu!" 

     Datin juga terus mengangkat pinggannya dan meninggalkan aku dan Putera di meja makan berdua-duaan. 

Aku pula berasa sungguh janggal. Lagi-lagi bila dia merenung ke arah aku dengan sungguh lama. Aku terus mengemas makanan di atas meja dan mengangkat ke dapur. Tetapi, Putera tiba-tiba menarik tangan aku. Aku terkejut dan memandangnya.

    "Awak.. nanti jumpa dalam bilik saya.." 

Aku hanya mengangguk dan terus menarik tangan aku sebelum nenek dan datin nampak.

    Sampai sahaja aku di dapur aku terus menghembus nafas aku. "Apahal mamat ni! Adoii.. sakit jantung aku!" Aku bermonolog seorang diri sambil membasuh pinggan-pinggan. 


                                         ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

     Aku terus ke bilik Putera dengan perasaan yang agak gementar. 'Apa dia nak cakap eh?' soalan yang sama bermain di fikiranku. Sampai sahaja di depan bilik, tidak sempat aku ingin mengetuk pintu bilik tersebut terbuka. Aku terus menjadi semakin nervous.

    "Hmm.. masuk lah.." Put menjemput aku dengan nada yang perlahan. Aku mula teragak-agak ingin memasuki biliknya, kerana hanya aku dan dia berdua lelaki dan perempuan. Orang kata bahaya kalau berdua duaan. Nanti pula ada yang ke-3 di dalam bilik ini. Tak lain tak bukan mestilah Setan! Aku hanya mendiamkan diri dan berdiri di hadapan pintu tanpa bergerak masuk. Kemudian, Putera menarikku dengan pantas. Aku agak terkejut dengan tindakannya yang amat berlainan selepas balik daripada London. 

     Aku dapati Putera mengunci pintu biliknya , jantungku semakin berdegup kencang. Hanya Tuhan yang tahu. "Awak saya nak terus terang.. awak suka saya tak?" Tiba-tiba sahaja soalan tersebut keluar daripada mulut Putera. Dia menanyakan aku soalan tersebut dengan melihat tepat pada mata aku. Aku mula berasa tidak selesa dengan keadaan yang dihadapi aku sekarang. Aku terus berpaling ke arah yang lain. "Oklah.. macam ni.. awak nak saya kahwin dengan awak ke?" 

    Satu demi satu soalan yang membuatkan seorang perempuan berasa sungguh malu untuk menjawab ditanya olehnya. Aku masih kaku dengan soalan-soalannya. Tiada jawapan uuntuk dijawab. "Kalau awak tak nak.. boleh tak saya minta satu permintaan?" Aku terkejut dengan soalannya kali ini. 'Permintaan? Kalau aku tak nak kahwin dengan dia?' Aku memandang ke arahnya. Kelihatan dirinya menghampiri aku. "Boleh tak awak cari tempat tinggal lain? Jangan lagi datang sini." 

     "Apa??? Tapi.. kenapa?" 

"Saya rasa saya patut kahwin dengan Nelly.. kami sudah bercadang untuk berkahwin sebelum saya jumpa awak lagi..  Nelly kekasih pertama saya. Sekarang dia ada masalah, saya perlu bantu dia." 

     "Ouh, jadi kalau saya jawap saya nak kahwin dengan awak pun pasti awak tiada pilihan bukan? Awak masih sayangkan dia? Sebab itu walaupun dia sakitkan hati awak sebelum ni.. and now want to get back dengan awak, awak terima?!"

     Secara tiba-tiba Putera menampar aku.

"Awak tak kenal siapa Nelly! Awak tak ada hak nak bercakap buruk tentang dia!! Lagipun awak hanya menumpang teduh di rumah ini! Saya tak pernah ada hati dekat awak sikit pun!"

     "Habis sebelum ini?! Cuma lakonan?! Sebab awak patah hati dengan perlakuan Nelly yang mengandung tu?!" 

     Sekali lagi aku ditampar buat kali kedua. Aku terus berlari keluar dengan perasaan yang kecewa, sedih dan marah. Aku cepat-cepat ke bilik dan mengemas segala pakaian aku. Pada masa yang sama aku mencari jalan untuk keluar daripada rumah tersebut tanpa diketahui nenek dan datin. Aku tak nak masalah akuu dengan Putera makin dibesar-besarkan sehingga hubungan kekeluargaan mereka berpecah. Aku tidak mahu menjadi penyebab.

     "Semoga Allah berkati kehidupan awak, Putera.." 

     Aku meninggalkan rumah besar tersebut. Aku terus menaiki teksi dan memintanya ke alamat rumah Mak Teh aku. 

                                                                                 -------------------------


     Setelah 1 tahun aku tinggal bersama Mak Teh, aku masih bersendirian dan tidak berpunya. Aku sekarang bekerja dengan Mak Teh menjual nasi lemak di kampung. Mak Teh agak terkejut dengan perubahan sehingga mengalirkan air mata. Dia berasa bersyukur kepada Tuhan kerana doanya telah dimakbulkan. Terima kasih Mak Teh kerana mendoakan untuk Alia berubah. Terima kasih juga kerana masih terima Alia untuk tinggal bersama. 

     Masuk kali ini sudah 4 kali orang ingin memasuk minangku. Ada yang kaya ada yang sederhana. Ada yang kacak ada yang biasa. Tetapi hati ini masih tidak pulih daripada disakiti. Jadi aku ingin mengambil masa untuk sembuh. Ubat untuk hati? Insyaallah suatu hari nanti pasti ada pangganti. 

SHORT STORY: Lepaskan [MALAY]Where stories live. Discover now