SHORT STORY: Lepas [MALAY]

3.1K 54 8
                                    

   Sudah masuk kali ke-3 aku tidak makan akibat kemalangan yang menyebabkan kematian orang tersayang aku, ibu ayah dan adik aku Amirul.

   Mak Teh menjaga aku selepas kemalangan tersebut, doktor mengesahkan aku hilang ingatan tapi tidak banyak perkara yang aku tidak ingat sebab satu per satu datang kembali mengingatkan aku.

   Kes kemalangan ni berpunca daripada kereta mewah yang dipandu oleh jejaka yang aku tidak kenali. Selepas melanggar kami, aku dapati lelaki tersebut lari daripada keretanya. Sampai sekarang, tidak diketahui siapa yang melanggar. Aku mula berhasrat untuk menghancurkan kehidupan lelaki-lelaki yang berkereta mewah.

-------------------------

   Hari ini, aku mulakan operasi aku sebagai seorang perempuan kejam. Dunia aku hanya di tempat yang mana lelaki-lelaki kaya kaki mabuk berada.


   Setiap malam aku akan ke disko bersama 2 orang kawan aku. Seorang memang sudah biasa dengan tempat sebegini. Seorang lagi, ingin mencari lelaki kaya untuk mendapatkan wang bagi sara dirinya sendiri.

   "Hello ladies.." Sapa seorang mamat kaya yang mabuk.

   Aku tersenyum. 'Mangsa pertama.' aku bermonolog seorang diri tanpa diketahui sesiapa.

   "Alia, we're need to go now.. bye.." Ariana dan Amilia terus ke ruang menari tanpa menghiraukan aku bersama lelaki kaya ini.

   "So, wanna have some lovely night? Huh?" Lelaki tersebut mengajak-ajak aku untuk bermalam dengannya. Aku terus bangkit dari kerusi dan tersenyum sinis. Dia menarik tangan aku dan terus ke bilik.

------------------------

   Satu per satu, hari demi hari aku sungguh berpuas hati dengan siapa diri aku ini. Mak Teh pula selalu bising dengan kepulangan aku yang selalu lambat pulang. Malah, lagi teruk aku kena bebel dengan imej aku yang semakin menjadi-jadi seperti orang kafir. Mak Teh seperti sudah berputus asa dengan perangai aku.

   "Kau ni! Sudah masuk ke dalam dunia syaitan! Apa nak jadi?! Kau dulu bukan macam ni! Adakah kau buat semua ini dapat memulihkan semua keadaan keluarga kau yang kini bukan lagi di sini?!"

   Selepas aku mendengar kata-kata yang hangat keluar dari mulut si tua itu aku terus menamparnya.

   "Aku keluar dari rumah ni! Supaya kau senang dan aku tidak menyusahkan sesiapa dalam rumah ini!"

   Aku terus berlari ke bilikku dan terus mengemas pakaian dan berangkat keluar daripada rumah tersebut.

---------------------------

   Pada hari itu, aku tidak lagi tinggal serumah dengan si tua itu. Aku tinggal di sebuah kondo kepunyaan seorang anak Dato' yang aku kenal dari disko yang aku selalu pergi. Kadang-kadang dia pulang ke rumah ini, kadang-kadang ke rumah yang lain. Aku sungguh mewah dengan kehidupan aku sekarang. Sikit demi sedikit aku kikis duit mereka yang sudah aku pancing. Aku pula si pemancing yang sungguh cekap sampaikan dalam 1 masa 2 atau 3 ekor aku dapat. Lumayan pula tu.

   Aku tersenyum seorang diri.

   Tiba-tiba aku terdengar bunyi loceng rumah kondo ini berbunyi.

"Kejap!" Aku menjerit supaya bersabar.

   Setelah, aku buka pintu tersebut aku tersenyum manis.

SHORT STORY: Lepaskan [MALAY]Where stories live. Discover now