Antara hikmah pelbagai ujian dalam hidup ialah supaya dapat membersihkan dosa-dosa kita. Betapa sayangnya Allah kepada kita. Kita setiap hari bergelumang dengan dosa. Setiap hari cuba menempah tiket ke neraka tapi Allah tidak terus mengazab.Dia beri kita ujian dan cubaan untuk hapuskan dosa kita sikit demi sikit. Semakin banyak diuji, semakin banyak dosa kita diampunkan.
Sabda Nabi:
Tidaklah suatu musibah menimpa seorang Muslim melainkan Allah akan hapuskan dosanya walaupun duri yang melukainya. (Al-Bukhari)
Begitulah cara Allah "menyelamatkan" kita dari Neraka. Tapi kadang-kala kita tak mengerti sebab tak nampak besarnya kasih sayang Ilahi.
-Ad-Dien Abdul Kadir-
YOU ARE READING
Quotes Untuk Kamu
DiversosHimpunan kata-kata semangat buat saya dan kamu yang mungkin saat ini semangatnya sedang patah lalu ingin berlari kembali. Semoga bermanfaat. -TheMimpi-