Bab 1

46 1 0
                                    

"Hai korang , hai korang . Sihat tak ? Aku rindu ! "😖

"Ehhh, Dayah ni dok teguq pa awai-awai" Sindiran Baby itu membuatkan kami ketawa .

Permulaan malam kami di asrama diceriakan dengan gelak ketawa.

"Hoii,tak siap lagi ! Cepat lahh . Dah nak dekat pukul 8 malam ni . Jom pi bilik mesyuarat cepat . Satgi Ckg Rizal a.k.a Matnyan marah pulak." Leha menegur kami .

"Haa,lekaih laa. Semua dah siap" Kami pun berjalan ke bilik mesyuarat . Di dalam bilik itu , aku nampak budak-budak aspura tingkatan 5 dah ambil tempat .

Kami berbual-bual kosong dan bergelak ketawa sementara menunggu Ckg Rizal sampai . Akhirnya , dia pun sampai selepas 15 minit menunggu .
"Assalamualaikum. Cikgu sebenaqnya nak kita pilih sapa yang layak jadi ketua aspuri dan ketua aspura. Ketua asrama cikgu dah pilih dan orangnya ialah Amani."
Aku pun setuju dengan pilihan cikgu sebab Amani orangnya tegas.
Selepas membuat cabutan undi , akhirnya kami memilih Leha dan Mon .
"Okayyy , dah settle . Cikgu harap ampa berkerjasama jaga asrama ni . Anggap ni sebagai rumah kamu semua. Jom pi dewan makan , cikgu nak bagitahu dekat budak-budak lain."
Kami menuju ke dewan makan dan memasang mic untuk cikgu. Akhirnya, cikgu pun membuat pengumuman tersebut dan memperkenalkan mereka.
"Cikgu harap ampa duduk sini sebagai satu keluarga dan tak dak la berlaku masalah-masalah yang boleh bagi cikgu naik angin"
Kata-kata cikgu itu mengakhiri perjumpaan kami pada malam itu .

Friendship Goals Where stories live. Discover now