Prolog

43 0 0
                                    

3.30 petang, 6 Januari 2012 . Tarikh dan masa kami mendaftar masuk di asrama . Itulah permulaan kami seramai 14 orang ni berkenalan antara satu sama lain .

" Wei,awat hang nangis ?" Tanya seseorang yang tidak dikenali kepada aku.

"Sebenaqnya kami rindu mak kami.😭" Aku menangis teresak-esak .

"Watlek jerr. Aku pon rindu mak aku . Bukannya hang soqang jhaa. Dahh,jom masuk dorm . Nak 'chop'katil ngan loker.

Pada malam itu , kami semua dikehendaki berkumpul di dewan makan. Aku pun pergi bersama dengan orang yang menegur aku tadi . Namanya ialah Syuhada . Tapi dia suruh aku panggil dia Syud sebab nama gelarannya di rumah .

Sedang kami berbual , tetiba dewan menjadi senyap. Rupa-rupannya warden kami iaitu Cikgu Yazid datang dan mukanya teramat-amat serius dan menyebabkan kami berasa takut untuk menatap mukanya . Beliau memberi sedikit taklimat dan menyuruh kami berkumpul mengikut tingkatan kemudian memilih salah seorang dari kami untuk menjadi ketua tingkatan.

"Haii,assalamualaikum. Nama aku Solehah tapi ampa boleh panggil aku Leha. Sekarang kita kena pilih ketua dari salah seorang kita ni . Ampa nak sapa?"

"Aku rasa kita perkenalkan diri dulu . Nama aku Fatin"

Kami pun telah memperkenalkan diri dan melantik Amani menjadi ketua sebab kami nampak dia paling berani antara kami.

"Aku harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila."

Friendship Goals Where stories live. Discover now