。 •́ ⚈ ( 06 ) ⚈ •̀ 。

76.6K 1.7K 44
                                    

💛💛💛

Bunyi deringan telefon aku sungguh membingitkan.

Pantas aku mencapai Ip ku di sisi dengan mata terpejam. Dan aku angkat tanpa lihat nama si pemanggil

"Hello! Beb dah bangun ke belum? Bangun lahh woi make sure kau datang kelas hari nie! Kalau tak aku calar audi kau kang!" Suara Naufal menyapa gegendang telingaku.

Pagi pagi dah membebel! Disebabkan aku malas nak layan, aku mematikan terus talian dengan selamba.

Aku mencelik mataku cuba untuk mengatasi sakit kepalaku, disebabkan tidur lambat malam tadi. Jam di dinding ku lihat.

04:57 a.m ?!

Naufal kejut aku pukul 5 pagi?! Biar betul mamat nie? Call aku semata nak suruh aku pergi kelas? Menganggu lena aku lah budak nie! Siap kau nanti! 

Disebabkan panggilan Naufal tadi, aku tidak dapat melelapkan mataku, huhh! Ip ku capai kembali apps whatsapp ku buka. Last seen Azra ku usha.

online

Dia online?! Kacau kejap boleh tak?

N : Hai! *emoji love*

Aku tersenyum muahaha! bahagia!

Typing..

A : Hai awak, awal bangun?

N : Hahah, terpaksa bangun awal. Syg buat ap nie?

Sayang? aku tergelak dengan apa yang aku taip, aduh first time panggil 'sayang' dengan seseorang yang bergelar 'hawa'

A : waiting for subuh n now tgh cht ngn awk la >,<

N : Yelaa~ syg sekola ye hari ni?

A : iye awaaa

N : Sekola mana?

A : SMK Mein Maxwell

Aku menelan air liur, seriusly ???

N : seriusly syg?

A : yupp. Wht?

Entah kenapa aku rasa bahagia sangat! Terasa semangat pulak nak pergi sekolah hari nie!

N : nothing just ask, awk pergi skola naik ap nnt? Drive?

A : nahh kkak sy la hntr kn, my cr msuk bngkl. Rosak.. ptg nnt bru amk

N : abis mlm tdi kereta siapa?

A : kkak sy ler

A : ehh okayla awk, nak masuk subuh nie.

N : okay sayang, jumpa nanti.

Aku tersenyum. Hah! rasa nak pergi sekolah sekarang pulak! Aku menggeleng kepala aku, Azra apa kau dah buat kat aku nie.

Aku mencapai tualaku dan berlalu ke dalam bilik air.

💛💛💛

Aku memarking kereta ku di parking yang disediakan oleh pihak sekolah, fuhh rambutku kemas kan sedikit, baru hendak membuka pintu kereta, ada seorang gadis yang lalu di hadapan kereta ku.

Azra Qashrina

Wahh untungnya aku! Pagi pagi lagi dah jumpa dia! Aku hanya memerhatinya dari jauh, kalau boleh aku taknak lah dia tahu yang aku sama sekolah dengannya.

biar masa yang menentukan

Kalau aku ikut dia okay gak ? Nak tahu gak kelas dia kat mana, senanglah nak buat projek nanti, hahah

Aku keluar dari kereta apabila dia sudah menjauhi aku, perlahan lahan aku mengikuti dia dari belakang kalau boleh aku tak nak sampai dia sedar.

Akhirnya kami berhenti di blok G menempatkan semua kelas form 5 dalam satu bangunan.

A1-5

Aku senyum apabila mengetahuai kelasnya, aku menunggu sampai dia betul betul masuk ke dalam kelas nya dan duduk di tempatnya, baru aku beredar.

"Eh asal dia datang blok G?"

"Maigod dia usha aku ke?"

"Wahh makin hensem lah dia"

"Dah lama tak nampak dia!"

Aku memandang sekumpulan gadis yang berdiri di hadapan kelasnya C1-5 sebelum meneruskan langkah untuk ke kelas aku

"Weh! Dia pandang sini lah!!"

"Dia pandang aku lah"

Perempuan zaman sekarang, kuat perasan!

Aku mendaki tangga memandangkan kelas form 6 di tingkat lima. Sunyi saja kerana jarang orang melalui tangga itu hanya kedengaran tapak kasut aku saja.

Apabila sampai saja di kelas aku, UP-1 suasana yang tadinya riuh terus diam apabila aku melangkah masuk hanya suara Naufal saja yang menjerit

"Eh bro! Fulamakk Prince Charming kita turun lah hari nie" suaranya seakan memerli aku.

Sakai kau Naufal! Dah lah call aku pagi-pagi buta!
Aku berjalan ke belakang kelas menempatkan meja kami berempat, Aku dan Amri duduk dibelakang sekali manakala Naufal dan Asy di hadapan kami.

Aku mengambil buku milik Amri yang agak tebal dan ketuk kepala Naufal.

"Arghh! sakit lah sial!"

Seisi kelas sudah mentertawakan Naufal, rosak rambut dia aku buat

"Siapa suruh kau kacau aku tido" perlahan aku kata namun dapat di dengar satu kelas apabila suasana sunyi kembali. Naufal sudah memuncungkan bibirnya, geli!







SILENT ✓Where stories live. Discover now