。 •́ ⚈ ( 07 ) ⚈ •̀ 。

73.2K 1.7K 93
                                    

💛💛💛

"Beb! Dengar cerita Prince Charming dah datang sekolah" ujar Gina yang duduk dihadapan aku.

Prince Charming? Ada ke?

"Aah! Pagi tadi aku datang pun aku perasan kereta dia, lahai rindu lah nak tengok muka diaa!" Yana pula yang berkata.

Aku mengeluh, tertanya-tanya siapa Prince Charming? Asal aku tak tahu pulak? Haih rasa menyesal pula sebab tak pernah nak ambil tahu apa yang berlaku di sekolah maklumlah aku nie jenis yang suka bersendirian, datang sekolah pastu balik. Kawan pun takde?!

Aku mengeleng, biarlah. Buat kepala aku sakit je. pantas aku mengemas meja ku yang berselerak, balik lah apa lagi!

"wehhh prince charming and the geng datang!"

jerit Fiona dari luar kelas, semua pelajar perempuan didalam kelas berlari keluar.

Erk?

Aku lihat ramai pelajar perempuan berdiri di koridor blok G.

Beg ku galas dan meninggalkan kelas, terpaksa aku menolak mereka yang menghalang jalan aku, ish rimas lah! Apabila aku dapat melepaskan diri, selamba aku jalan melintasi mereka.

Namun

Langkahku terhenti apabila terasa beg ku ditarik dari belakang. Suasana tetiba sunyi. Aku menelan air liur, aku mengangkat kepala kelihatan pelajar yang lain seperti tergamam, ada jugak yang memandang dengan tidak puas hati.

Ah sudah

Perlahan lahan aku memusingkan kepala.

Gulp

4orang jejaka yang amat ku kenali! Aku memandang dia yang memegang begku

"Rayyan" perlahan suaraku, antara dengar atau tak.

"Yow Azra! Kita jumpa lagi!" kata Naufal sambil memeluk bahuku. Pelajar yang melihat 'show' kami terkedu. Maklumlah sebelum nie mana pernah mereka beramah mesra dengan pelajar di sekolah kecuali Naufal dan Asy ; kaki playboy, kaki bahan, kaki makan, kaki tido, kaki gado semua kaki bagi kat dia orang

"Dont touch her dude" Asy pula yang memeluk bahuku dan menarik aku jauh dari Naufal.

"Eh asal pulak!"

Dah mula dah. Naqib mengeleng melihat Naufal dan Asy bergado. Budak-budak.

Naqib menarik tanganku dan mengenggamnya, bawa aku pergi meninggalkan blok G. Dari jauh aku dapat dengar suasana bising kembali, habislah adalah nanti gosip, aku mengeluh dan memandang ke kiri aku, muka Naqib terlalu selamba dan kacak, lagi-lagi apabila dia mengenakan Rayban.

Langkah kami terhenti apabila sampai di sebuah kereta audi merah, er kereta dia ke? Naqib membuka lock dan kami masuk ke dalam. Aku tak tahu kenapa aku kena follow dia masuk dalam kereta.

"Kat mana?" Katanya

Aku mengerut dahi hah?

"Mana apa?"

"Bengkel kereta tu lah"

Ouhh

"Dekat dengan kedai Westid, tahu kan?"

Naqib mengangguk perlahan, aku mengeluarkan Ip ku dari poket. Mahu memberitahu kakak ku yang aku pulang dengan kawan dan mahu amik kereta di bengkel.

To : my beloved sis💕
-Akak, no need to take me! Azra terus pergi bengkel dengan kawan!

From : my beloved sis💕
+but, akak dah sruh abg niel amikkn kereta azra so....... tkyh amiklh😜

terbuntang mata aku membacanya!

"err Rayyan"

"Ye sayang"

Jantung aku terasa mahu keluar, lemah lutut aku mendengar suaranya memanggilku 'sayang'

"Tak payah ambil kereta saya lah"

Terus Naqib memandangku sekilas

"Why?"

"Sebab kakak saya dah pergi pickup my car" kataku sambil jariku membalas message kakak ku, Azza Qistina

To : my beloved sis💕
-how dare uuuu! Asal tk ckp awl²! 😑

From : my beloved sis💕
+perlu ke? Hahahah! Dah shush! akk ad meeting pas nie, klau azra nk kluar. Kluarlh make sure before 10p.m ok? kredit cd ad kan? Tkkn tiap-tiap bulan papa bankin kn 10ribu dh abis kot duit.

To : my beloved sis💕
+excuse me? Sory sikit! Ai bukan kaki abis kn duit mcm u, #mohon sedar diri

Tergelak aku dibuatnya, Haih tarak guna punya kakak! nasib sayang dia sebab dia busuk hahahah!

"Kenapa gelak sayang" tanyanya

"Hah? Err takde pape" kalutku menjawab, aduh malunya, jangan lah panggil sayang. Malu!

"So saya hantar sayang balik terus eh?"

Aku mengangguk, eh kejap dia tahu ke rumah aku nie? em biarlah lagi pun jalan jem nie sebab sekarang waktu lunch bagi yang berkerja.

Aku memandang pandangan di tingkap, hidup aku sunyi. Dengan papa dan kakak ku yang sibuk berkerja menguruskan syarikat miliknya, mama? Aku boleh dikategorikan aku anak yatim sebab mamaku meninggal disebabkan kanser otak. Namun aku bersyukur, sebab papaku tak pernah melupakan kami walaupun kami jarang berjumpa sebab aku duduk dengan kakakku sekarang.

Aku memandang tanganku apabila terasa ditarik, bulat mata aku apabila tanganku sudah mendarat di atas peha lelaki itu. Aduh gugup lah pulak, eh?

"Sayang okay?" tanyanya sambil mengusap jariku

"Okay je, kenapa?"

Naqib mengerut dahinya, dan merapatkan tubhnya mendekati aku, aku hanya memandang saja apa yang ingin dilakukan olehnya. Naqib merapatkan wajah kami sehingga hidung kami bersentuhan

"Kenapa?" Tanyaku tanpa mengeluarkan suara hanya bibir saja bergerak. Aku dapat lihat matanya melorot ke bibirku walaupun dia memakai cermin mata hitam.

Tangan yang digenggamnya tadi dibawa ke lehernya, seperti menyuruh aku memeluk lehernya, ah sudah!




💛💛💛

#Promote

Suamiku Ketua Pengawas by niesyakamaruzaman_

💛💛💛

SILENT ✓Where stories live. Discover now