~part 3~

204 9 3
                                        

Mingyu mendongak memandang papan tanda Syarikat Peon Sdn Bhd. Kedudukannya agak tersorok sedikit dari jalan utama. Tetapi, di sekitarnya ada banyak premis perniagaan seperti bank, kedai makan,klinik, dan pejabat. Dia kira, Syarikat Peon itu bukanlah sebuah syarikat yang terkenal.  Mungkin syarikat itu sudah hendak muflis.

"Kau fikir, betul ke apa yang kita tengah buat ni? "Mingyu mengerling hoshi disebelahnya .

"Betul ke salah ke kita tolak tepi dulu. Sekarang ni , kita dah hampir dengan jalan penyelesaian. Tinggal nak daki anak tangga dan tolak pintu pejabat aje" jawab Hoshi cuba untuk meredakan kerisauan hati Mingyu.

"Aku tk sedap hati la Hoshi." Kata Mingyu.

"Sudahlah... jangan pikir apa apa lagi. Jom naik atas jumpa si Peon tu. Manalah tahu hati kau rasa sedap sikit lepas jumpa dia." Hoshi tarik lengan Mingyu supaya mengikut dia menaiki anak tangga.

Kini mereka sudah berdiri di hadapan pejabat Syarikat Peon Sdn Bhd. Hoshi menolak perlahan pintu kaca lut sinar berwarna hitam dan meninjau sedikit kepalanya ke dalam pejabat tersebut. Sunyi sepi. Ada orang ke tidak ni? Hatinya tertanya-tanya.  Serba salah pula hendak masuk.

"Ehh. Kenapa duk intai intai macam orang nak mencuri tu? Jemputlah masuk." Seorang lelaki tiba-tiba  menegur Hoshi sekali gus membuatkannya terperanjat dan mengurut dada.

Hoshi menoleh ke belakang. Mingyu beri isyarat mata kepadanya supaya masuk.

"Kami nak jumpa dengan Encik Peon. Dia ada? " tanya Hoshi sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam pejabat itu.

Berdiri di hadapan mereka, seorang lelaki  berbadan kurus yang berkulit agak gelap dan berambut keriting separas bahu macam ramen (lol) . Lelaki itu memakai baju kemeja merah dan berseluar Khaki berwarna coklat. Kasutnya hitam berkilat.

"Sayalah Encik Peon. Pemilik syarikat ini. Ada apa apa yg boeh saya bantu? Jangan malu malu, jangan segan segan. KalAu ade masalah cakap aje. Orang nama Peon macam saya ni memang suka tolong orang." Jawab Encik Peon dengan ramah.

Mingyu pandang Hoshi. Belum apa apa lagi dah angkat bakul sendiri?  Lain macam aje Peon ni. Lebih kurang aku jugak, getusnya.

Hoshi senyum dan beri isyarat mata kepada Mingyu agar bertenang. Dia tahu Mingyu mesti ada nak komen apa apa pasal Encik Peon.

"Hah, kalau macam tu tk sia sia lah kami datang ke pejabat Encik Peon sebab kami memang dalam kesusahan Sekarang dan perlukan pertolongan. Sebelum itu, biar saya kenalkan diri dulu. Saya Hoshi. Dia sebelah saya ni , Mingyu" balas Hoshi

"Eh, mari la duduk. Tak manis bercakap sambil berdiri. Sila... sila... Buat macam kerusi sendiri. "Encik Peon mengajak Mingyu dan Hoshi ke satu sudut yang terdapat sebuah sofa panjang.

Hoshi dan Mingyu duduk. Sebaik sahaja punggung mereka mencecah sofa, debu debu berterbangan dan mereka bangkit semula sambil menepuk nepuk punggung masing masing.

"Syarikat Peon ni tolong orang ke beri orang masalah? "Mingyu ketap gigi jeling Hoshi. Habis kotor seluar dia terkena debu yang bertempek pada sofa yang di dudukinya tadi.

"Shhhh... jangan cakap kuat kuat sangat. Dengar dek Peon tu, kecil pulak hati dia." Bisik Hoshi.

Encik peon yg melihat situasi itu menggelabah.

"Errr.. maaf la ya encik berdua. Kerusi pejabat saya ni memang berdebu sikit. Tukang cuci pejabat di sini dh lama berhenti kerja. Tapi, tak apa, amik surat khabar ni buat lapik duduk." Ujar Encik Peon.

Mingyu tercenggang. Dia mula rasa menyesal kerana dtg ke syarikat peon. Cara Encik Peon itu tidak profesional langsung.

"Aku rasa Encik Peon ni tk betullah. Jom lah balik." Desak Mingyu.

unexpected love match Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang