KEJADIAN ni berlaku masa aku tengah bercuti di sebuah pulau yang terletak di semenanjung tanah air. Sebelum aku bercerita, baik aku kenalkan diri aku dulu, nama aku Zamir, ketika kejadian ni berlaku aku masih lagi seorang pelajar Pra-u.
Waktu tu aku tengah cuti semester satu, jadi kawan aku yang bernama Fuad ni mencadangkan aku untuk bercuti di Pulau L*******. Aku pun bersetuju, aku dan Fuad pergi ke sana dengan 3 orang lagi jejaka-jejaka kacak, hehe.
Hari Pertama
Perjalanan kami ke sana agak lancar seperti yang dirancang. Kami sampai di pulau itu pada pukul 5.00 petang dan terus check in hotel. Sampai ke hotel, bila kami nak check in, awek kat kaunter tu cakap mereka tersilap bagi bilik dekat kami, sepatutnya bilik kami 2, tapi mereka cuma sediakan satu. Aku pun mula lah bengang, dah lah letih dalam perjalanan tadi.
Awek tu cakap dia akan panggil manager dia, dan bila manager dia sampai kami diberikan satu lagi bilik. Pelik jugak, waktu macam ni ramai yang check in hotel, holiday kan. Ada juga eh bilik kosong. So 3 orang kawan aku duduk satu bilik, aku dan Fuad duduk satu bilik.
Bilik kami bernombor 441, bila masuk saja ke dalam bilik tu Fuad mula mengadu sakit kepala, aku tak tahu kenapa. Dalam pukul 8.45 macam tu aku masuk bilik mandi, nak bersihkan badan. Tengah aku mandi, tiba-tiba ada bunyi ketukan pintu.
"Tokk tokk!".
Aku pun heranlah, kenapa pulak si Fuad ni. "Kejap, aku nak mandi", aku jerit dari dalam bilik mandi.
"Tokk tokk tokkk!!".
Kali ni bunyi tu ada lagi, makin kuat. Aku pun memang jenis baran, terus aku sound "Pekak ke? Aku tengah mandi, tunggu turn kau lah!".
"Tokkk tokkk tokkk!... Krekkk...krekkk!"
Kali ni bunyi ketukan dan cakaran kuku. Aku serta-merta kaget, sejak bila Fuad simpan kuku panjang ni? Memang dengar pun tahu cakaran kuku yang agak panjang. Sedang aku berfikir waktu tu, ada suara nyaring menjerit dari luar.
"Bukakk!!".
Aku terkejut terus aku tolak pintu sekuat hati, aku capai tuala dan berlari macam lipas kudung ke katil. Sewaktu aku di katil, aku tengok tak ada sesiapa pun di muka pintu bilik mandi. Dan... suara yang aku dengar tu suara perempuan!
Selang beberapa minit baru aku teringat, pukul 8.30 tadi Fuad pergi ke luar untuk membeli makanan. Tubuh aku meremang, jantung aku berdegup kencang. Aku terus pakai baju dan duduk di lobi hotel. Setelah Fuad dan yang lain pulang ke hotel , baru aku masuk ke bilik.
Hari Kedua
Malam tu pukul 9, aku tengah on the phone dengan girlfriend aku Yana. Tengah syok bergayut, tiba-tiba Yana bersuara .
"Mir, siapa kat belakang awak?".
"Hah? Fuad la, kenapa?".
"Saya dengar suara perempuan menangis, betul-betul kat belakang awak, Mir".
"Yan, saya dengan Fuad je kat bilik ni lah".
"Saya terperasan je kut, abaikanlah".Kami pun sambung balik perbualan kami, tiba-tiba sekali lagi Yana bersuara.
"Mir, serius ada Fuad je? Now perempuan tu tengah gelak mengilai kat belakang awak!".
"Yana, jangan main-main".Aku mula takut, Yana tak pernah menyakat aku sebelum ni. "Saya serius, better jangan duduk dalam bilik tu Zamir".
Selepas itu Yana terus mematikan panggilan, memang dia takut dengan gangguan itu. Aku meletakka telefon bimbit ke meja tidur. Aku lihat Fuad sedang leka bermain iPhonenya.
"Fuad... err... aku tidur bilik wan malam ni ok tak?".
Aku memandang Fuad, gila apa aku nak tidur dalam bilik tu. Mula-mula Yana yang dengar 'dia' mengilai, buat malam ni aku yang dengar pula? Nahas la namanya.
"Kau nak tidur kat mana? Lantai? Bilik diorang dah penuh".
Fuad bersahaja, sambil leka bermain instagram. Aku akur. Kami cuma ada satu malam sahaja lagi, tak apalah aku cuba bertahan.
Aku bingkas bangun untuk ke tandas, aku menolak perlahan daun pintu sambil anak mata aku terpandang Fuad sedang tersenyum sendirian di hadapan telefonnya. DM dengan awek le tu.
Selepas aku menunaikan 'hajat', aku keluar dari kamar mandi. Aku lihat Fuad sedang tercegat berdiri menghadap dinding di sebela katilnya. Aku jadi pelik. Apa yang mamat bunga ni buat?
"Fuad! Kau buat apa tu?".
Pertanyaan aku dibiarkan sepi. Aku lihat mata Fuad tidak berkedip, dia menjeling ke arah aku sambil menyeringai. Aku mula syak benda yang tak kena. "Jangan panjat tinggi sangat dinding tu, jatuh nanti". Fuad bercakap sendirian.
Aku memandang ke arah dinding, tempat dia tenung. Aku menelan air liur. Nah, sudah siapa pula yang panjat ni. Mata Fuad perlahan-lahan memandang ke arah bawah katil tempat aku duduk. Dia tersenyum, matanya terbuntang luas tidak berkedip.
"Hah buat apa bawah katil Zamir tu? Mak nampak...Hahahahahahaha!". Fuad mengilai, suaranya nyaring seakan-akan hilaian pontianak. Aku terus mengangkat kaki aku naik ke atas katil.
"Kurang ajar Fuad, jangan main main!".
"Hahahahaha, nina bobo... nina bobo.. kalau tak tidur digigit nyamuk hahahahahaha. Nina bobo...". Fuad menyeringai sambil bernyanyi. Suaranya sangat lain, seakan-akan perempuan.
Seram dan kaget dengan perlakuan Fuad, aku terus berlari keluar dari bilik. Aku hiraukan hilaian dan tawa ngeri 'Fuad'. Aku terus ke bilik wan dan yang lain. Pintu bilik mereka aku ketuk bertalu-talu.
"Bukak! Wan, Haziq, Sul! Buka!".
Apabila pintu dibuka, aku terus melulu masuk ke bilik mereka. Wan, Haziq dan Samsul memandang aku dengan terpinga-pinga. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Fuad berada di dalam bilik itu bersama-sama yang lain.
Fuad duduk di birai katil sambil memandang aku dengan tanda tanya. "Mir, kau dah kenapa ni?". Wan menyoal aku, aku dengan hairan masih memandang Fuad.
Aku menceritakan tentang apa yang berlaku kepada aku di dalam bilik itu. Fuad menggelengkan kepala.
"Sebenarnya lepas kau masuk bilik mandi, aku terus keluar dari bilik tu. Aku keluar bila nampak ada sosok tubuh perempuan berambut panjang dan berkulit pucat cuba keluar dari bawah katil kau. Mestilah aku lari bila tengok tu". Fuad bercerita panjang.
Mengucap aku dibuatnya mendengar penjelasan Fuad. Habis siapa yang berada dengan aku di dalam bilik itu? Macam mana ia boleh menyerupai Fuad? Selepas kejadian itu aku dan Fuad terus tidur dalam bilik wan.
Memang tidak selesa tidur di dalam bilik itu kerana sempit. Tapi lebih baik dari tidur di dalam bilik yang menyeramkan itu.
Hari Ketiga
Esoknya bila kami check out, aku menceritakan kejadian aneh tersebut kepada manager hotel terbabit. Manager tu mengaku memang bilik 441 yang aku dan Fuad huni sangat keras. Katanya lembaga dalam bilik itu dipercayai sebagai sundel bolong. Lembaga itu khabarnya dibawa masuk oleh pekerja berbangsa jawa dari Semarang Indonesia.
Yang aku dan Fuad alami baru sikit, banyak lagi pelancong yang kena lebih teruk. Pernah sekali lembaga itu menghalang penghuni dari keluar dari bilik itu. Lembaga tersebut berdiri di hadapan pintu bilik sambil menyanyi dan merintih.
Manager tu sempat mohon maaf dan cakap dia terpaksa memberikan bilik itu kepada kami. Memang dia kena sekolah denga akulah. Ada ke patut biarkan kami duduk dalam bilik berpuaka macam tu. Tapi yang lepas biarkanlah lepas, maybe benda tu akan jadi kenangan ngeri dan pengajaran yang takkan aku lupakan....
-THE END-
YOU ARE READING
Puaka Bilik 441
HorrorPercutian yang berakhir dengan kenangan ngeri. Pertemuan dengan 'Sundel Bolong'.