Temankan Aku

84 9 2
                                    

Lemah diri saat diuji,
Fikiran melayang memikirkan saat kembali pulang,
Tika jiwa sarat dengan penuh dugaan,
Aku berkata,
Biarkan saja nyawaku diambil Tuhan.

Sudah,
Tidak berdaya diri menahan,
Lemah hina diri di lentangan,
Tiada siapa hirau,
Tiada siapa abaikan,

Sehingga satu masa,
Hadir seorang diri,
Mengaku diri sebagai misi,
Ingin merawat jiwa sendiri.

Aku biarkan dia bekerja,
Aku memerhati dia menampal segala,
Sedikit sedikit robeknya perasaan,
Dia sembuhkan dengan selembut belaian.

Takku duga hadirnya dia, Membina kembali impian.

Jangan pergi aku mohonkan,
Khuatir aku diri tak keruan,
Kerana kau diantara yang sebahagian,

Yang sudah aku simpankan,
Untuk menjadi Teman.

Selama-lamanya.

Kau sudikan ?

0601pm
290616
KesalMejinga
Kedah.

Kau Bukan Furqan ItuWhere stories live. Discover now