Noona..sahaja..

197 17 4
                                    

LANGSIR biru bercorak bunga itu tidak cukup gelap sehinggakan cahaya matahari dpt menusuk ke mata Naeun. Dia terjaga lalu menilik sekeliling bilik. Jungkook tidak kelihatan di mana-mana. Mungkin dia sedang bersarapan di bawah. Yea,mungkin. Dia meyakinkan dirinya. Sarapan? Pagi? Naeun lantas menyelak selimut yg menutupi hampir keseluruhan tubuhnya itu. Fuhh. Masih berbaju. Kepalanya ditunjal berkali-kali. Bukan apa,sekadar utk menyedarkan diri sendiri, Jungkook tidak mungkin akan mengambil kesempatan ke atasnya.

"hurm...nak mandilah..tapi kalau aku guna bilik air dia..mesti dia marah..",luah Naeun. Dia faham akan sikap Jungkook yg kebudak-budakan itu. Pantang betul jika barang miliknya disentuh. Mahu tak mahu dia terpaksa menunggu lelaki itu.

BAJU kamu dah basuh ke Jungkook?",soal omma tiba-tiba. Dia pantas menganggukkan kepala. Risau kalau-kalau ommanya curiga. Jimin yang dapat menangkap pembohongan Jungkook pantas sahaja tersengih. Jungkook hanya membalas dengan jelingan maut.  Di meja makan pun mahu bergaduh.

"Omma..nantikan,omma free omma datang sekolah Jungkook? Ada karnival lah omma..Jungkook ada ikut serta. Jungkook jual.."

"Omma tak boleh lah Kook..". Ommanya terus menjawab sebelum sempat Jungkook menghabiskan ceritanya. Jimin sekali lagi tersengih. Nampak jelas riak wajah gembiranya.
"Omma nanti kena bawa abang kamu ni pergi Busan jumpa atok. Katanya rindu dengan Jimin..",kata omma lagi sambil membelai rambut si Jimin.

Jimin terus membidas,"omma..kesian nanti Jungkook..mesti dia sedih.."
Senyuman riak diberikan khas kepada Jungkook.

Ambik kau..hahaha budak tak guna..
Jimin mengunyah roti kejunya itu.
"Gwenchanayo..omma. Dah pukul 7 nii,Jungkook nak ambil beg kat atas sekejap." Kakinya laju sahaja melangkah menaiki tangga sementara omma hanya memerhatikannya dari jauh.

PINTU bilik dikuak. Jungkook mengintai seluruh biliknya. Kemana perempuan tu? Dia akhirnya ke sudut almari apabila terlihat secebis kertas koyak yang kelihatan ditampal kemas di almarinya itu.

"Minta izin keluar? Aigoo,dia mana tahu jalan kat kawasan nii.. Silap-silap jumpa orang jahat,aku juga kena jadi superheronya..",keluh Jungkook. Dia beralih ke cermin lalu diangkat lengannya. "Tak ada otot pulak tuu..",luahnya lagi. Tanpa membuang masa dia meninggalkan begnya lalu keluar mengikut tingkap. Tugasnya ingin mencari Naeun. Yea,wanita yang selalu menyusahkannya.

PANAS  matahari membuatkan Naeun begitu penat dan haus setelah berjalan selama setengah jam. Pokok-pokok di sekeliling jalan itu dijadikan payung ketika dia berjalan. Melihatkan keadaannya yang sebegitu,dia sedar bahawa dia sedang keseorangan. Tak ada sesiapa yang boleh membantunya. Dia merasakan di sekelilingnya cuma ada orang jahat sahaja. Susah menjadi wanita yang cantik rupanya. Kalau tahunya begini,sebelum lahir pasti dia meminta jantina lelaki. Namun tuhan berkehendak sebaliknya. Pasti ada sebab di sebalik semua ini.

"Mana nak cari air..hausnya..",keluh Naeun.
"Nah..". Sebotol air minuman mineral dihulurkan kepada Naeun. Dia mendongakkan kepala lalu tersenyum. Lantas dicapai botol itu. Air di dalamnya diteguk habis. Kemudian botol kosong itu diserahkan kembali kepada pemiliknya.

"Heh,orang bagi air sebotol dia habiskan. Memang tak reti malu ke apa?" Soalan Jungkook membuatkan Naeun terkejut. "Mianhei.." Pendek jawapannya. Dia tak sedar akan hal ini.

"Siapa bagi kebenaran awak untuk keluar dari rumah tu? Kalau kena culik macam mana? "soal Jungkook mendapatkan kepastian.
"Saya tak nak menyusahkan awak lagi..sebab tu saya keluar,lagipun awak nak pergi sekolah kan..oh ya adik pergilah sekolah,noona jalan sekejap nanti balik lah..hihi" Jawapan Naeun membuatkan Jungkook ternganga. Noona?

"Apa lagi awak merapu nii? Noona? Berapa umur awak sampai saya kena panggil noona? Oh ya,kalau nak keluar pun bawalah jaket awak tu yea. Tak payah susahkan saya nak buang barang-barang awak yg kat dalam rumah saya lagi tu nanti. Apa saya nak jawab dengan omma kalau dia nampak semua tu?"

Naeun membisu. Kata-kata Jungkook menampakkan bahawa Jungkook tidak senang membantunya. Yea,dia dapat merasakan itu.

"19. Panggillah noona. Noona..sahaja.."
Itu sahaja ayat yang mampu diluahkan Naeun. Riak wajah Jungkook menampakkan bahawa dia seakan-akan tidak percaya. Banyak betul rahsia perempuan ni yang perlu dia ketahui.

Saranghae NunaWhere stories live. Discover now