12

886 4 1
                                    

Mutia mall

"Haa kau tgk tuh" hussein cuba menunjukkan jari telunjuk nya ke arah seorang perempuan di sebuah cafe.

"Sarah.." kata asa'ari sepatah apabila terlihat sarah bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali di cafe itu.

Asa'ari cuba untuk mendekati sarah yang berada di cafe itu tetapi dihalang oleh hussein.

"Kau betul2 sedia ke nak jumpa sarah?" Soal hussein sedikit risau dengan risiko yang akan berlaku.

"Ye.. aku nak jumpa die.. aku tanak die hidup dalam keadaan camtu" kata asa'ari tegas untuk bertemu dengan sarah.

"Baiklah.. aku teman kau" balas hussein ringkas dan terima saja keputusan rakannya itu.

Asa'ari dan hussein mendekati sarah.

"Hai sarah" sapa Asa'ari lembut kepada sarah.

Terkejut sarah apabila seseorang menyapanya dari belakang. Sarah pun berpaling ke belakang untuk melihat siapa gerangan yang menegurnya sebentar tadi.

Terpegun sarah apabila melihat wajah Asa'ari di hadapan nya. Lalu sarah terus berdiri.

"As.. asa'ari.. awak Asa'ari kan?" Soal sarah tergagap kerana melihat cinta pertamanya yang berada di hadapannya sekarang ini. Sememangnya hati sarah susah untuk menerima orang laib untuk mengantikan Asa'ari dalam hatinya.

"Ye sarah.. saye asa'ari.. hmm sye nak cakap sesuatu gn awak bole?" Soal asa'ari sambil memberi senyuman ikhlas di bibirnya. Sejujurnya hati asa'ari kembali berputik apabila melihat sarah berada di hadapannya.

"Ermm.. okey.. saye pun byk mnda nak tanye kat awak.. byk persoalan yg ada kat fikiran sye yg perlu awk jwb" kata sarah dengan senyumannya semakin mundur.

"Tapi bole tak kat tempat lain.." asa'ari cuba meminta kebenaran utk ke tempat yang lebih selesa maklumlah di tempat yg dia terjumpa sarah adalah tempat dimana pelayan2 gro selalu lepak di situ bersama pasangan masing2.

"Hmmm" sarah bersuara sambil memberi anggukan kecil.

***

"Assalamualaikum ma pa.. ni zara bawa idham ke rumah" maizara menyapa kesunyian di rumah agam itu.

Tetiba kedengaran satu suara di tingkat atas. "Ouhh bawa la dia masuk.. suruh dia berehat di ruang tamu dulu. Mama nak kemas barang kerja papa ni kejap.. papa kamu sedang mandi jadi tunggu sebentar ye" teriak datin tominah dari tingkat atas.

"Baik ma" balas maizara sedikit teriak supaya mamanya dengar.

"U duduk la dulu sayang.. i nak suh bibik buatkan air" kata maizara dan berlalu ke dapur.

Idham hanya mengangguk dan melihat tingkah laku maizara yang berlalu pergi ke dapur dan matanya kembali meliar melihat rumah agam kepunyaan dato saidin itu.

Tetiba seseorang memecah kembali kesunyian di rumah agam itu. "Assalamualaikum.. sakinah da balik.." ini lah rutin harian kak sakinah lepas pulang ke rumah dia pasti akan memberi salam dan memberitahu yg dirinya telah pun pulang ke rumah sambil teriak supaya semua orang yg berada di dalam rumah agam itu terdengar teriakkanya itu.

Terkejut idham dibuatnya. Idham terus beralih ke arah pintu tanpa berkelip mata melihat kak sakinah baru memasuki pintu utama.

Kak sakinah berasa yang dirinya diperhatikan segera dia menoleh ke arah ruang tamu terkejut kak sakinah melihat idham berada disitu.

Cepat2 dia berjalan mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Tetapi idham lagi bertindak pantas menuju ke arah kak sakinah dan memegang erat lengan kak sakinah supaya berhenti melangkah.

Dendam Seorang LelakiWhere stories live. Discover now